"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, May 29, 2010

Selamat Hari Guru & Hari2 Terakhir aku d SEKUGA

16 Mei adalah tarikh keramat untuk semua Guru-guru, ustaz, ustazah, pensyarah, murabbi dll g ar yg bergelak sbagai pndidik untuk meraikan Hari Guru. Hari guru pada tahun ini jatuh pada hari Ahad. Tapi kebanyakan sekolah menyambutnya pada hari berikutnya iaitu pada hari isnin. Tema Hari guru tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa". Di Smk Kubu Gajah juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Guru. Aku dan rakan-rakan praktikum yang lain dijemput hadir untuk sama-sama menyambut hari guru. Biarpun praktikum dah tamat tapi kami guru-guru praktikum dijemput hadir juga. Biarpun belum lagi bergelar guru dengan secara rasminya tetapi perasaan itu ibarat macam dah lama menjadi guru. huhuhu...

Hari Guru di SEKUGA bermula dari jam 7.30 pagi hingga 2 petang. Acara pertama yang dimulakan adalah perarakn guru-guru ke dewan terbuka dengan disertai paluan kompang. hehe.. mcm perarakan orang kawin pulak.. hehehe... Selepas itu ucapan pengerusi majlis, bacaan doa dan nyanyian (Negaraku, Lagu Perak, Lagu Sekolah). kemudian dimulakan dengan sesi ucapan daripada guru praktikum dan pengetua. Selepas itu, acara seterusnya ialah Ikrar Guru & Lagu Guru Malaysia. Kemudian, pada jam 9.20 pagi semua pelajar dibenarkan rehat selama 40 minit. Selepas itu, pada jam 10.00 pagi acara Sukaneka bermula.

Acara sukaneka yang dijalankan ialah membuat karipap dengan menggunakan Plasticine, Pertandingan Parut Kelapa, Teh Tarik, Buat Fesyen menggunakan Surat Khabar dan mencari gula-gula di dalam tepung. Happening jugak la. saya rasa memang best aktiviti yang dianjurkan. hehe semua guru-guru bekerjasama di dalam kumpulan masing-masing. Selepas aktiviti Sukaneka, aktiviti yang seterusnya yang akan berlangsung adalah aktiviti persembahan guru dan pelajar. Semasa aktiviti itu, saya pergi menyalin pakaian dan bersedia untuk aktiviti Fesyen Show.

Semasa aktiviti Fesyen Show seramai 13 orang guru yang mengambil bahagian iaitu, Cgu. Arawan, Cgu. Nantheni, Cgu. Azhar (PK1), Cgu. Suraiyanti, Cgu. Sharani, Ustaz Radzi (PK KO), Cgu. Adnan, Cgu. Akmal, Cgu. Sofiah, Cgu. Saralah, Cgu. Awangku, Cgu. Farah, Cgu. Zahuri. Pelbagai fesyen yang diketengahkan. Ada yang fesyen ala2 punjabi, fesyen Michael Jackson, Fesyen Budak Punkid, Fesyen Arab laahhh, Fesyen Koboi, Fesyen Tentera, Fesyen wat peminangan.. hahaha dan fesyen slumber giler.. hahahaha.. Semua itu membuatkan hati kami terhibur. Pelajar-pelajar semuanya tergelak melihat fesyen-fesyen yang diketengahkan oleh guru-guru kesayangan mereka. hahaha...

Selepas aktiviti fesyen tersebut adalah aktiviti penyampaian hadiah dan penghargaan daripada pihak sekolah kepada guru-guru yang terlibat. Tidak ketinggalan juga kami guru-guru praktikum diberi penghargaan daripada pihak sekolah. Terima kasih pengetua dan warga sekolah di atas penghargaan tersebut. Diharap apa yang kami pelajari di sekolah ini akan kami bawa di sekolah yang bakal menempatkan kami nanti. Insyaallah...

