"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Thursday, August 15, 2013

Edisi Raya


“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit”, kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

“Cantik isteri abang hari ini”, Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah”, Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampong.

“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampong macam ni, ye?”

“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ini abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampong,” Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera…. sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada ank dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Tak ada apa la sayang, rileks…. cepat sikit kita sampai kampong nanti.”

“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

“Haaa… kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.”

“Haa.. tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa…” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan….. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan…… BANG!!!!...

“Julia…. bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….. mana anak-anak, mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

“Macam mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.

PAANGGGGG!!!!!... Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?


“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, asyik dok berangan saja, belajar pun malas, kerja pun tak mau, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni??? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!! Dah!! Bangun pegi sembahyang!! Asar pun dah nak habis!!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar…… dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!!”

1 comment:

♥ Nana BamBam ♥ said...

Assalamualaikum,

Kesian julia tu...rupa2nya mimpi saja :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...