"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, December 8, 2009

Fever Attack

huhuhu.. Tatkala aku hendak melelapkan mata, tiba-tiba perutku memulas yang amat sangat. Sakitnya ibarat di cucuk jarum, memang pedih. Aku berulang kali keluar masuk ke dalam tandas. Hurmm... rupa-rupanya aku telah mengalami cirit-birit. Hatiku berbisik, petang tadi apa yang telah aku makan?? Pada petang itu aku hanya menjamah Kuih Pau yang aku beli di depan Telekom Tg.Malim bersama-sama dengan Syahir, pada malamnya pulak aku tak makan nasi hanya menjamah Oat. Aku tak tahu kenapa perutku memulas. Hatiku berbisik lagi, takkan disebabkan kuih Pau, padahal aku selalu membeli kuih Pau di depan Telekom di Pekan Tg.Malim itu. Aku berasa heran... Aku tidak dapat tidur, mataku celik selama 2 jam lebih kerana disebabkan perutku yang amat sakit dan suhu badanku meningkat dengan mendadak. Kejadian ini berlaku jam 1 hingga 3.30 pagi. Aku tidak terdaya hendak mengejutkan rakan serumahku (rakan skim pljr bekerja) iaitu Syahir dan Azron. Aku hadapinya dengan tenang dan menahan sakit serta memohon doa kepada Allah agar disembuhkan sakit ini. Aku muntah beberapa kali. Aku mencari ubat sakit perut (Pill Chi Kit Teck Aun) tetapi tiada, yang ada hanyalah ubat Paracetamol 650mg. Akhirnya ubat Paracetamol ini membantu meredakan sakit perut ini. Aku terlelap kira-kira hampir jam 4 pagi. Aku terjaga pada jam 6.00 pagi, aku terus menyelesaikan ibadat solat Subuh, selepas itu aku menyambung tidurku dengan perutku yang sakit-sakit biasa. Dipendekkan cerita aku bangun pada jam 7.45 pagi untuk pergi membersihkan diri, selepas itu aku pun bersiap untuk pergi bekerja di Pejabat Pentadbiran Kolej Harun Aminurrashid. Aku bekerja dalam keadaan sakit, aku hanya menahan sakit ini, dan akhirnya sakit perutku dan demam panasku reda. Alhamdulillah, thanks god... Hari ini aku tidak banyak melakukan aktiviti seperti hari-hari lain. Aku hanya banyak menghabiskan masa melakukan kerja2 ringan dan tidur.

3 comments:

Nurul Akma Bahari said...

ade ke patut makan paracetemol..haish..
laen kali kalo kne diarhea, minum salt solution..
beli kat farmasi, murah jek..

Unknown said...

Rasanya masuk angin je. Lepas sehari eloklah, Insya Allah.

Jaga-jaga makan tu.

Dadah paracetamol tu kalo boleh elok di elak. Tak baik untuk badan.

Semoga sihat...

Awangku Johan said...

Akma : hurmm kema, kema.... klu la sakit ni aku tahu bila dia berlaku cnfirm dah aku beli... ni tak tau lgsung... mcm mn nk beli dah jauh mlm dah.. huhuhu...

Pemudaagama : iya bro.. mmg aku x nk amik paracetamol tp dah terpaksa.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...