"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year & Happy New Sem

Assalamualaikum.....
Kepada rakan2 serta my junior selamat menempuh kehidupan alam universiti.. selamat berkuliah yaa... hehee.. nmpaknya terpaksalah menambah beban di kepala dengan
aktiviti kuliah, assignment, mid test, fieldwork dan exam.. hehehe.. apa2pun buat
yang terbaik.. apa yang penting.. study smart.. target pada assignment ya..
jangan rasa tertekan coz semua itu dugaan hidup lagipun mmg
dah biasakan buat semua benda alah tu... hehehehe...
Malahan itu, sy juga ingin mengucapkan
HAPPY NEW YEAR
2010...
to all my frens..
so apa g niatlah azam ya utk tahun baru ini..
agar semua yang di niatkan itu akan menjadi realiti..
Niat aku ringkas jak iaitu agar dapat POSTING.. hehehehehe..
Doakan ya... AMINNNN
Awangku Masazwan Bin Pengiran Abul
2-3-11
12.45 am

Friday, December 25, 2009

++ Result Exam ++


Aku mula berdebar-debar apabila mengetahui Result dah keluar... huhuhu... Aku amat takut utk memasukkan password UPSI.. sebab aku takut utk melihat resultku... tapi aku terpaksa juga, disebabkan aku ingin mengetahui hasil selama ini yang telah aku tuai...



semasa aku membuka portal mysis upsi, aku melihat result daripada bawah dengan dpn laptop ditutupi dgn kertas,,, hehehe.. aku tgok Latihan Ilmiah ku A serta beberapa paper ku A... tp aku kecewa disebabkan aku tdk mencapai trget 4.++... huhuhuhu.. Aku pasrah dgn trget aku n subjek GIS aku iaitu Geography Information System... huhuhu stakat ckup2 makan jak.. wlupun pasrah, tapi aku bersyukur sbb dpt Dekan List lg.. Alhamdulillah..



Aku jelez dgn rakan2 ku yg dapat 4.++... tp aku x mampu nk berkata-kata, mungkin itu sahaja yg aku mampu hasilkan. mungkin ini bukan rezki aku, mungkin rezki aku semester hadapan.. insyallah... chaiyokkkkk Latihan Mengajar.... tggu kedatangan ku Smk Kubu Gajah, Selama Perak.

Monday, December 21, 2009

BILA DIRI DISAYANGI



Terdengar bisikan mesra
kalimah keramat bermentera
bermulanya siang berakhir malamku
tak akan ku jemu menyebut namamu
tiada batasan waktu
tiada tempat mu tertentu
di gunung, di lembah, di darat, di air
siapa pun hamba keikhlasan doa
keagungan kasih mengubah takdir
bila ku sedari diri disayangi
langkah kaki ini semakin berani
bila terkeliru ku ucap namamu
terasa diriku kembali dipandu
kau yang pertama tiada akhirnya
aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
izinkanlah aku menumpang diri
di bawah naungan kasih dan sayangmu
ku berserah diri