Kemudian aktiviti pertukaran hadiah (guru dan staf). Pelbagai hadiah yang dijadikan pertukaran guru. tapi semua itu tidak diketahui apa yang terkandung di dalam bungkusan hadiah tersebut.. hehe.. so hanya tuan empunya tu jak yang tau.. haha.. selepas aktiviti tu adalah majlis jamuan guru di kantin sekolah. Aku dan guru-guru praktikum yang lain lambat tuk menjamu jamuan di kantin. Hal ini kerana sibuk melayan karenah anak-anak murid yang nak bersalaman dengan guru-guru kesayangan mereka. Iyalah.. masa itu kan adalah last dah guru-guru praktikum menjejakkan kaki kesekolah. huhuhu.. Masa itu juga terlalu banyak present yang aku terima, begitu juga dengan guru-guru praktikum yang lain. Ramai pelajar yang menitiskan air mata. Apa boleh buat dah tarikh Praktikum kami tamat pada 14 Mei tu dan pada hari itu (17 Mei) adalah hari terakhir kami guru-guru praktikum di sekolah.. So ramai la budak2 ni sedih. Setiap kegembiraan pasti ada kesedihan, Setiap yang di awalkan pasti ada pengakhiran.. bgitu la manusia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. So terasa sebak la nak berpisah dengan murid-murid skolah tu. Selama 14 minggu bersama mereka, suka duka, pahit manis ditelan bersama. huhuhu.. tapi perjuangan tetap diteruskan. shingga sekarang murid-murid ku ada menghubungi ku.. So kepada adik-adik angkat ku iaitu Zuladha, Shazarul, Hafeezi, Fais Reizmi dan Syafirah belajar elok-elok ya.. Abg angkatmu ini menunggu kejayaan kamu di menara gading. Insyaallah... di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Kasih ibu ke SYURGA, Kasih Ayah spnjang PERJALANAN, Kasih kita bila BERJAYA. Jadi jangan putus asa buat adik-adikku di SEKUGA dan murid-murid kesayanganku yang lain. Insyaallah ada umur, ada rezki, ada kelapangan dan kemampuan kita akan berjumpa lagi. Aminnn...

Seterusnya, aktviti yang terakhir adalah berjumpa dengan pengetua di bilik pengetua pada jam 3.30 petang. Saya, Stanley dan Abg Fazil berjumpa dengan pengetua untuk meminta maaf dan meminta petua serta nasihat daripada beliau. Pengetua telah memberi nasihat di dalam buku pengajaran kami. Masa itu juga kami bertiga mengambil buku pengajaran kami tuk kali terakhir dan di semak buat kali terakhir oleh pengetua. Pengetua nasihatmu di dalam buku pengajaran ku akan ku jadikan ikhtibar untuk ku menerukan perjalanan sebagai seorang pendidik. Pengetua juga menyarankan aku menyambung pengajian ke peringkat master. Insyaallah ada rezki akan ku sambung juga pengajianmu.. Trima kasih pengetua En.Mohamad Syarif bin Sarmin.. trima kasih kerana sentiasa sharing petua dan nasihat untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya.. Ada masa akan berjumpa lagi.. Insyaallah..

Akhirnya kami bertiga keluar dari skolah itu pada jam 4.00 petang.


Perarakan Masuk Guru-guru Ke Dewan Terbuka

Barisan Guru-guru SEKUGA

Bersama guru-guru Koperasi

Acara Buat Karipap Guna Palesticine

Aksi terlampau Guru pmbimbing aku ketika Pertandingan Teh Tarik.. haha

Peserta Fesyen Kertas

Habis putih muka aku.... huhu

Knp tu Kak Umie??? Parut jgn tak parut Cgu. Din

Peserta Fesyen Show Guru-guru SEKUGA

Penghargaan daripada pengetua

Penghargaan daripada Pihak Sekolah

Hadiah-hadiah daripada murid-muridku.. huhu syg kamoo smua



Awangku Masazwan Pengiran Abul
Guru Praktikum UPSI d Smk Kubu Gajah
18 Januari - 17 Mei 2010




