"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, March 21, 2010

Ulang Tahun ku yg ke--??

Assalamualaikum...

Setiap tahun umur manusia kian meningkat, begitu juga dengan diriku tidak lari dari mengalami peningkatan umur. Ini bermakna bahawa diriku semakin hampir tuk menghampiri Sakaratul Maut. Tapi adakah aku bersedia?? Amal ibadat masih belum mencukupi. Aku bersyukur padamu ya Allah kerana masih lagi memberiku peluang untuk menghirup udara yang kau cipta d bumi ini, masih lagi memberi peluang untukku melihat ciptaan-ciptaanmu yang indah serta berpeluang lagi untuk mengerjakan amal ibadatmu. Aku menyambut hari lahir ku yg ke-24 pada 18 Mac 2010. Walaupun usiaku dah meningkat tua (rakan-rakanku berseloroh) tetapi pemikiran, minda dan idea masih lagi muda yakni tidak dimamah usia. Selama 4 tahun aku menyambut hari kelahiranku di Semenanjung tanpa bersama-sama insan tersayang iaitu keluarga.

Baru-baru ini, pada 18 Mac 2010, pada jam 10.30 malam iaitu dihari kelahiranku, aku dikejutkan dengan kezutan rakan-rakanku menyambut kelahiranku dengan sebiji kek dengan dihiasi lilin yang menunjukkan umurku 24 tahun. Aku tidak menyangka bahawa ada juga rakan-rakanku yang nak menyambut hari kelahiranku. Aku mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan tersebut. Tak tahu nak kata apa time tu. Rupanya masih ada yang sayang dan ingat hari kelahiranku. Aku mengucapkan terima kasih buat Uppi, Sasi, Azman, Khairul, Azmee, Fariq, Walter, Putera dan Hafizi (jie). Thanks ya coz kamurang sanggup share tuk beli kek hari lahir untuk diriku. Hanya doa sahaja yang mampu ku balas buatmu rakan-rakan. Doa untuk rakan-rakanku sentiasa bersamaku di dalam sujudku. Aku juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang wish melalui mesej dan FB coz kamurang ingat juga tarikh lahirku.

Buat Ayahanda n Bonda serta adik badik, doakan kejayaan anakanda/adinda di gedung ilmu di UPSI ini.. Insyaallah, Anakanda/adinda akan sntiasa ingat penat lelah kamu semua untuk memberi peluang anakanda/adinda belajar di sini. Doaku untuk kuargaku sentiasa bersamaku. Peningkatan umurku ini menandakan aku kena berubah kepada lebih matang, fokus, berfikir positif dan sentiasa melakukan perubahan untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Semoga azamku untuk tahun ini tercapai.. Insyaallah..

Awangku Masazwan Bin Pengiran Abul
2.29 am
21 mac 2010

Saturday, March 20, 2010

Dipaksa Makan Bawang.....!!!

Aku ada terbaca sebuah buku yang menyatakan dengan memakan bawang putih, seseorang itu tidak mungkin dijangkiti virus H1N1.... hurmm betul ke??

Cerita ini bermula d Hangzhou wilayah Zhejing, guru di sebuah sekolah menengah percaya, dengan memakan bawang putih, seseorang itu tidak mungkin dijangkiti virus H1N1. Taksub dengan perkara itu, guru berkenaan telah memborong 200 kilogram bawang putih daripada sebuah pasar untuk diberikan kepada pelajarnya.

Setiap hari, para pelajar dipaksa untuk memakan bawang putih itu bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus tersebut. Keadaan itu menimbulkan kekecohan di kalangan pelajar. Ada di kalangan pelajar yang tidak suka memakan bawang putih terpaksa mengikut arahan tersebut demi kesihatan mereka. Malah persekitaran sekolah itu juga berbau bawang putih sejak arahan memakan bawang pada waktu tengah hari dimulakan. Walaupun begitu, para pelajar di sekolah tersebut mengakui, mereka terpaksa menghidu bau bawang putih di setiap penjuru bangunan sekolah, namun itu adalah usaha sekolah untuk memastikan mereka selamat daripada virus Pandemik itu..