Awangku Masazwan Pg. Abul
2-3-11
UPSI
1.51 AM

Tuesday, December 8, 2009

Fever Attack

huhuhu.. Tatkala aku hendak melelapkan mata, tiba-tiba perutku memulas yang amat sangat. Sakitnya ibarat di cucuk jarum, memang pedih. Aku berulang kali keluar masuk ke dalam tandas. Hurmm... rupa-rupanya aku telah mengalami cirit-birit. Hatiku berbisik, petang tadi apa yang telah aku makan?? Pada petang itu aku hanya menjamah Kuih Pau yang aku beli di depan Telekom Tg.Malim bersama-sama dengan Syahir, pada malamnya pulak aku tak makan nasi hanya menjamah Oat. Aku tak tahu kenapa perutku memulas. Hatiku berbisik lagi, takkan disebabkan kuih Pau, padahal aku selalu membeli kuih Pau di depan Telekom di Pekan Tg.Malim itu. Aku berasa heran... Aku tidak dapat tidur, mataku celik selama 2 jam lebih kerana disebabkan perutku yang amat sakit dan suhu badanku meningkat dengan mendadak. Kejadian ini berlaku jam 1 hingga 3.30 pagi. Aku tidak terdaya hendak mengejutkan rakan serumahku (rakan skim pljr bekerja) iaitu Syahir dan Azron. Aku hadapinya dengan tenang dan menahan sakit serta memohon doa kepada Allah agar disembuhkan sakit ini. Aku muntah beberapa kali. Aku mencari ubat sakit perut (Pill Chi Kit Teck Aun) tetapi tiada, yang ada hanyalah ubat Paracetamol 650mg. Akhirnya ubat Paracetamol ini membantu meredakan sakit perut ini. Aku terlelap kira-kira hampir jam 4 pagi. Aku terjaga pada jam 6.00 pagi, aku terus menyelesaikan ibadat solat Subuh, selepas itu aku menyambung tidurku dengan perutku yang sakit-sakit biasa. Dipendekkan cerita aku bangun pada jam 7.45 pagi untuk pergi membersihkan diri, selepas itu aku pun bersiap untuk pergi bekerja di Pejabat Pentadbiran Kolej Harun Aminurrashid. Aku bekerja dalam keadaan sakit, aku hanya menahan sakit ini, dan akhirnya sakit perutku dan demam panasku reda. Alhamdulillah, thanks god... Hari ini aku tidak banyak melakukan aktiviti seperti hari-hari lain. Aku hanya banyak menghabiskan masa melakukan kerja2 ringan dan tidur.

Friday, December 4, 2009

Skim Pelajar Bekerja VS Research Assistant

Inilah kolejku dan tempat aku menjadi skim pelajar bekerja



Cuti akhir semester ini aku sekali lagi tidak menjalankan rutin yang selalu pelajar lakukan diakhir sem iaitu 'Balik Kampung'. Tiga tahun berturut-turut aku tidak balik kampung halamanku di Sabah. Aku tak balik ada sebab-sebab tertentu. Hanya aku sahaja yang mengetahuinya. Cuti akhir semester di tahun akhir aku bergelar pelajar telah aku lakukan dan manfaatkan dengan memohon menjadi skim pelajar bekerja di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Apabila sahaja cuti menjelang aku akan bekerja part time di Pejabat Pengurusan Kolej Harun Aminurrashid. Tahun ini pengambilan skim pelajar bekerja dihadkan kepada 8 orang sahaja (empat orang lelaki & 2 orang perempuan). Kerja aku di cuti semester ini pada sem ini berbeza dengan semester-semester lepas. Hal ini kerana, aku melakukan 2 tugasan yang berbeza. Pada waktu pagi aku bekerja di Pejabat Pengurusan Kolej Harun Aminurrashid sebagai skim pelajar bekerja manakala pada waktu malamnya aku akan menghabiskan waktu dengan membuat tugasan pensyarah iaitu kajian PhDnya. Aku membatu pensyarahku di dalam penyelidikinnya atau dengan erti kata lain sebagai Research Assistant. Setiap malam aku akan membantu kerja-kerja pensyarah dengan menaip beberapa artikel, jadual, rajah dan sebagainya. Oleh itu, aku melakukan kerja-kerja ini dengan hati yang rela. Melalui penyelidikan pensyarah ini dapatlah aku tahu macam mana cara hendak menjalankan kajian persendirian dengan lebih sistematik. Aku kagum dengan pensyarahku kerana berjaya mendapat Penyelia PhD daripada seorang penulis buku yang terkenal di dalam bidang Geografi di Malaysia khususnya iaitu Prof. Jamaluddin Jahi. Aku minat semua hasil dan kajiannya Prof. Jamaluddin Jahi. Aku telah mengumpul buku-buku yang ditulis oleh beliau. Insyaallah kalau ada rezeki aku juga ingin menyambung pengajianku di dalam Sarjana dan Doktor Falsafah. Di mana ada kemahuan di situ cita-cita akan dikabulkan... AMIN....

