"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, February 28, 2011

"Join Bloglist Ujang9897"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua….


Hari ini saya terterjah blog c Ujang ni… Alaaaaa.. mamat yang suka buang angin kat mana-mana blog tu… Haaa.. kalau korang nak tau dia dah buang bloglist aku.. So, cara tuk aku menempatkan blog aku dalam bloglist dia.. Aku nak join segmen c Ujang ni.. Alaa.. senang jer just buat entri dengan tajuk…. Weii……. “Join Bloglist Ujang9897”… Haaa.. kan senang tu kan

Ok… Ujang.. Awang join bloglist hang noo…. So tempatkan la Awang ni kat bloglist-bloglist yang paling best… Hehehe.. Kalau tak aku balas kang kentut banyak kali kat blog hang tu… Hehehehe… (Gurau jer)

Weiii.. malas saya nk angkat tangan macam dalam blog kau tu.. menggelikan… Hahahaha..

Sunday, February 27, 2011

Secebis Ingatan Buat Adam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan-rakan bloggers…..

Dengar ini ceritaaaa….

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.


Wahai Adamku...

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tdk hairanlah jika pjalanan hidupku sntiasa inginkn bimbingan darimu tatkala aku sntiasa mahu tpesong dri landasan.. krana aku buruan syaitan.


Adam.. Maha suci Allah yg mentakdirkn kaumku lbh ramai bilangannnya dri kaummu di akhir zaman, itulah sbnrnya ketelitian Allah dlm urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mgatasi kaumku nescaya merahlah dunia krana darah manusia, kacau bilaulah suasana krana Adam sama Adam bermusuhan krana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.


Pun jika bgitu maka tdk selaraslah undang2 Allah yg mgharuskan Adam beristeri lbh dari satu tpi tdk lbh dri empat pd satu waktu.

Adam...
Bukan krana ramainya isterimu yg membimbangkn aku. Bukan krana sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah gulana menyaksikn tingkahmu. Aku sejak dlu lgi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika mjadi isterimu. Namun.. terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.


Adam...
Aku tahu bhawa dlm Al-Quran ada ayat yg mnyatakan kaum lelaki adalah mnguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah utk mendidik aku. Kau dibri tgungjawab utk mjaga aku, memerhati dan mgawasi aku agar sentiasa di dlm redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata2 apa yg sdh tjadi pda kaumku kini.. Kami dibiarkn terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau jg mgambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?


Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dr rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dr hujung kaki sampai hujung rambut.. ttpi realitinya kini, Hawa tlh lbh dari sepatutnya.


Adam..
Mengapa kau biarkn aku begini? Apakah kau skrg tdk lg sperti dulu? Apakah sdh hilang kasih sucimu thadapku? Adakah akhlak kaum Adam blh dijdikan contoh thadap kaum Hawa?


Adam...
Kau sbnrnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pngikutmu krana kau adalah ketuaku. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku?.. Akalku satu, nafsuku sembilan.


Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku krana aku sering lupa, lalai dan alpa shingga aku tgelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu2nya. Bimbinglah daku utk menyelami kalimah Allah. Pdengarkanlah daku kalimah syahdu dr Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dlm dadaku agar aku mjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...
Andainya kau masih lalai & alpa dgn karenahmu sendiri, masih segan mngikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yg akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pd dirimu sendiri dan pd Tuhanmu yg Agung.


Maafkan aku skali lagi Adam... Andainya warkah yg ku layangkn ini menimbulkan amarah di dadamu. Jauh sekali niatku utk membuat kau keliru apatah lg menjadi buntu.


Waspadalah Adam...

Andai auratku terdedah... andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yg bakal membawaku kpd kbenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi.. Tetapi percayalah!!! Bukan emas yg kucari.. bukan berlian yg kupinta.. tetapi, hanyalah hati yg tulus ikhlas darimu...


Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Saturday, February 26, 2011

Hari Ini Sabtu... Jom Shopping

Alhamdulillah… matahari masih lagi memancarkan cahayanya… dan aku masih lagi bernafas…

Hari ini aku bangun awal dan biarpun sejuk aku tetap berusaha tuk membasahkan tubuhku dengan air yang dingin…. Fuhhhh…. Sebenarnya hari ini saya nak p ke Kota Kinabalu… Tujuan utama adalah nak shopping hahaha.. nak beli barang-barang hias kelas.. Semenjak menjadi guru kelas ni, terpaksa la menghias kelas aku.. Nak sentiasa dapat johan so kena la menghias dengan cantik-cantik… Hahaha…

Gaji pun dah keluar.. so, nak amik gaji terus la… hehehe.. best.. best… nak p beli baju dan kasut ar.. hehehee… tapi kena pandai mengurus kewangan la.. nak simpan duit tuk further study saya jugak… Insyaallah..

Mutiara Hidup

Musuh utama manusia adalah dirinya sendiri,

Kegagalan utama manusia adalah kesombongannya.


Kebodohan utama manusia,

Adalah sifat menipunya.


Kesedihan utama manusia,

Adalah rasa iri hatinya.


Kesalahan utama manusia,

Adalah mencampakkan dirinya, Dan orang lain.


Sifat manusia yg terpuji adalah rendah hati,

Sifat manusia yg paling diuji adalah semangatnya,

Kehancuran terbesar manusia adalah putus asa,

Harta utama manusia adalah kesihatan.


Hutang terbesar manusia adalah sifat berkeluh-kesah,

dan tidak memiliki kebijaksanaan,

Ketenteraman manusia adalah,

Suka bersedekah dan beramal.


Segala pekerjaan mudah utk dilakukan kecuali satu hal,

Memahami apa adanya tanpa mempersoalkan 'kekurangannya'.


Sebagaimana diri kita, demikian juga makhluk lain,

Sebagaimana makhluk lain, demikian juga diri kita.


Dengan memikirkan mereka, dgn membandingkn mereka,

Tidak seharusnya kita saling berselisih, bertengkar,

Dan membunuh atau menyebabkan hal itu.

Friday, February 25, 2011

Jom Join Blogwalking Contest

ads

Alamak…. Nampaknya ramai yang tag Awang tuk join macam-macam contest dan segmen… Fuhhh jenuh jugak la.. sama ada nak join atau tak.. Huhuhu.. So Awang join la ni…..

Ok la.. kalau korang nak join klik jer SINI… Best jugak adiahnya.. Bukan melancong keluar negara tapi dalam negara sahaja….. Kalau nak join serbu jer blog dia ek… Sebenarnya mudah jer.. tak perlu wat entri pun… hehehehe…

Sapa-sapa jer leh join tau…

JOM JOIN BLOGLIST PAK CEK BIOLA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Tak di sangka saya di tag oleh Kak Whitecappuccino.. Thanks ya kak tag tuk Awang.. wat susah-susah jer… Hehehe…

Ok laaaa… dipendekkan cerita yang dah pendek ini saya nk join bloglist Uncle Biola & Pinano ni laaaa… Hehehe…

Haaaa.. Awang nk join dalam kategori Blogku Hot

So kepada.. yang nak join bloglist Uncle Biola ini sila klik SINI yer tuk maklumat yang lebih lanjut…

Peliharalah Aku.....

Doaku..


Ya Allah..

Peliharalah aku..
Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan
apa yang ku katakan..
Ya Allah.. Peliharalah aku..
Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa
telah ku usahakan apa yang ku katakan..
Kerna Kau juga menyaksikan
Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..
Maka dengan itu..
Ampunilah aku atas segala kekhilafan..
Amin ya Rabbal 'alamin..

Wasalam..

