"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, August 6, 2013

7 Amalan Di Pagi Hari Raya Aidil Fitri


Di hari mulia Syawal ini, umat Islam adalah amat digalakkan untuk:

i). Mandi Sunat Hari Raya sebelum keluar menunaikan solat Aidilfitri.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya antaranya; mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

ii). Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari  yang menyebut: “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya Idul Fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

iii). Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.
Seharusnya umat Islam jangan terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain Kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar R.A keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

iv). Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabballallahu minna wa minkum” ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di bulan Ramadhan) kami dan kamu”.

v). Memakai pakaian terbaik yang ada
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

vi). Menukar jalan ke tempat solat (pergi dan balik)
Ia berdasarkan hadith dari Jabir R.A yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya (Riwayat Al-Bukhari)

vii). Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwah) sesama Muslim sempena Musim cuti yang diperolehi.

Nabi pernah bersabda ertinya : Barangsiapa yang suka untuk memperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya (Riwayat Al-Bukhari & Muslim). 

1 comment:

♥ Nana BamBam ♥ said...

Semoga kita jadikan amalan ini sepanjang tahun.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...