"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, May 29, 2010

Selamat Hari Guru & Hari2 Terakhir aku d SEKUGA

16 Mei adalah tarikh keramat untuk semua Guru-guru, ustaz, ustazah, pensyarah, murabbi dll g ar yg bergelak sbagai pndidik untuk meraikan Hari Guru. Hari guru pada tahun ini jatuh pada hari Ahad. Tapi kebanyakan sekolah menyambutnya pada hari berikutnya iaitu pada hari isnin. Tema Hari guru tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa". Di Smk Kubu Gajah juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Guru. Aku dan rakan-rakan praktikum yang lain dijemput hadir untuk sama-sama menyambut hari guru. Biarpun praktikum dah tamat tapi kami guru-guru praktikum dijemput hadir juga. Biarpun belum lagi bergelar guru dengan secara rasminya tetapi perasaan itu ibarat macam dah lama menjadi guru. huhuhu...

Hari Guru di SEKUGA bermula dari jam 7.30 pagi hingga 2 petang. Acara pertama yang dimulakan adalah perarakn guru-guru ke dewan terbuka dengan disertai paluan kompang. hehe.. mcm perarakan orang kawin pulak.. hehehe... Selepas itu ucapan pengerusi majlis, bacaan doa dan nyanyian (Negaraku, Lagu Perak, Lagu Sekolah). kemudian dimulakan dengan sesi ucapan daripada guru praktikum dan pengetua. Selepas itu, acara seterusnya ialah Ikrar Guru & Lagu Guru Malaysia. Kemudian, pada jam 9.20 pagi semua pelajar dibenarkan rehat selama 40 minit. Selepas itu, pada jam 10.00 pagi acara Sukaneka bermula.

Acara sukaneka yang dijalankan ialah membuat karipap dengan menggunakan Plasticine, Pertandingan Parut Kelapa, Teh Tarik, Buat Fesyen menggunakan Surat Khabar dan mencari gula-gula di dalam tepung. Happening jugak la. saya rasa memang best aktiviti yang dianjurkan. hehe semua guru-guru bekerjasama di dalam kumpulan masing-masing. Selepas aktiviti Sukaneka, aktiviti yang seterusnya yang akan berlangsung adalah aktiviti persembahan guru dan pelajar. Semasa aktiviti itu, saya pergi menyalin pakaian dan bersedia untuk aktiviti Fesyen Show.

Semasa aktiviti Fesyen Show seramai 13 orang guru yang mengambil bahagian iaitu, Cgu. Arawan, Cgu. Nantheni, Cgu. Azhar (PK1), Cgu. Suraiyanti, Cgu. Sharani, Ustaz Radzi (PK KO), Cgu. Adnan, Cgu. Akmal, Cgu. Sofiah, Cgu. Saralah, Cgu. Awangku, Cgu. Farah, Cgu. Zahuri. Pelbagai fesyen yang diketengahkan. Ada yang fesyen ala2 punjabi, fesyen Michael Jackson, Fesyen Budak Punkid, Fesyen Arab laahhh, Fesyen Koboi, Fesyen Tentera, Fesyen wat peminangan.. hahaha dan fesyen slumber giler.. hahahaha.. Semua itu membuatkan hati kami terhibur. Pelajar-pelajar semuanya tergelak melihat fesyen-fesyen yang diketengahkan oleh guru-guru kesayangan mereka. hahaha...

Selepas aktiviti fesyen tersebut adalah aktiviti penyampaian hadiah dan penghargaan daripada pihak sekolah kepada guru-guru yang terlibat. Tidak ketinggalan juga kami guru-guru praktikum diberi penghargaan daripada pihak sekolah. Terima kasih pengetua dan warga sekolah di atas penghargaan tersebut. Diharap apa yang kami pelajari di sekolah ini akan kami bawa di sekolah yang bakal menempatkan kami nanti. Insyaallah...

