"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Sunday, March 21, 2010

Ulang Tahun ku yg ke--??

Assalamualaikum...

Setiap tahun umur manusia kian meningkat, begitu juga dengan diriku tidak lari dari mengalami peningkatan umur. Ini bermakna bahawa diriku semakin hampir tuk menghampiri Sakaratul Maut. Tapi adakah aku bersedia?? Amal ibadat masih belum mencukupi. Aku bersyukur padamu ya Allah kerana masih lagi memberiku peluang untuk menghirup udara yang kau cipta d bumi ini, masih lagi memberi peluang untukku melihat ciptaan-ciptaanmu yang indah serta berpeluang lagi untuk mengerjakan amal ibadatmu. Aku menyambut hari lahir ku yg ke-24 pada 18 Mac 2010. Walaupun usiaku dah meningkat tua (rakan-rakanku berseloroh) tetapi pemikiran, minda dan idea masih lagi muda yakni tidak dimamah usia. Selama 4 tahun aku menyambut hari kelahiranku di Semenanjung tanpa bersama-sama insan tersayang iaitu keluarga.

Baru-baru ini, pada 18 Mac 2010, pada jam 10.30 malam iaitu dihari kelahiranku, aku dikejutkan dengan kezutan rakan-rakanku menyambut kelahiranku dengan sebiji kek dengan dihiasi lilin yang menunjukkan umurku 24 tahun. Aku tidak menyangka bahawa ada juga rakan-rakanku yang nak menyambut hari kelahiranku. Aku mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan tersebut. Tak tahu nak kata apa time tu. Rupanya masih ada yang sayang dan ingat hari kelahiranku. Aku mengucapkan terima kasih buat Uppi, Sasi, Azman, Khairul, Azmee, Fariq, Walter, Putera dan Hafizi (jie). Thanks ya coz kamurang sanggup share tuk beli kek hari lahir untuk diriku. Hanya doa sahaja yang mampu ku balas buatmu rakan-rakan. Doa untuk rakan-rakanku sentiasa bersamaku di dalam sujudku. Aku juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang wish melalui mesej dan FB coz kamurang ingat juga tarikh lahirku.

Buat Ayahanda n Bonda serta adik badik, doakan kejayaan anakanda/adinda di gedung ilmu di UPSI ini.. Insyaallah, Anakanda/adinda akan sntiasa ingat penat lelah kamu semua untuk memberi peluang anakanda/adinda belajar di sini. Doaku untuk kuargaku sentiasa bersamaku. Peningkatan umurku ini menandakan aku kena berubah kepada lebih matang, fokus, berfikir positif dan sentiasa melakukan perubahan untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Semoga azamku untuk tahun ini tercapai.. Insyaallah..

Awangku Masazwan Bin Pengiran Abul
2.29 am
21 mac 2010

1 comment:

Pemuda@gamA said...

Bilalah nak bertemu lagi... nak rai skali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...