"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Friday, February 11, 2011

KEMPEN : Kami Tak Sambut Hari Valentine


Hati ni terdetik nak buat satu kempen sempena hari yang bakal tiba tak lama lagi. Hari ape? Cuba teka~ Heh~ Hari ape lagi kalau bukan hari yang termahsyur dalam bulan Februari, Hari Valentine! Orang Brunei cakap Valentine's Day~ :D…. Sebenarnya Cik Sunah Suka Sakura yang pelawa saya sebar kempen ini.. Thanks ya cik Sunah

Jangan salah faham! Bukan saya nak ajak semua menyambut Hari Valentine, tapi nak menyeru yang beragama Islam supaya tidak menyambut hari ini. Sebab apa tak boleh sambut? Sebab ni...sila baca~

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.


Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.


Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.


Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.
[Sumber dari SINI]

Disebabkan itu, Hari Valentine haram disambut oleh masyarakat beragama Islam

Lagipun, hari-hari adalah hari untuk berkasih sayang kan? Takkan satu hari je kot~ Hee... Jadi, kamu-kamu yang Muslim, saya ajak joinlah kempen ni~ terutamanya blogger, sebarkan kempen ni dengan menempek banner kempen di atas dalam entry, buatlah pengisian apa yang patut ya~ just nak letak banner kempen pun takpe~ saya tak kisah~ yang penting kita menyampaikan kepada saudara seagama, mungkin ramai lagi yang tak tahu kan? :) Nak tag kawan-kawan? Dialu-alukan~ :)

4 comments:

Sunah Mohammad said...

Terima kasih!

shichi_iza said...

yehhhhhh..... jom la kita ramai2 support kempen ni.. better g p sambut ari selepas valentine's day ni.... iaitu maulidul rasul... hehehe :)

ijam ismail said...

yup..mmg xbgus smbut ni...


hye smua ...jom bce ni... http://ijamismail.blogspot.com/2011/02/7-most-beautiful-women-in-world.html

whitecappuccino said...

katakan TIDAK kepada Vday!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...