Kemudian aktiviti pertukaran hadiah (guru dan staf). Pelbagai hadiah yang dijadikan pertukaran guru. tapi semua itu tidak diketahui apa yang terkandung di dalam bungkusan hadiah tersebut.. hehe.. so hanya tuan empunya tu jak yang tau.. haha.. selepas aktiviti tu adalah majlis jamuan guru di kantin sekolah. Aku dan guru-guru praktikum yang lain lambat tuk menjamu jamuan di kantin. Hal ini kerana sibuk melayan karenah anak-anak murid yang nak bersalaman dengan guru-guru kesayangan mereka. Iyalah.. masa itu kan adalah last dah guru-guru praktikum menjejakkan kaki kesekolah. huhuhu.. Masa itu juga terlalu banyak present yang aku terima, begitu juga dengan guru-guru praktikum yang lain. Ramai pelajar yang menitiskan air mata. Apa boleh buat dah tarikh Praktikum kami tamat pada 14 Mei tu dan pada hari itu (17 Mei) adalah hari terakhir kami guru-guru praktikum di sekolah.. So ramai la budak2 ni sedih. Setiap kegembiraan pasti ada kesedihan, Setiap yang di awalkan pasti ada pengakhiran.. bgitu la manusia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. So terasa sebak la nak berpisah dengan murid-murid skolah tu. Selama 14 minggu bersama mereka, suka duka, pahit manis ditelan bersama. huhuhu.. tapi perjuangan tetap diteruskan. shingga sekarang murid-murid ku ada menghubungi ku.. So kepada adik-adik angkat ku iaitu Zuladha, Shazarul, Hafeezi, Fais Reizmi dan Syafirah belajar elok-elok ya.. Abg angkatmu ini menunggu kejayaan kamu di menara gading. Insyaallah... di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Kasih ibu ke SYURGA, Kasih Ayah spnjang PERJALANAN, Kasih kita bila BERJAYA. Jadi jangan putus asa buat adik-adikku di SEKUGA dan murid-murid kesayanganku yang lain. Insyaallah ada umur, ada rezki, ada kelapangan dan kemampuan kita akan berjumpa lagi. Aminnn...

Seterusnya, aktviti yang terakhir adalah berjumpa dengan pengetua di bilik pengetua pada jam 3.30 petang. Saya, Stanley dan Abg Fazil berjumpa dengan pengetua untuk meminta maaf dan meminta petua serta nasihat daripada beliau. Pengetua telah memberi nasihat di dalam buku pengajaran kami. Masa itu juga kami bertiga mengambil buku pengajaran kami tuk kali terakhir dan di semak buat kali terakhir oleh pengetua. Pengetua nasihatmu di dalam buku pengajaran ku akan ku jadikan ikhtibar untuk ku menerukan perjalanan sebagai seorang pendidik. Pengetua juga menyarankan aku menyambung pengajian ke peringkat master. Insyaallah ada rezki akan ku sambung juga pengajianmu.. Trima kasih pengetua En.Mohamad Syarif bin Sarmin.. trima kasih kerana sentiasa sharing petua dan nasihat untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya.. Ada masa akan berjumpa lagi.. Insyaallah..

Akhirnya kami bertiga keluar dari skolah itu pada jam 4.00 petang.


Perarakan Masuk Guru-guru Ke Dewan Terbuka

Barisan Guru-guru SEKUGA

Bersama guru-guru Koperasi

Acara Buat Karipap Guna Palesticine

Aksi terlampau Guru pmbimbing aku ketika Pertandingan Teh Tarik.. haha

Peserta Fesyen Kertas

Habis putih muka aku.... huhu

Knp tu Kak Umie??? Parut jgn tak parut Cgu. Din

Peserta Fesyen Show Guru-guru SEKUGA

Penghargaan daripada pengetua

Penghargaan daripada Pihak Sekolah

Hadiah-hadiah daripada murid-muridku.. huhu syg kamoo smua



Awangku Masazwan Pengiran Abul
Guru Praktikum UPSI d Smk Kubu Gajah
18 Januari - 17 Mei 2010




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...