Mengapakah Ibumu Menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yg dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01). "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan utk menjadi seorang yg istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat utk menopang dunia; namun, harus cukup lembut utk memberikan kenyamanan "

02). "Aku memberikannya kekuatan dari dlm utk mampu melahirkn anak dan mnerima penolakan yg seringkali datang dri anak-anaknya "

03). "Aku memberinya kekerasan utk membuatnya tetap tegar ketika orang2 lain menyerah, dan mgasuh kuarganya dgn pnderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04). "Aku memberinya kepekaan utk mencintai anak2nya dlm stiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05). "Aku memberinya kekuatan utk mendukung suaminya dlm kegagalannya dan melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya "

06). "Aku memberinya kebijaksanaan utk mgetahui bhawa sorang suami yg baik takkan pernah mnyakiti isterinya, ttapi kadang mnguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07). "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata utk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya utk digunakn walaupun kadangkala dia tdk memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan sorang wanita bukanlah dri pakaian yg dikenakannya, susuk yg ia tampilkn, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan sorang wanita harus dilihat dri matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

Jumaat Datang Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuaa…

Akhirnya jumaat datang lagi.. So, hari ni selamat berhari jumaat buat penjawat-penjawat awam… Selamat hari jumaat juga buat semua rakan-rakan bloggers.... Heeee..

Kepada kaum-kaum Adam jangan lupa pulak hari ni hari jumaat… Alaaaa.. apa lagi nanti solat Jumaat tau.. jangan pulak tak pegi bersolat.. Huhuhu.. Solat itu adalah tiang agama, so tunaikanlah dengan ikhlas..

Hurrmm… baiklah, saya pun dah nak ke padang.. Rutin harian ku menjadi jurulatih tuk olahraga-olahraga sekolah… Yang bersarapan tu, selamat bersarapan yaaaa… Ok.. cau cau cin cau dulu yaaa

Byeeee…

Cerita di Kala Subuh

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jln lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu' dan berjalan menuju masjid.


Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, skali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.


Di tengah jln menuju masjid dia bertemu sorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jdi saya bawakan lampu utk menerangi jln kamu. Lelaki muda mengucapkn trima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.


Saat sampai di masjid lelaki muda itu mengajak teman barunya yg membawa lampu utk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.


Lelaki muda bertanya, knapa menolak utk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

“Aku adalah Syaitan

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!”


Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid Allah mengampunkn semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya dan itupun tdk membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.


Kerana itu, Allah mengampunkn dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jd saya harus memastikan bahwa kamu sampai di masjid dgn selamat..'


MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tdk pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dri segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakn niat baik tersebut .

Madu & Al-Quran

Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran..



Oleh itu, buat rakan-rakan bloggers amalkan la penggunaan madu tuk merawat penyakit manakala selalulah membaca Al-Quran tuk merawat penyakit hati kita.. Kerana, segala penyakit bermula dari hati..

Thursday, February 24, 2011

Tidak Sempat Solat?? Mustahil.....

Ibadah solat merupakan nadi kepada kekuatan orang mukmin dan kecemerlangan ummah. Orang yang beriman kepada Allah tidak akan merasai solat itu sebagai suatu bebanan malah ia adalah suatu kewajipan yang tidak susah untuk dilaksanakan dan dilaksanakan dengan senang hati serta tawaduk kepada Allah. Namun, bagi orang munafik, solat itu sangat menyusahkan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” Surah Al-Baqarah, ayat 45-46

Di antara ciri-ciri orang munafik adalah :-

1. Merasa malas dan berat untuk mengerjakan solat.

2. Melambat-lambatkan solat dengan sengaja.

3. Berat untuk melakukan sebarang kebajikan.

4. Menunjuk-nunjuk apabila melakukan suatu ibadah.

Pelbagai alas an yang kita tinggalkan seperti seluar kotor, lewat bangun, tidak sempat dan sebagainya. Cuba kita berikan alasan itu kepada Allah? Adakah Allah akan menerima alasan seperti ini?

Seorang intelek yahudi pernah mengatakan bahawa umat Islam akan berjaya menawan Aqsa sekiranya solat Subuhnya sama seperti solat Jumaatnya. Semoga gambar-gambar dibawah ini memberi semangat dan kesedaran kepada kita semua.








Usaha Semua Pihak !!!

