"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Friday, December 31, 2010

Tinggal Solat Dosanya Lebih Besar dari ZINA

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.


Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.


Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.


Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya," "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.


Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.


Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.


Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.


Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"


Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.


"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina." Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula.


Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.


Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.


Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.


Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


--------------------------------------------------------------------------------

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.


Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.


Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.


Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". - HR. Ahmad dan Abu Dawud

14 comments:

Citarasa Rinduan said...

salam. selamat pagi cikgu

tazkirah yang sangat bagus..
syukur,dengan entry ini..
saya berazam meningkatkan solat sunat...

semoga solat saya diterima...

(kadangkala kita tak tahu, amalan kita Tuhan terima atau tidak)

fardya said...

semoga kita terhindar daripada dosa-dosea itu...amin.....

Nina Juliana said...

Sharing is caring.. moga ramai lagi yg menyedari akan hal ini.. Nauzubillah.. agar dijauhi dari segala kealpaan dunia.. tahniah cikgu, blog ni byk kongsikan kisah2 teladan..

Kembang Perawan 3288 said...

Thnx.
sejuk hati.memang dh lama gile x dengar tazkirah. tapi bila berblog dpt info sikit2 .
good job.

Ask said...

Salam..
Aku pernah dgr kisah nie..
Nauzubillah minzalik~
Ya Allah, tetapkan lah hati2 kami dalam redhaMU..
Bukakan lah pintu hati kami dalam mentaatiMU..
Jauhkan kami dari sifat lalai..
Amin~

Hidayati said...

Betul tu.., sharing is caring.., akak tersentuh betul ngan tulisan pagi ni. Mudah2an kita semua beroleh petunjuk ke jalan yang benar. Amin.

Farah Hanim said...

nauzubillah,nice tazkirah :)

Awangku Johan said...

@@Citarasa Rinduan
wkumsalam.. slmt pagi.. sory lmbat reply.. hehe td bz..
sama2 entry ni tuk kita semua..
Insyaallah perbanyakkan amalan sunat moga stiap amalan yg kita lakukan dgn ikhlas d terima Allah.. Amin..

(betul tu, kita mmg x tau sama ada amalan kita d terima atau tak... so hanya dgn stiap amalan sunat itu dapat menutup amalan2 lain - kira macam cover laa)

Awangku Johan said...

@@fardya
insyaallah, bila kita x melakukan dosa smuanya akan terhindar...

Awangku Johan said...

@@Nina Juliana
a'ah saya suka sharing benda2 mengenai hal2 agama dan kisah teladan agar kita semua dapat mgambil iktibar daripadanyaa... smoga input yang saya share ini d manfaatkan.. so leh la copy dan sharing dgn rakan2 lain..
kita ini ibarat sambil myelam minum air.. sambil berblog sambil berdakwah.. bukan bgitu..??

Awangku Johan said...

@@Kembang Perawan 3288
yup sambil2 kita berblog ini sambil2 tu la kita berdakwah...
Ok manfaatkannya yaaa

Awangku Johan said...

@@Ask
ya kaa.. alhmdulillah...
amin

Awangku Johan said...

@@Hidayati
mudah-mudahan kak.. Insyaallah..
amin

Awangku Johan said...

@@Farah Hanim
thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...