"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, August 31, 2011

Kecoh Tarikh Hari Raya Aidilfitri di Indonesia

BEBERAPA orang berjabat tangan selepas solat Hari Raya Aidilfitri di luar masjid Al-Azhar di Jakarta semalam.


JAKARTA – Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri menjadi perbalahan apabila sekumpulan pengikut pertubuhan Islam kedua terbesar di negara ini, Muhammadiyah menyambut hari raya semalam walaupun pemerintah Indonesia menetapkan 1 Syawal jatuh pada hari ini (Rabu).

Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia mengumumkan lewat kelmarin bahawa 1 Syawal jatuh pada hari ini dan buktinya semalam seperti mengikut kebanyakan kalendar.

Menurut Ketua Pengarah Hal Ehwal Islam di Kementerian Agama, Nasaruddin Umar, persetujuan telah dicapai dalam kalangan ramai pihak termasuk pakar-pakar astronomi, tentera laut, Agensi Penilaian dan Aplikasi Teknologi serta cendekiawan Islam bahawa kedudukan anak bulan amat rendah sekaligus menyebabkan 31 Ogos adalah tarikh yang tepat untuk permulaan bulan Syawal.

Kedudukan anak bulan itu adalah kurang dua darjah di atas kaki langit.

Bagaimanapun, pertubuhan Muhammadiyah yang mempunyai 20 juta pengikut menggunakan perkiraan hisab bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Muhammadiyah,, Haedar Nasir berkata, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, ia tidak menjejaskan hubungan persaudaraan dalam kalangan Muslim di negara ini.

Hari Raya Aidilfitri turut disambut semalam di Arab Saudi, Palestin, Rusia, Mesir, Malaysia, Sudan, Kenya, Belanda, Kosovo, Afghanistan, Somalia, Bosnia, Syria, Jordan, Selatan Thai dan Filipina..

Tuesday, August 30, 2011

Maaf


Maaf saja tak cukup,

Nampaknya.

Sebab salahku terhadapmu

Seremeh apa pun itu

Besar dampaknya bagi semesta,

Tak Cuma bagimu hanya !

Dosalah kepak sayap kupu-kupu

Tak terasa di sini,

Sedang badai karenanya

Di sana bisa terjadi.

Sempat ku usik hatimu

- takhta Tuhan itu –

Meski silap meski lupa

Walau tak sengaja.

Takkan ku Dia ampuni

Sebelum sudi kau maafkan diri.

Maaf saja tak cukup,

Tentunya.

Terlanjur ku toreh luka

Entah menebusnya.

Ampuni.

Maafkan.

Mohon.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1423/2011


Istimewa buat ayahanda dan bonda, kakanda dan adinda juga sekalian mereka yang mengenali diri ini..

Di hari yang mulia ini kususun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan terhadap kalian sama ada yang aku sedari atau pun tidak sejak awal umurku sehingga ke saat aku terus bernafas…

Kudoakan agar kalian hidup aman di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa dengan bimbingan hidayahNya yang tak berkesudahan dalam mencari tujuan hidup hakiki yang sama-sama kita dambakan..

Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

Andai langkah membekas lara,

Andai kata merangkai dusta,

Andai tingkah menorah luka,

Izinkan kami bersimpuh-sila,

Menghulur tangan di bulan mulia,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Dari saya Awangku Johan di Menumbok, Sabah.

Minal Aidil Wal Faizin.

Planet Berlian Ditemui

Planet berlian seperti yang digambarkan oleh penyelidik Pusat Astrofizik Institut Harvard Smithsonian di Amerika Syarikat.

MANCHESTER, Britain – Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian.

Saintis-saintis antarabangsa di Universiti Manchester di sini menyatakan, mereka menemui planet berlian itu selepas mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah hancur dinamakan Pulsar.

Teras bintang itu, kata mereka, bertukar menjadi kristal berlian sebesar sebuah planet.

Para penyelidik berkenaan membuat penemuan itu dengan menggunakan sebuah teleskop gergasi di sebuah balai cerap di Cheshire, England

Planet berlian itu memiliki diameter 64, 000 km atau lima kali ganda lebih besar daripada bumi.