Hurmmm... macam tak boleh nak difikirkan secara logikkan?? kalau dah ajal tu ajal la juga... Hurm, tapi usaha sekolah ini untuk memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa sihat layak dipandang tinggi.. hehe... Sebenarnya AK memang minat makan bawang putih, apatah lagi di dalam sup.. kena bubuh banyak bawang putih.. sedap wwooo...

Friday, March 12, 2010

Trip To Penang Islands

Sebenarnya Trip ke Pulau Pinang ni dah lama dah. Di sebabkan diriku dilanda kesibukan sekolah menyebabkan aku tak sempat untuk menceritakan Perjalanan ke Pulau Pinang ini. Sebenarnya perjalanan ini berlaku pada bulan Februari iaitu beberapa hari lagi perayaan Tahun Baru Cina. Saya, Stanley dan Akmal pergi ke Pulau Pinang tanpa perancangan, secara on the sport je.. hehehe.. Apa2pun kami pergi ke Pulau Pinang pada hari Sabtu jam 11 pagi sehingga 2 pagi. Kami mengambil masa selama 1 jam untuk pergi ke Pulau Pinang. Hal ini kerana, Selama Perak ini dekat saja dengan Pulau Pinang. Ini adalah pertama kali saya pergi ke Pulau Pinang, rasa teruja wooo hehehe. Mula-mula tiba di Pulau Pinang ibarat Rusa Masuk Kampung.. hehee tp dpt d Cover Line.. ceewaahh. Haha.. Setibanya d Pulau Pinang kami semua direct p Queensbay. Shopping d Queensbay.. best woo, Queensbay mmg besar.. macam2 ada.. semua barangan SALE time tu.. Aku n rakan2 lain beli baju n seluar. Macam-macam yang dibeli.. semuanya berjenama, harga RM160 tp pabila SALE hehe..jd RM30-RM70. apa g membeli sakan la kami bertiga d Pulau Pinang. Shopping d Queensbay mengambil masa yang lama iaitu 5 jam.. heeheehehe… pastu membeli belah d Popular Bookstore pulak.. beli buku rujukan dan alat2 tulis tuk P&P, semua perbelanjaan tuk beli alat2 tulis dan buku adalah sebanyak Rm127.00. terkejut den.. huhuhuh tp apa leh wat dah nama pgorbanan nak didik anak bangsa so kena la berkorban.. tu diaa naaa…. Hehe.. kami p makan2 d Bandar Kota Lama, Tanjong Tokong, Komtar, Lapangan Terbang Bayan Lepas, USM dll g la.. memang best ar trip kami d Penang.. so saksikan la gmbar-gambar yg sempat d rakamkan d Pulau Mutiara. Hurmmm nak p lagi laaa….


Di kawasan Airport Pulau Pinang


View yg cantik berdekatan dgn Pulau Jerejak


Queensbay


Beli-beli asam


sebelum nak p Penang
(Stanley, saya, Akmal, Fazli)


Saya dgn Stanley


Saya dgn Akmal


d Queensbay


Jambatan Pulau Pinang







Sunday, March 7, 2010

Picture : Semasa Aku di Sekolah

Perhimpunan d pagi Isnin



hurmm.. garang pula aku ni..



Aktiviti d pagi Jumaat, Baca Yassin



Smk Kubu Gajah, Selama Perak


Gotong Royong memasak Bubur Asyura


Sesi P&P di dalam kelas


di pintu hadapan sekolah

## Lama sudah tidak menulis ##

Assalamualaikum w.b.t...

Masa berlalu dengan begitu pantasnya. Tidakku sedari hampir 9 minggu aku tak menulis. Sudah 8 minggu aku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah, Selama Perak. Tidakku sedari aku dah menempuhi hari-hari dan situasi persekolahan yang memang mempunyai banyak dugaan dan mencabar segala bentuk minda dan fizikal.. Tetapi aku boleh mengatasinya.. Aku di sini hanya bertemankan komputer ribaku sekadar melepaskan rindu pada rakan2 serta sahabat2 JMK 07/08, sahabat2 Classmate Geografi, Sahabat2 Ex-Housemate 2-3-11 dan suasana UPSI serta kolej kesayanganku KHAR. Apa khabar semuanya...