Friday, May 28, 2010

Hari-Hari Terakhir aku d Smk Kubu Gajah

14 Mei adalah tarikh keramat aku menamatkan Latihan Mengajar di SMK Kubu Gajah (SEKUGA). Tarikh tersebut membawa kegembiraan kepadanya tetapi ianya juga membawa kesedihan kepadaku. Hal ini kerana, aku terpaksa meninggalkan anak-anak muridku. Biar pun anak muridku nakal-nakal tapi aku tetap menyayangi mereka ibarat macam adik-adik aku sendiri. Pada minggu terakhir aku d SEKUGA, ramai murid-murid menyatakan kesedihan. Aku tak mampu nak berkata, sebab memang dah itu tarikh aku menamatkan latihan mengajar. Ramai la murid-muridku menangis untuk berpisah denganku. Biar pun aku ini seorang yang tegas tapi terselit juga kebaikan n kasih sayangku kepada mereka semua. Di minggu-minggu terakhir itu aku telah mendapati 5 orang adik angkat iaitu Zuladha, Shazarul, Hafeezi, Fais Riezmi dan Syafira. Aku pun terima mereka menjadi adik-adik angkat aku. Sehingga sekarang aku masih menghubunginya. Pada minggu terakhir itu juga, aku telah melaksanakan janjiku iaitu belanja murid-muridku minuman kotak dan layer cake. seramai 98 anak muridku aku belanja pada minggu terakhir tersebut. Kelas-kelas yang aku belanja adalah kelas-kelas d bawah ajaranku iaitu kelas tingkatan 1A1, 1A2 dan 2A3. Aku merindui detik-detik P&P, kenakalan murid-muridku, lawak-lawak gila mereka dan sebagainya. Di minggu terakhir itu juga aku telah mengikuti Program Gotong-Royong Perdana dan ditugaskan untuk memantau murid-murid membersihkan Dewan Peperiksaan. Bukan murid sahaja yang membersihkan aku pun turut bersama mereka.

Alhamdulillah tiada kata yang seindah perkataan itu yang patut aku ucapkan untuk bersyukur. Aku bersyukur kerana telah menamatkan Latihan Mengajarku selama 14 minggu. Walaupun payah namun semua itu menjadi indah apabila adanya PERPISAHAN yang bersamanya membawa seribu KENANGAN TERINDAH yang terukir di dada. Aku yakin semua rakan-rakan Sepraktikumku mengalami apa yang aku alami.

So, selepas ini aku hanya menunggu hari-hari yang dinantikan iaitu hari Konvokesyen dan penempatan Posting. Ku berharap aku akan di postingkan di sekolah tempatku berprktikal iaitu Smk Kubu Gajah. AKu hanya mampu berdoa agar aku d postingkan di sekolah tersebut. Aku merindui suasana SEKUGA. Hanya doa yang dapat aku bekalkan buat murid-muridku agar mereka semua berjaya dan menjadi insan yang berguna.. AMIN...
Kepada adik-adik angkatku Insyaallah kamu semua tetap di dalam ingatanku... Abg doakan kamu semua berjaya.. AMIN






Saturday, May 22, 2010

Trip To Ganu

hurmm lama dah x mnulis.. akhirnya aku blh jg mgisi masa lapangku dgn melaporkan aktiviti yg tlh aku lakukan pd bulan2 yg lps.. blh kira RECALL kembali la.. hehe
Pada cuti skolah Mac tu, saya and da geng p melawat n bercuti ke Trengganu.. hurmm byk tempat2 telah ku lawati. hurmm keterujaan yg amat sgt coz inilah 1st aku p Terengganu.. hahaha.. apa leh buat kita merantau d negeri orang ini kena la cuti2 n jalan2 sikit.. kira ni sambil myelam minum air la.. Perjalanan ke trengganu mgambil masa 10 jam lbh. Perjalanan ini bermula dari Kamunting Perak turun ke KL n then dr KL baru direct p Trengganu Melalui Kuantan Pahang.. fuhh~~~ sengal punggung wei menaiki bas.. huhu.. tp berbaloi ladpt bercuti ke Trengganu selama 5 hari 4 malam n menetap d rumah member praktikal iaitu Abg J @ Fazil bin Ismail. Trip ini d jelajahi dgn beberapa rakan lagi iaitu Stanley dan Mira.. kami berempat semunya prktikal d Daerah Selama Perak.. bestnya p Tregganu mcm2 kami beli n lawati.. hehe.. bajet yg d tetapkan ada juga lari. apa leh buat tu la namanya Keterujaan. ibarat rusa masuk kampung.. hahaha.. Percutian ke Terengganu ini memberi saya peluang tuk melawat negeri Terengganu yg blm sy pernah jejaki. Akhirnya saya jejakinya jg. Byk tmpt yg saya lawati antaranya Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Pantai Batu Burok, Pasar Payang, Bukit Puteri, Istana Maziah, Muzium Negeri Terengganu, Taman Shahbandar dan byk lagi.. Insyaallah terasa nk pergi lagi ke Terengganu.. Terengganu Nantikan kehadiranku.. hehehe

So kat bawah ini la pic2 yg akan saya sediakan untuk kalian;







































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...