Monday, August 29, 2011

Jerung Harimau Baham Manusia Ditangkap

Seekor jerung harimau yang dipercayai membunuh pelancong Britain, Ian Redmond (gambar kecil)

VICTORIA, Kepulauan Seychelles – Seekor jerung harimau yang dipercayai membunuh seorang pelancong Britain, Ian Redmond semasa dia melakukan aktiviti Snorkeling telah ditangkap oleh sekumpulan nelayan tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Nelayan-nelayan tempatan aktif memburu ikan pemangsa itu selepas Redmond, 30, dan seorang pelancong Perancis maut dibaham jerung di Kepulauan Seychelles dalam masa dua minggu.

Jerung harimau sepanjang empat meter itu digantung pada sebatang pokok selepas ia dibunuh pada minggu ini.

Pakar-pakar akan mengadakan ujian sama ada terdapat bukti ikan itu menyerang Redmond semasa dia berbulan madu dengan isterinya pada 14 Ogos lalu.

Seychelles merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 115 buah pulau di Lautan Hindi dan terletak sekitar 1,500 km dari Afrika…

P/S : Kalau mengikut pengamatan aku dalam Geografi.. Kepulauan Seychelles ini memanglah kawasan yang mempunyai habitat jerung paling banyak di dunia. Lagi pun Seychelles ini memang negara yang terdiri daripada pulau-pulau kecil… Pulau-pulau ini membentuk dan diberi nama Kepulauan Seychelles….

UFO Didakwa Mendarat di Siberia

Klip video menunjukkan lima makhluk asing (bulatan) berjalan keluar selepas piring terbang mereka mendarat.


IRKUTSK, Rusia – Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik untuk makhluk asing yang mahu menerokai Bumi. Namun, satu klip video di laman perkongsian video Youtube menunjukkan beberapa makhluk asing memilih lokasi tandus itu untuk mendaratkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau piring terbang mereka.

Klip berkenaan yang dirakam di Irkutsk, pedalaman Siberia, menunjukkan satu makhluk asing setinggi sekitar 1.2 meter sedang berdiri kira-kira lima meter dari piring terbangnya yang bersinar, manakala empat makhluk serupa berada dekat dengannya.

Klip video pendek itu dirakam dua hari selepas beberapa cahaya misteri dilihat menyinari langit desa Bayanday, juga di Irkutsk.

“Terdapat dua rakaman insiden ini yang dibuat oleh dua saksi kejadian itu, “kata seorang pakar UFO, Mike Cohen. “Kedua-dua klip video menunjukkan insiden UFO utama seperti yang pernah terjadi di Roswell, Amerika Syarikat berlaku di Rusia,” ujarnya.

“Satu letupan kuat kemudian didengari meliputi satu kawasan yang luas,” tambahnya. Dia mendakwa polis dan jabatan penyelamat dibanjiri panggilan telefon daripada penduduk kampung yang ketakutan mendengar letupan tersebut.

Pihak tentera mengesahkan bahawa ia tidak melakukan sebarang latihan ketenteraan di kawasan terbabit. Namun, Cohen mendakwa pihak berkuasa Rusia cuba menutup berita pendaratan UFO berkenaan daripada diketahui umum.

Katanya, beberapa pegawai memberitahu wartawan tempatan bahawa insiden terbabit diklasifikasikan sebagai maklumat sulit dan lokasi kejadian tidak boleh didedahkan. Sebelum ini, beberapa penemuan makhluk asing dan UFO pernah dilaporkan di Siberia.

Pada hujung Februari lalu, beberapa pegawai trafik udara di Yakutks, Siberia mendakwa mereka melihat sebuah UFO pada paparan radar bergerak selaju 9,600 km sejam pada altitude 19, 812 meter.

Pada April lalu, dua pelajar Rusia, Timur Hilall, 18, dan Kirill Vlasov, 19, mengaku mereka cerita mengenai penemuan satu makhluk asing di hutan Siberia.

Bangunan Tergantung Saingi Taj Mahal

Struktur mirip stesen angkasa lepas ini memiliki 80 unit rumah kediaman.

CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan.

Sekali pandang, struktur futuristik itu kelihatan tergantung di udara pada ketinggian 100 meter dari tanah.

Diberi nama Atmosphere, ia sebenarnya menyambungkan dua bangunan pencakar langit. Reka bentuk struktur berkenaan yang kelihatan lebih hebat daripada bangunan Taj Mahal dihasilkan beberapa arkitek di sini.

Idea untuk menghasilkan binaan tersebut diinspirasikan daripada kehidupan tradisional masyarakat Hindu.

Atmosphere memiliki 80 unit rumah yang sesuai diduduki oleh pasangan berkeluarga.

