"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, February 16, 2013

Renung-Renungkan...



Sebelum tidur saya amat tertarik dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus :-

“Nenek kita dulu sebelum subuh dah bangun. Atuk bangun solat Subuh sarapan dah siap. Isteri zaman sekarang Mas Kahwin Mahal tapi pukul 10 pagi tidur lagi”…

Renung-renungkan… Tepuk dada Tanya laa peribadi…

Oh Syurgaku....



<< Jadi PEREMPUAN jangan terlalu berkuasa daripada lelaki. Kerana walau apa yang terjadi, Syurga tetap dibawah tapak kaki suami. Jadi LELAKI walau Syurga isteri di bawah tapak kakimu, jangan terlalu bermegah diri. Walau sebesar mana pangkatmu, Syurgamu tetap dibawah tapak kaki IBU >>

Friday, February 15, 2013

Pahala Yang Sentiasa Mengalir




Pahala Sentiasa Mengalir
Walaupun dah meninggal dunia


1.    Yang mengajar ilmu yang dimanfaatkan
2.    Yang membuat sungai, sumur membekal air
3.    Yang menanam pokok kegunaan manusia
4.    Yang membantu (membina) rumah Allah
5.    Yang mengajar Al-Quran
6.    Yang mengeluarkan sedekah jariah
7.    Yang meninggalkan anak yang soleh
8.    Yang menjaga keselamatan negara

Jangan Sampai Kita Terlupa!




Jangan Sampai Kita Terlupa!

>> Ada suami yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri
>> Ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu
>> Ada ibubapa yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibubapa
>> Ada isteri yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi si isteri
>> Ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibu & bapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan.
>> Ada anak perempuan yang lupa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan ibubapa suami lebih daripada ibubapa kandungnya sendiri…J

Sunday, December 30, 2012

Astro Tradisional....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan bloggers…



Haaaa… ni nak share dengan korang… Kalau tak mampu bayar Astro.. cer try buat macam kat dalam pic… Ntah2 dapat semua channel kot ? hihihi.. Kalau dapat Syukur Alhamdulillah… Kalau tak dapat nak buat macam mana.. kena la bayar bil… hihihihi


Mana la tau dapat tarik channel dari rumah2 jiran kan.. hihihi.. sapa tau kan.. So, try la buat… hahaha

Suatu Hari Di Pasaraya




Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.
“Mama, Bolehkah kita balik sekarang?” kata gadis kecil itu...
“Tidak,” jawab ibunya.
“Ma, saya rasa hendak muntah!” kata gadis kecil itu.
“Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas...”
Setelah kira-kira 20 saat, gadis itu kembali ke tempat duduknya.
“Sudah selesai?” tanya ibunya...
“Ya.” Ujar gadis kecil itu lemah.
“Cepatnya?” Hairan si ibu.
“Saya tidak pergi ke tingkat atas... Ma,” kata anaknya lalu menyambung...
“Di tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis “UNTUK ORANG YANG SAKIT”...

Saturday, December 29, 2012

Buat Ukhtiku....




Buat Ukhtiku yang BERTUDUNG LABUH :- Jangan sesekali memandang rendah pada wanita yang tidak bertudung labuh kerana mungkin JAUH DI SUDUT HATI mereka, adanya rasa suci INGIN BERTUDUNG LABUH sepertimu…

Buat Ukhtiku yang TIDAK BERTUDUNG LABUH :- Doakanlah si pemakai tudung labuh itu untuk TERUS ISTIQAMAH bertudung labuh… InsyaAllah, malaikat akan turut membisikkan KEINGINAN DAN KEKUATAN buat dirimu untuk turut merasai keindahan memakai tudung labuh itu…

Sesungguhnya kita TIDAK PERNAH SEMPURNA, tetapi kita sedang CUBA DAN BERUSAHA untuk menjadi yang TERBAIK di mata Ilahi…

InsyaAllah…. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...