Usaha bertungkus-lumus dari guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Menumbok, akhirnya pertandingan bola sepak peringkat MSSD Kuala Penyu telah membuahkan hasil…

Tak sia-sia berpanas di tengah terik, gelap kulit muka dan apatah lagi akhirnya membuahkan hasil.. Tengok la kat picture tu.. itulah hasilnya… Hehehe…

Lepas ini nak tengok hasil usaha budak-budak olahraga pulak.. Tu kita nantikan pada bulan Mac.. Adakah hasil latihan 1 bulan setengah ini membuahkan hasil.. Wait n see jer la kan.. Hehehe…

Ok la… saya pun dah nak ke padang ini tuk meletih budak-budak olahraga.. Suh budak-budak olahraga lari 5 pusingan n wat drill… lepas tu nk test tuk acara-acara mereka…

Minta Maaf Rakan-Rakan Bloggers

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat readers sekalian… Eh.. ada ke pembaca blog saya ini… Huhuhu… ce citer.. ce citer.. eh awat pulak ni.. Hehehe..

Minta maaf ya buat rakan-rakan bloggers sebab kemarin saya tak update blog satu hari sebab saya berada di padang selama 1 hari ni… jadi AJK tuk pertandingan bola sepak MSSD Peringkat Kuala Penyu bagi 15 tahun ke bawah dan 18 tahun ke bawah lelaki…

Memang penat la kemarin sehinggakan saya tidak sempat tuk mengupdate blog.. Selalunya saya akan terus update tapi disebabkan penat tak sempat.. Lagi pun habis jer perlawanan bola sepak tu pada jam 5.30 petang terus saya balik dan siap sedia solat magrib… Tido pun awal semalam.. Ini la pertama kali saya tido awal semenjak berada di tahun 2011.. hehehe.. Selalunya tido jam 12 atau jam 1… tapi kemarin tido selepas magrib… huhuhu.. jam 10 bangun n solat isyak.. lepas tu smbung tido..

Betapa penatnya sehinggakan saya tak sempat nk update.. Minta maaf buat rakan-rakan bloggers..

Tuesday, February 22, 2011

Sebuah Cerita Untuk Di Manfaatkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan bloggers..


Mai sini dengaq ini ceritaaa….. Dengar-dengar yaaaa…..

Adalah seorang pemuda yg sdg berjalan-jalan ditepi hutan utk mencari udara segar, ketika dia sdg berjalan, tiba2 terdengarlah bunyi ngauman suara harimau...


Auuuummmm....!!!!! Seekor harimau yg sedang lapar dan mencari mangsa utk mengisi perutnya dan tiba2 sudah berada dihadapan pemuda. Kerana takut pemuda tadi berlari semampu yang dia mampu, harimau yg sedang lapar tentunya tdk begitu saja melepas mangsa empuk di dpn matanya, harimau itu pun mengejar pemuda tadi.


Di tengah kepanikkannya, pemuda tdi masih sempat berdoa, agar di selamatkn dri terkaman harimau, rupanya doanya dikabulkan, dlm pelariannya dia melihat sbuah sumur tua, terlintas dibenaknya utk masuk ke dlm sumur itu, kerana harimau pasti tdk akan mgejarnya ikut masuk ke sumur tersebut.


Beruntungnya lagi ternyata sumur tersebut ditengahnya ada tali menjulur ke bawah, jdi pemuda tadi tdk harus melompat yg mungkin saja blh menyebabkan kakinya patah kerana dlmnya sumur tersebut.


Tapi ternyata tali itu pendek dan takkan sanggup membantu dia sampai ke dasar sumur, hingga akhirnya dia bergelayut di tengah2 sumur, ketika tengah bergelayut dia mendongakkan mukanya ke atas ternyata harimau tadi masih menunggunya di bibir sumur, dan ketika dia menunduk ke bawah, tdengar suara percikan air, setelah diamati ternyata ada 2 ekor buaya yg ganas yg berusaha menggapai badannya...