Antara penyertaan lain yang turut menarik perhatian sempena pertandingan berprestij itu termasuk bangunan reben coklat dan bangunan kulit kerang.

Lailatul Qadr : Kepentingan dan Penghayatannya

Perbincangan mengenai Lailatul Qadr, tidak dapat tidak mestilah bersandarkan kepada Surah Al-Qadr. Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah. Justeru, Surah Al-Qadr menceritakan sesuatu yang cukup istimewa yang memerlukan keyakinan tinggi untuk mempercayainya.

Ayat di atas berdasarkan kata kunci berikut :-

1. Menurunkan…

2. Lailatul Qadr…

3. Tidak kamu ketahui…

4. Lebih baik daripada…

5. Seribu bulan…

6. Diturunkan malaikat dan ruh padanya…

7. Dengan izin tuhan mereka…

8. Min kulli amr…

9. Sejahtera…

10. Sehingga terbit fajar…..

Maksud dan focus ayat di atas diperkuatkan oleh satu Hadis Nabi yang bermaksud :- “Sesungguhnya, bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah” (Riwayat Ibnu Majah)…

Surah Al-Qadr dan Malam Al-Qadr

Salah satu ayat dlm surah Al-Qadr menyentuh malam kemuliaan iaitu malam penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran). Malam Al-Qadr merupakan malam penuh keberkatan (iaitu mendapat keampunan, rahmat dan keredhaan Allah s.w.t) dan ditetapkan oleh Allah segala urusan berdasarkan kebijaksanaanNya. Pengertian surah Al-Qadr sepatutnya dibaca bersekali dengan surah Al-Dukhan ayat 3-8 : yang bermaksud :-

[3] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). [5] Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. [6] (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). [7] Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). [8] Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dialah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

Kebiasaannya, jika Allah melakukan bentuk “ayat tanya” dalam Al-Quran ia menggambarkan kemuliaan dan pengagungan akan sesuatu dan perkara ini adalah jelas dalam Surah Al-Qadr. Pengagungan di sini diharapkan agar manusia memperbanyakkan pengisian ibadah pada malam itu dan diisi dengan amalan-amalan soleh yang berbagai. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pengagungan kepada malam ini menunjukkan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui ketepatan masa berlakunya. Maklumat tentang keistimewaan malam Al-Qadr hanya dapat diketahui melalui

Al-Quran dan Al-Sunnah. Istilah Qadr mempunyai tiga maksud; iaitu;-

Pertama; menetapkan kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w ke arah jalan yang hak dan menolok kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri.

Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut.

Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawanya rahmat dan keampunan Allah.

Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua. Pastinya Allah akan menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan bukan hanya untuk semalam dua sahaja. Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruang-ruang kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t… Adapun ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada keselangselian. Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.

Bilakah Waktu Sebenar Lailatul Qadr ??

Ia berlaku setiap tahun, bukannya hanya pada ketika ia diwahyukan atau tahun ayat itu diturunkan sahaja.

Pertamanya, Lailatul Qadr hanya akan berlaku dalam bulan Ramadhan.

Kedua, Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadr berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Ini adalah pendapat yang paling rajin (abash).

Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Sebuah laman web boleh meramalkan bila berlakunya Lailatul Qadr (Lihat http://www.whenis.com/lailat-al-kadr-2006.asp ; di bawah ini adalah tarikh-tarikh malam lailatul qadar.

Tahun 2007 – 9 Oktober 2007,

Tahun 2008 – 28 September 2008,

Tahun 2009 – 17 September 2009 dan

Tahun 2010 – 6 September 2010.

Ramalan-ramalan ini adalah sesat belaka dan tidaklah benar bahkan bertentangan dengan nas-nas yang sahih. Ini adalah kerana Nabi Muhammad S.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadr.

Apakah Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr ?

Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah :

1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.

2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.

3. Para malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.

4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).

5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.

6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata-mata.

Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir ?

Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingkat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan “gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr ?

Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam. Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

“Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadr ? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu ?” Baginda bersabda : Ucapkanlah: “Ya Allah kami memohon padaMU, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hambaMu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.” (Riwayat Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti yang bemaksud :

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 202).

Mitos Dalam Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadr.