Pemandu Teksi Tg.Malim yang tidak jujur

kemarin pada jam 10 pagi saya keluar sekejap dari pejabat pentadbiran kolej Harun Aminurrashid untuk mengepos barang-barang saya ke Sabah. Saya minta excuse selama 2 jam. saya telah menghantar barang-barang saya ke Sabah sebanyak 7 kotak melalui Seamail (Pos Laut), berat ketujuh-tujuh kotak adalah 96kg dengan bayaran sebanyak RM96.00. ini bermakna 1 kg bersamaan dengan Rm1.00, murahkan. Tetapi barang-barang tersebut akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah saya, iaitu selama 2 bulan atau lebih. Selepas menyelesaikan proses penghantaran barang di Pejabat Pos saya pun pergi ke pekan Tanjong Malim. Apa lagi pergi shopping la.. hahaha... saya beli seluar, kasut sukan dan macam-macam lagi alat-alat kelengkapan untuk persediaan Latihan Mengajar yang akan bermula pada Januari nanti. Kemudian, setelah selesai beli-belah saya pun menaiki Teksi untuk balik ke KHAR. Klimaks cerita ini adalah di sini iaitu ketika menaiki teksi mat India. Hurmm saya menunggu teksi dan abang India itu bertanya hendak pergi mana? So, saya pun menjawab ke KHAR. Jadi abang India itu kata, Ok naik. Hurmmm, rupa-rupanya saya berkongsi teksi dengan pakcik yang dah berumur kira-kira 60 lebih tahun gitu.. Destinasi yang dituju adalah sama dengan pakcik tersebut. Di dalam perjalanan tersebut, aku terkejut pakcik itu membayar kepada abang India itu dengan bayaran Rm13. Aku terkejut takkan la perjalanan yang sejauh Pekan ke Bahtera sebanyak tu. Aku tak tau la, sama ada pakcik itu tahu mengira atau tidak. Tapi yang tidak rasionalnya kenapa abang India itu tidak berlaku jujur terhadap pakcik tersebut. Walaupun dia itu buta huruf ke apa ke tapi kenapa tak berlaku jujur dan adil terhadap warga emas... Aku memang terkilan dengan tindakan abang India tersebut. Hurmmm, aku hanya mampu mengeluh. Mungkin, begitu ke cara mereka mencari Nafkah hidup.. Manusia.. Manusia... Inilah dia sifat manusia yang selalu bertuhankan duit.. Insyaallah, harap-harap kita dihindari daripada kelakuan dan sifat-sifat seperti cerita di atas... hurmmmm