Sekolah aku besar tetapi enrolmen muridnya hanya berkapasiti kecil iaitu hanya 298 orang pelajar sahaja dengan bilangan tenaga pengaja kekal seramai 30 orang + guru praktikal UPSI 5 orang (Geografi - 1 orang (saya lah tu), Kemahiran Hidup - 2 0rang (Stanley n Fazil (Abg J), dan Sejarah - 2 orang (Fazli n Akmal), serta 1 orang guru GSTT. Sekolah ini mempunya keluasan 11 hektar dan terletak di kawasan Ladang kelapa sawit yang berhampiran dengan juluran banjaran Bintang yang terbentang luas di hadapan sekolah yang memberi view yang cantik terhadap sekolah ini. Sekolah ini juga baru dibuka pada 6 Jun 2002, serta mendapat bantuan kerajaan sepenuhnya di kawasan luar bandar. Sekolahku ini jauh daripada bandar Ipoh iaitu 130km jauhnya.

Pensyarah dah datang baru-baru ini pada 03/03/2010. Tidak banyak komen yang diberikan, semua komen yang diberikan adalah OK dan membina. Beliau kata semuanya perfect tapi ada 2 kesalahan yang menyebabkan pensyarahku tidak jadi memberi A- kepadaku.. huhuhu.. AKu tidak sedar pun 2 kesalahan yang ku lakukan. Tapi apa boleh buat, aku kena usaha n hati2 lagi d masa Observation yang ke-2. Aktivitiku semuanya ok termasuk aku mengambik risiko untuk membawa pelajar keluar kelas bagi melihat juluran banjaran yang terbentang di hadapan sekolah.. Masa itu, aku mengajar subtopik tanah tinggi, jadi aku bersyukur dapat menggunakan keadaan sekeliling sebagai bahan P&P aku.. Pensyarah tertarik dengan aktiviti aku, termasuk aku memasukkan pengalaman sedia adaku untuk ku ceritakan di hadapan pelajar.. Overall perfect tp 2 kesalahan itu aku kena atasi.. iaitu jangan bias dlm mengajar (eye contect), kedua, semasa melakukan aktivti kena seimbang. sekirannya pelajar lelaki aktif so kena bawa juga pelajar perempuan aktif.. Pensyarahku terkejut dengan melihat keadaan sekolah ku yang kurang facility. apa boleh buat life is go on.. Sehinggakan pensyarahku meng SMS padaku.. "Ak, saya tidak boleh bayangkan keadaan kamu d sana, sure bosan".. tengok betapa pensyarahku mengambil berat terhadap anak2 buahnya. Sehinggakan pensyarahku berkata "tak apa AK, saya percaya n yakin kamu akan menjadi guru yang hebat, apa pepatah menyatakan jika benih itu di buang ke laut jadi pulau dan d buang ke darat jadi bukit. Saya yakin kamu boleh atasinya. Sebab saya tau kamu boleh menjalani keadaan sebagaimanapun teruk kamu boleh atasinya. Guru beginilah yang kita mahu.".. Aku rasa terharu dengan beberapa SMS pensyarahku yang memberi semangat n dorongan terhadapku untuk berjaya mendidik anak bangsa.

Aku hari2 letih dan perpeluh2.. hal ini disebabkan keadaan kawasan aku ini yang panas iaitu berada d Utara Perak dan Ulu Perak.. Aku di sini pun hampir mengalami keadaan yang Sama dengan memberku SYahir.. tp di sekolah syahir ada gangguan terhadap muridnya sahaja. Yang aku ini hari-hari mengalami gangguan oleh rakan praktikalku iaitu budak Sejarah yang mengalami gangguan.. Mula-mula itu memang menakutkan coz dlam badan dia da 3 identiti yang berbeza, ianya berlaku kadang-kadang sahaja iaitu ketika memberku tension n ketika di antara Maghrib dan Isyak.. Tak ku sangka aku boleh atasinya selama 8 minggu di sini.. AKu buat macam biasa jak la kalau memberku mengalami gangguan.. Sehinggakan ahli-ahli dari DarusSyifa datang untuk mengubat memberku di rumah. Inilah dia dugaan dan cabaran yang ku hadapi.

Ok nnti g la aku menyambung cerita ini..

wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...