Menemui malam Al-Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal. Hanya Allah jualah yang mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut. Tiada siapa sebenarnya mengetahui bilakah berlakunya atau telah berlakunya malam Al-Qadr. Di antara kejadian pelik yang merupakan mitos yang dikaitkan dengan malam Al-Qadr ialah:

1. Air sungai berhenti mengalir.

2. Pepohon menunduk

3. Bekunya air.

4. Pokok sujud ke bumi.

5. Ufuk langit merah.

Sebenarnya, pengalaman merasai malam Al-Qadr tidaklah dapat dirasai atau dialami oleh pancaindera. Kalaupun perkara-perkara pelik itu berlaku, ia hanyalah satu kebetulan dan ketentuan Allah s.w.t. semata-mata. Rebutlah beramal di malam-malam 10 terakhir Ramadan tanpa perlu melihat tanda-tanda fizikalnya. Adapun orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri mengetahui bahawa malam itu ialah malam Al-Qadr. Namun demikian, Allah lebih mengetahui. Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan tidak berasas. Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-amalan pada 10 malam terakhir Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia mendapat keberkatan dan manfaat malam tersebut.

Petanda Berlakunya Lailatul Qadr.

Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin Handal “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama, tenang tidak dingin dan tidak pula panas….” Hadis ini menepati keadaan dan suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah, walau pada malam 27 Ramadhan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud terang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali antara 24 hingga 29 darjah Celsius.

Petanda waktu pada selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka’ab yang bermaksud: “Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya (kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi ? Wallahu A’lam.

Rumusan.

Setiap fakta berkaitan malam Al-Qadr adalah perkara pokok dalam sistem kepercayaan Islam dan mesti diyakini sepenuhnya. Kita mesti bersedia dengan sepenuh persediaan amalan ibadah untuk mendapatkan malam Al-Qadr. Rugilah mereka yang tidak mengejarnya untuk mendapat keberkatan keampunan dan keredhaan Allah s.w..t.

Wassalam..

Saturday, August 27, 2011

Ya Allah....

Ya Allah

Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta padaNya. Setiap waktu di dalam kesibukan (QS. Ar-Rahman: 29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan takut dan menyeru; “Ya Allah!”.

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kenderaan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mere akan menyeru; “Ya Allah!”.

Ketika musibah menimpa bencana melanda, dan tragedy terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru; “Ya Allah!”.

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka pun menyeru; “Ya Allah!”.

Ketiak bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa terasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus anda pikul, menyerulah; “Ya Allah!”.

Kuingat Engkau saat alam begitu gelap gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam Kusebut namaMu dengan lantang di saat fajar menjelang, dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah

Setiap ucapan baik, doa yang tulus rintihan yang jujur, air mata yang menetes penuh keikhasan dan semua keluhan yang menggundah gulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadiratNya.

Setiap dini hari menjelang, tadahkanlah kedua tangan, julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arahNya untuk memohon pertolongan!.

Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berzikir dengan namaNya. Dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, saraf tak lagi menegang dan iman kembali berkobar-kobar.

Demikianlah, dengan selalu menyebut namaNya, keyakinan akan semakin kukuh. Karena, Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya (QS. Asy-Syura: 19).

Betapapun kulukiskan keagunganMu dengan deretan huruf, kekudusanMu tetap meliputi semua arwah Engkau tetap Yang Maha Agung, sedang semua makna, akan lebur, mencair, di tengah keagunganMu, wahai Rabku.

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram.

Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.

Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa mengantuk dariMu yang menenteramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan, ganjarlah dengan kemenangan yang nyata.

Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahayaMu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMu yang lurus. Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalanMu merapat ke hidayahMu.

Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya setan dengan bantuan bala tenteraMu.

Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua. Kami berlindung kepadaMu dari setiap rasa takut yang mendera.

Hanya kepadaMu kami bersandar dan bertawakal. Hanya kepadaMu kami memohon, dan hanya dariMu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami, karena Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.

Allah : Nama yang paling bagus, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulis dan kata yang sangat berharga. Apakah kamu tahu ada seseorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah) ? (QS. Maryam: 65).

Allah : MilikNya semua kekayaan, keabadian, kekuatan, pertolongan, kemuliaan, kemampuan dan hikmah. Milik siapakah kerajaan pada hari ini ? Milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan (QS. Ghafir: 16).

Allah : DariNya semua kasih sayang, perhatian, pertolongan, bantuan, cinta dan kebaikan. Dan, apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah. (datangnya). (QS. An-Nahl: 53).

Allah : Pemilik segala keagungan, kemuliaan, kekuatan dan keperkasaan. Maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang bersyukur. (QS. Al-A’raf: 144).