Sunday, November 29, 2009

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat kaum muslimin dan muslimat sekalian. Hari ini aku bangun awal untuk mengerjakan ibadah solat subuh. Selepas itu, duduk berzikir untuk kebesaran-Nya. Tepat jam 7.00 saya pun pergi mandi dan bersedia untuk pergi ke masjid. Jam 7.50 aku dan Azron iaitu rakan hosmate ku pergi ke masjid Hulu Bernam untuk mengerjakan solat Sunat Aidil Adha. Suasana kolej yang dahulu selalunya riuh-rendah tapi pada hari itu hanya saya dan Azron serta beberapa orang budak Palapes yang masih stay d kolej. Betapa sunyi dan tersentuhnya hati ini ketika tiada sahabat-sahabat karib yang sama-sama untuk menyambut hari yang penuh berkat. Hurrmmm aku hanya boleh mengeluh sahaja. Ini adalah sambutan Hari Raya Aidil Adha yang keempat yang aku sambut setelah kian 4 tahun pengajianku di UPSI. Aku tidak merasa sedih atau gembira tapi jauh di sudut hatiku ada terdetik perasaan sedih tersebut. Tapi aku tak mampu untuk meluahkannya maybe inilah yang dikatakan kematangan.. hahaha… hati kecilku ketawa. Berbalik pada cerita tadi aku dan Azron pun pergi ke masjid Hulu Bernam. masyaAllah betapa ramainya umat Islam yang mengerjakan di masjid baru Hulu Bernam. Aku rasa terkejut tak terhingga. Kalaulah solat-solat yang wajib di lakukan berjemaah sedemikian, Insyaallah berjayalah umat Islam. Sekian lama aku duduk di belakang motor, aku pun melangkah masuk ke dalam masjid untuk mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid. Selepas itu, aku pun mengikut makmum lain untuk bertakbir. Suasana masjid pada hari tersebut sangat meriah. Dipendekkan cerita setelah selesai solat Sunat Aidil Adha, aku dan Azron pun balik ke kolej. Di kolej hanya beberapa kelibat sahaja kelihatan baru balik dari mengerjakan tanggungjawab sebagai muslim iaitu solat sunat Aidil Adha. Aktiviti aku dan Azron pada hari tersebut hanya duduk di rumah tonton tv secara online dan men FB. Aku sangat rindu dengan rakan-rakan rapat. Tiba-tiba ada panggilan, rupa-rupanya ada juga rakan-rakanku bertanyakan khabar mengenai diriku. Roslan, iaitu kawanku paling rapat menelefonku untuk bertanyakan khabar. Perbualan kami hanya mengambil masa lebih 10 minit. Hahaha borak-borak kosong sahaja. Setelah itu aku pun membuat kerjaku iaitu menyelesaikan tugas yang diberi oleh pensyarah, aku telah menjadi pembantu penyelidikan pensyarah (Research Assistant) di dalam kajian Ijazah Kedoktorannya. Pada hari itu juga semua kerja penyelidikan pensyarah telah ku selesaikan. Aktiviti aku dan Azron pada hari tersebut hanyalah tidur.. hahahaha..

Hurmm inilah aktiviti yang telah aku lakukan pada hari raya aidil adha. Langsung tiada sambutan di kolej ini. Semua JMK dah balik kampung yang tinggal hanyalah beberapa budak Palapes dan skim pelajar bekerja. Sekian, inilah nukilan untuk pada hari tersebut.

Friday, November 27, 2009

Selamat Tinggal UPSI

11hb November adalah tarikh keramat aku d UPSI. Pada tarikh tersebut adalah exam terakhir aku iaitu paper Geography Information System (GIS). Setelah exam tu berakhir maka itulah hari terakhir aku d UPSI. Selapas ini tiada lagi kuliah, assignment, study group dan exam… tp hati ini rasa sebak n sedih untuk meninggalkan UPSI. Hal ini kerana di sinilah aku beroleh Nur mengenai ilmu, persahabatan, perhubungan dan sebaginya. Selepas ini aku akan rindu dengan kuliah, assignment, rakan-rakan, bilik kuliah, café dan kolej. Betapa seronoknya aku dapat belajar d UPSI yang banyak menghasilkan graduan yang hebat seperti Pendeta Za’ba dan sebagainya. Hurmmm selepas ini aku akan rindu sahabat2 ku yang rapat yang sanggup bersama walau dalam gumbira n sedih iaitu Azman, Gapor, Roslan, Graven n Radzman. Hurmmm, selepas ini aku tidak akan dapat pegi pasar malam lagi.. huhuhu.. selalu beli laksa, fevret food tu.. hehe. Aku juga akan rindu dengan rakan-rakan classmates ku, para pensyarah dan rakan2 dari program lain. Hanya blog, ym, fb n fs je dijadikan penghubung antara kita selepas ini. Aku jugak merindui rakan-rakan seperjuanganku di dalam berpersatuan iaitu rakan-rakan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid. Harap kita semua akan buat reunion nanti setelah semuanya sudah bekerja. Insyaallah ada masa kita akan bersua semula.

Tuesday, November 24, 2009

Percubaan Pertama

Assalamualaikum w.b.t

Percubaan pertama utk mghasilkan blog ini... harap diriku mampu untuk mengarang di dalam blog ini.. Agar blog ini dapat dijadikan sebagai sumber ilham dan inspirasi dalam mengarang segala nukilan, catatan dan sebagainya yang boleh menghasilkan sesuatu impak yang boleh melahirkan minat di dalam mengarang.. InsyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...