Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal. Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Ooooiii…… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.” Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei….. kenapa belum jalan?” “Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.
Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir” tanya polis. “Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”
Hahahahaha.......
9 comments:
wakakakakakaka
agak sengal n lampi
itu dia PAK PANDIR
cian diakan..
huhuhuhu..terhibur skit dtg blog yg lagunyer syahdu ni.. :P
>>mr.syazwan
haha.. mmg sengal.. eh lampi tu apa?
>>Awin
ya ker... hehe
hahhaha, lawak siot..
sengal betul pak pandir moden ni
>>Tok Esah
hahaha.. mmg sengal
adehhhhhhhhh....
@@shichi_iza
hahaha.. lawak kan
haah lawak.... kalau ada orang mcam ni kat malaysia.... adehhhh
@@shichi_iza
ntah ar.. ada kot
Post a Comment