Monday, August 22, 2011

Bahaya Guna Telefon Bimbit Semasa Petir

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Semalam saya menggunakan telefon bimbit tuk berbual dengan rakan-rakan saya di dalam keadaan hujan lebat dan dalam keadaan petir sabung-menyabung.. Saya menggunakan earphone…Tetapi.. hari ini di dada akhbar ada menyatakan ada remaja perempuan maut akibat dipanah petir semasa menggunakan telefon bimbit… Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMU sebab masih memberi ku peluang tuk menghirup udaramu di Duniamu ini… Insyaallah, tak akan ku ulangi lagi hal seperti ini.. Biarpun ada panggilan penting semasa hujan lebat tak akan ku angkat… Huhuhu…

Ok… jom layan baca tentang kejadian ini.. Harap-harap ianya menjadi pengajaran lebih pada kita semua… (pengajarn buat diriku juga)….

Seorang remaja perempuan maut akibat dipanah petir, dipercayai ketika menggunakan telefon bimbit milik ibunya di sebuah bangsal berhampiran rumahnya di Kampung Belimbing dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang itu, mangsa, Siti Munirah Nordin, 13, meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan terbakar di sebelah kanan muka, telinga, kepala dan punggungnya.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bercakap dengan seseorang menggunakan telefon tersebut ketika cuaca agak redup dan petir sedang berbunyi.

Remaja berkenaan hanya ditemui oleh abangnya, Mohd. Firdaus, 16, sudah meninggal dunia di bangsal kira-kira pukul 9 malam tadi.

Ini berikutan ahli keluarga mencarinya setelah tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pukul 4.30 petang.

Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Ronah Dollah, 49, berkata pada mulanya dia menyangka anaknya berbuka puasa di rumah rakannya yang terletak berhampiran rumah, namun terkejut apabila mendapat tahu anaknya tidak pergi ke situ.

“Sebelum kejadian, dia ada bercakap menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah. Kemudian saya menegurnya menyebabkan dia keluar dari rumah”.

“saya beritahu dia masih bersekolah dan tidak patut berbual lama-lama di telefon. Saya tidak tahu pula dengan siapa dia berbual,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampung Manal hari ini.

Tambahnya, setelah mencarinya merata-rata dan bertanyakan kawannya, dia kemudian mencari anak keenam daripada tujuh beradik itu di bangsal tersebut.

Rosnah merupakan seorang ibu tunggal setelah kematian suami lima tahun lalu akibat sakit kencing manis. Dia kini menyara tujuh anak dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari.

Nota Kaki :- Telefon bimbit ini juga bahaga sebab ianya boleh menyebabkan Kanser…

Saturday, August 20, 2011

Maut Ketika Berzina dengan .......

Kisah berikut adalah sebuah kisah benar yang telah berlaku di perkampungan nelayan di Sabah dan bukanlah satu cerita rekaan diada-adakan oleh penulis untuk menakut-nakutkan pembaca. Semoga dapat memberi keinsafan dalam diri kita. Allah akan membalas apa pekerjaan yang kita lakukan tidak kira samada ianya melibatkan manusia, tumbuhan maupun haiwan. Selagi kita semua adalah makhlukNya selagi itulah pulangan terhadap setiap perbuatan kita akan dibalas.


Nordin (bukan nama sebenar) adalah seorang pemuda pendiam di kampungnya. Beliau tidak gemar bercampur-gaul bersama kawan-kawan sekampungnya. Beliau sering mengasingkan diri daripada masyarakat setempat dan sering bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. Ramai yang tidak dapat mengagak sikap Nordin yang sebenar. Kadangkala beliau kelihatan ramah dan kadangkala sering memencilkan diri dalam rumah peninggalan kedua orang tuanya. Sikap pendiamnya itu membuatkan rakan-rakan menganggap Nordin tidak cukup sifat kelakian. Adakala ada juga yang bermulut celupar menggelarnya “Pondan”. Ini kerana Nordin dianggap pelik kerana beliau tidak gemar jika rakan-rakannya bercakap tentang perempuan dan kisah-kirah cinta mereka pada gadis-gadis kampung itu.


Nordin dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu. Beliau mahir dalam kerja menangkap ikan yang diwarisi dari arwah bapanya yang juga seorang nelayan. Sebenarnya Nordin bukanlah seorang lelaki yang tidak cukup sifat kelakian seperti yang didakwa oleh kawan-kawannya. Cuma beliau merasa diri beliau tidak bersedia untuk berumah tangga memandangkan keadaan dirinya yang tidak terurus dan pendapatan yang tidak menentu. Beliau tidak yakin beliau akan bertemu dengan mana-mana perempuan di kampung itu yang mahukannya seikhlas hati. Kebanyakannya lebih suka memilih jejaka yang tampan dan mempunyai pekerjaan tetap di bandar.


