"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Friday, November 8, 2013

Taufan Haiyan Melanda Asia Tenggara


Hurmm… sekarang ini di Sabah semua heboh dengan TaufaN Haiyan… Bahagian Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau dalam keadaan berjaga-jaga tuk menghadapi tempias Taufan Haiyan ini.. Begitu juga dengan daerah Kudat…

Kapal-kapal dinasihati belayar menjauhi laut berhampiran pantai timur Sabah hingga Selasa depan, selepas taufan Haiyan melanda Filipina awal pagi Jumaat.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata Haiyan merupakan salah satu taufan terkuat dicatatkan dalam sejarah dan sangat berbahaya kepada kapal dan feri.

“Nasihat kami kepada kapal dan feri supaya menjauhi aktiviti di kawasan pantai timur Sabah.”

“Kapal besar mungkin boleh berhadapan dengan situasi angina kencang dan laut bergelora,” katanya kepada The Star.

 

Bagaimanapun, beliau berkata adalah sangat bahaya bagi kapal yang menghala ke arah utara Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) buat masa ini, hal ini kerana taufan Haiyan dijangka melanda ke arah barat Vietnam.

Muhammad berkata kesan daripada taufan berkenaan lebih bahaya daripada apa yang berlaku di kawasan Filipina.

Laporan Reuters, melaporkan taufan Haiyan yang melanda kepulauan tengah Filipina pada awal pagi Jumaat dengan kelajuan angin hingga 315 kilometer sejam dan ombak setinggi 5 meter.

Perkhidmatan feri, penerbangan dan aktiviti menangkap ikan turut digantung dengan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.

Sementara itu, laman web MetMalaysia melaporkan taufan Haiyan berada kira-kira 938 kilometer daripada Sandakan.

Ia melaporkan bahawa kelajuan angina 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka membadai kawasan pantai barat Sabah, Kudat, Sandakan dan Labuan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini sangat berbahaya kepada semua kapal dan sebarang aktiviti laut termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata MetMalaysia.

Ia turut meningkatkan amaran rebut daripada “Kategori Petama” (berbahaya kepada bot kecil) kepada “Kategori Kedua”.

Alahai PBS..... !!!



Assalamualaikum dan selamat petang semua

Gerrrraaammmm nyerrrr….
Nak tau pasaipa saya geram…. Huhuhuhu


Hurmm pasal PBS Laaa……. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)… dengan harapan mau key in markah-markah Geografi Form 2 Usaha…. Hebat sangat yang membuat perisian PBS ini… Memang hebat sangat… Laman macam perfect… tp Ya Allah… punya lembap… bajet hebat la boleh keyin itu dan ini… tapi server macam @#$$%%^&&*% jer huhuhuhu…


Jangan la nak ikut-ikut Negara luar.. Berpijak la di bumi  yang nyata… Menyusahkan sangat laaa…. Banyak lagi kerja-kerja aku yang lain terbengkalai… huhuhu





Thursday, October 10, 2013

Bermulanya Program Pasca PMR 2013

Hari ini bermula dah persekolahan setelah cuti PMR berlalu begitu saja… Hari ini juga ada taklimat Program Pasca PMR khas tuk pelaja2 lepasan PMR… Pelbagai aktiviti disediakan khas tuk pelajar-pelajar lepasan PMR. Antaranya :-
M Pemulangan buku teks
M Gotong-royong kelas
M Jamuan Hari Raya Haji
M Ceramah Hari Raya Haji
M Pertandingan Kuiz
M Tayangan filem
M Ceramah bersama PDRM
M Pertandingan Senamrobik (khas tuk pelajar perempuan)
M Pertandingan Futsal (khas tuk pelajar lelaki)
M Pertandingan Bola Baling (lelaki & perempuan)
M Kem ibadat
M Pertandingan memasak


Harap-harap program ini berjalan dengan lancar… 

Saturday, October 5, 2013

Ceramah Teknik Menjawab Geografi SPM


Alhamdulillah selesai dah Ceramah untuk Teknik Menjawab Geografi SPM khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 5KM1 di SMK Menumbok… Biarpun penat saya menjaga PMR di sekolah SMK St. Peter Bundu, Kuala Penyu belum lagi reda, atas dasar tanggungjawab saya harungi tuk menghadiri ceramah ini bersama-sama pelajar 5KM1.