Ya Allah bagaimana ini, di atas aku ditunggu harimau, di bawah buaya bersedia menerkamku, ketika dia tengah berpikir cara tuk keluar, tiba2 dri pinggir sumur yg ada lobangnya keluarlah seekor tikus putih..


ciiit...ciiit....ciit... yg naik meniti tali pemuda tadi dan mulai memajak tali pemuda tadi, belum hilang terkejut dri lobang satunya lgi muncul seekor tikus hitam yg melakukn hal sama spt tikus putih memanjat tali yg dipakai pemuda utk bergantung.


Aduh... jika tali ini putus, habislah riwayatku dimakan buaya..!!! bimbang dia memikirkan, jika aku naik ke atas sudah pasti harimau menerkamku, jika menunggu di sini lama2 tali ini akan putus dan buaya di bawah bersedia memakanku. Saat itulah dia mendengar dengungan rombongan lebah yg sdg mbawa madu utk di bawa ke sarang mrk, dia mendongakkan wajahnya ke atas dan tiba2 jatuhlah setitis madu dri lebah itu langsung tertelan ke mulut pemuda tadi.


Spontan pemuda tadi berkata Subhanallah.. Alangkah manisnya madu ini, baru sekali ini aku merasakn madu semanis dan selazat ini..!! Dia lupa akan ancaman buaya dan harimau tadi.


Ibarat cerita di atas adalah :

Pemuda tadi adalah kita semua,

Harimau yg mengejar adalah maut kita, ajal memang selalu mengejar kita. Jadi ingatlah akan mati.

Dua ekor buaya adalah malaikat munkar dan nakir yg menunggu kita di alam kubur kita nantinya.

Tali tempat pemuda bergayut adalah hayat umur kita, jika talinya pjg maka pendeklah umur kita, jika talinya pendek maka pjglah umur kita.

Tikus putih dan tikus hitam adalah dunia kita siang dan jg malam yg senantiasa mengikis umur kita. Di ibaratkn di cerita tadi tikus yg menggigiti tali pemuda.

Madu setitis adalah nikmat dunia yg hanya sebentar. Bayangkn madu setitis tdi masuk ke mulut pemuda, sampai dia lupa akan ancaman harimau dan buaya, begitulah kita, ketika kita menerima nikmat sedikit, kita lupa kpd Allah. Ketika susah baru ingat kpd Allah. Astaghfirullah. masa utk mengingat Allah



Sebutlah dgn spenuh hati dan lidah yg fasih akan:

*SUBHANA'LLAH

*ALHAMDULI'LLAH

*LA I LAHA ILLA'LLAH

*ALLAHU AKBAR

*ASTAGHFIRU' LLAH

*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH

*ALLAHUMMA SHOLLI ALA WA SALLIM WABARIK ALA MUHAMMAD

*WA AALIHI WASAHBIHI AJMA'EEN

Nilai sebuah Sahabat

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

Sahabat sejati menjadi pendorong impian.

Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Kelas Aku Terabai....

Arghhh esok aku tak masuk kelas lagi… Macam mana ni?? Ohhh tidak kenapa lah dengan aku ni….. Huhuhu…

Sebenarnya esok aku jadi AJK tuk pertandingan bola sepak MSSD Kuala Penyu tuk 15 tahun dan 18 tahun ke bawah… Siannya kat kelas aku.. tiap-tiap minggu tidak belajar.. Setiap hari rabu tidak belajar.. Minggu lepas ada pertandingan hoki.. minggu ni pulak pertandingan bola sepak…

Sabar je la….. Kena la aku wat kelas ganti tuk budak-budak form 1, 2 dan 3…. Hurmm.. beginilah keje seorang guru.. banyak betul komitmen.. Oleh itu, kenalah terima semua itu dengan hati terbuka… Hehehehe.. Ya kerr..

Aku dah makin menggelap ni.. Nanti kuar gaji nak beli banyak-banyak Fair & Lovely berkotak-kotak… Hahahahaha…

Tiga Nikmat Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera wahai rakan-rakan bloggers…

…..Dengarlah ini…..

Ibnu Munkadir berkata :

“Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, Qiamullail, Silaturrahim dan Solat Berjemaah”.

Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi…

Mengapa Harus Bersedih


Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.


Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.


Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)


Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.


Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.


Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:

"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)


Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.


Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.


Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.


Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.


Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.


Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.


Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...