Penceramah untuk Teknik Menjawab Geografi ini adalah anak jati Kampung Menumbok juga iaitu Norlyziah Binti Ali Hussein (Kak bibi). Beliau merupakan sepupu saya juga… hihihi… Kak bibi adalah Guru Cemerlang (GC) dalam subjek Geografi di SMK Sanzac Kota Kinabalu. Kak bibi juga merupakan JU negeri Sabah bagi subjek Geografi. Setiap tahun Ketua Bidang Kemanusiaan akan memanggil kak bibi tuk bagi ceramah mengenai teknik menjawab geografi… Banyak la input yang diperolehi oleh pelejar-pelajar seperti teknik menjawab, tackle soalan, dan macam-macam lagi…


Majlis berakhir pada jam 2 petang.. Kuharapkan apa yang disampaikan oleh penceramah tadi dapat membuka minda dan memberi 1001 semangat pelajar-pelajar 5KM1 untuk mendapat A+ dalam subjek Geografi.. Insyaallah amin…. 

Thursday, August 15, 2013

Edisi Raya


“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit”, kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

“Cantik isteri abang hari ini”, Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah”, Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampong.

“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampong macam ni, ye?”

“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ini abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampong,” Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera…. sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada ank dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Tak ada apa la sayang, rileks…. cepat sikit kita sampai kampong nanti.”

“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

“Haaa… kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.”

“Haa.. tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa…” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan….. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan…… BANG!!!!...

“Julia…. bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….. mana anak-anak, mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

“Macam mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.

PAANGGGGG!!!!!... Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?


“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, asyik dok berangan saja, belajar pun malas, kerja pun tak mau, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni??? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!! Dah!! Bangun pegi sembahyang!! Asar pun dah nak habis!!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar…… dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!!”

Tuesday, August 6, 2013

7 Amalan Di Pagi Hari Raya Aidil Fitri


Di hari mulia Syawal ini, umat Islam adalah amat digalakkan untuk:

i). Mandi Sunat Hari Raya sebelum keluar menunaikan solat Aidilfitri.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya antaranya; mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

ii). Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari  yang menyebut: “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya Idul Fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

iii). Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.
Seharusnya umat Islam jangan terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain Kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar R.A keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

iv). Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabballallahu minna wa minkum” ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di bulan Ramadhan) kami dan kamu”.

v). Memakai pakaian terbaik yang ada
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

vi). Menukar jalan ke tempat solat (pergi dan balik)
Ia berdasarkan hadith dari Jabir R.A yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya (Riwayat Al-Bukhari)

vii). Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwah) sesama Muslim sempena Musim cuti yang diperolehi.

Nabi pernah bersabda ertinya : Barangsiapa yang suka untuk memperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya (Riwayat Al-Bukhari & Muslim). 

Muhasabah Ramadhan

Apakah aku merindui Ramadhan ?
Apakah bukti aku merindui Ramadhan ?
Apakah yang telah aku dapati setelah berpuluh-puluh tahun melalui Ramadhan ?
Apakah aku ini maksum sehingga membiarkan Ramadhan bulan maghfirah berlalu sahaja ?
Siapakah aku disisi Dia yang Maha Penyayang ?
Apakah aku tergolong hambaNya bersyukur ?

Dimanakah tempat akhir aku ?

Saturday, February 16, 2013

Renung-Renungkan...



Sebelum tidur saya amat tertarik dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus :-

“Nenek kita dulu sebelum subuh dah bangun. Atuk bangun solat Subuh sarapan dah siap. Isteri zaman sekarang Mas Kahwin Mahal tapi pukul 10 pagi tidur lagi”…

Renung-renungkan… Tepuk dada Tanya laa peribadi…

Oh Syurgaku....



<< Jadi PEREMPUAN jangan terlalu berkuasa daripada lelaki. Kerana walau apa yang terjadi, Syurga tetap dibawah tapak kaki suami. Jadi LELAKI walau Syurga isteri di bawah tapak kakimu, jangan terlalu bermegah diri. Walau sebesar mana pangkatmu, Syurgamu tetap dibawah tapak kaki IBU >>

Friday, February 15, 2013

Pahala Yang Sentiasa Mengalir




Pahala Sentiasa Mengalir
Walaupun dah meninggal dunia


1.    Yang mengajar ilmu yang dimanfaatkan
2.    Yang membuat sungai, sumur membekal air
3.    Yang menanam pokok kegunaan manusia
4.    Yang membantu (membina) rumah Allah
5.    Yang mengajar Al-Quran
6.    Yang mengeluarkan sedekah jariah
7.    Yang meninggalkan anak yang soleh
8.    Yang menjaga keselamatan negara

Jangan Sampai Kita Terlupa!




Jangan Sampai Kita Terlupa!

>> Ada suami yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri
>> Ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu
>> Ada ibubapa yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibubapa
>> Ada isteri yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi si isteri
>> Ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibu & bapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan.
>> Ada anak perempuan yang lupa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan ibubapa suami lebih daripada ibubapa kandungnya sendiri…J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...