Oleh itu, beliau sering menghabiskan masa di sungai atau laut bermanja dengan ikan-ikan dan hasil penangkapannya sahaja. Kadang-kadang bermalam beliau tertidur sambil menunggu hasil tangkapan. Semuanya sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali pukat yang dipasang tidak mengena.


Hari itu, Nordin berasa rajin untuk turun ke laut, biarpun biasanya hari Jumaat nelayan tidak turun memukat. Rakan-rakan semua turun ke pekan namun Nordin berasa ingin turun bersendirian ke laut melakukan tugas-tugas seperti biasa. Selepas sejam memasang pukat, Nordin berhenti di tepi kuala yang dipercayai tempat ikan-ikan terperangkap. Setelah memasang pukat, beliau baring-baring di tepi botnya sambil berangan-angan kosong tentang diri dan masa hadapan. Sedang leka berangan, tanpa disedari beliau tertidur dan apabila beliau terjaga jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.


Terus beliau menghidupkan enjin botnya dan menuju ke pukat yang dipasang pagi itu. Alangkah gembiranya beliau setelah mendapat banyak ikan merah, kerapu dan seekor ikan pari yang terperangkap dalam pukatnya itu.


Nampaknya Nordin dapat seekor pari betina yang agak gemuk dan besar. Tanpa berlenguh beliau pulang ke rumah untuk memunggah ikan-ikan itu. Sampai di rumah, Nordin memasukkan ikan merah dan kerapu ke dalam tong air sementara ikan pari diletaknya di dapur. Ikan pari betina yang sedang kelemasan itu diletaknya di dapur sementara, sebelum dia potong-potong untuk dijual kepada orang kampung. Tiba-tiba mata beliau tertumpu pada alat kelamin pari betina yang sedang mengembang dan mengempis. Nordin berasa tertarik lalu menyentuhnya beberapa ketika. Mungkin disebabkan oleh hasutan syaitan, tiba-tiba Nordin merasa satu perasaan lain yang menyelubungi dirinya. Perasaan ghairah yang belum pernah dirasainya sebelum ini.


Tiba-tiba nafsunya bergelora selepas menyentuh alat kelamin pari betina itu. Syaitan mula merancang strategi untuk melemahkan iman manusia. Iman Nordin yang sudah sedia lemah itu telah menerima pakai rancangan-rancangan yang ditimbulkan oleh para syaitan yang bersorak keriangan. Apa lagi tanpa berlengah ditusuknya ikan mari malang itu berkali-kali hingga menyebabkan ikan pari yang sedang kelemasan itu terus lemah dan mati akibat terkena suatu goncangan yang kuar. Terdampar Nordin kepuasan setelah dikerjakan pari betina itu semahu-mahunya. Barulah Nordin faham kenapa rakan-rakannya sering mengusiknya tentang perkahwinan dan perempuan.


Setelah segala-galanya selesai, dibasuhnya ikan pari itu dan mengeluarkan segumpalan lendir putih yang terpelusuk di dalam tubuh pari itu dengan suatu senyuman. Puas. Tanpa perasaan jijik, dimasukkan pari itu ke dalam tong ais bersama-sama dengan ikan-ikan yang lain untuk dijual kepada orang kampung.


Sedang Nordin mengelamun malam itu, selepas makan malam, tiba-tiba fikirannya kembali pada perbuatan terkutuknya petang tadi. Para syaitan kembali menghasut agar mengulanginya kembali. Sekali lagi Nordin termakan hasutan itu dan kembali ke tong air dan mengeluarkan pari berkenaan dan mengulangi perbuatan yang jijik dengan gelojohnya. Nafasnya turun naik bersama syaitan yang bersorak riang disisinya. Nikmat bersetubuh dengan pari itu membuatkan Nordin tercungap-cungap dengan peluh yang mengalir ke seluruh badan. Disebabkan pari itu terlalu lama terdedah pada kepanasan dan kerakusan goncangan Nordin, akhirnya bangkai ikan malang itu menjadi buruk. Tanpa berasa belas terus Nordin membaling bangkai ikan pari betina itu terus ke tengah air pasang berhampiran rumahnya


Keesokan hari, gempar seluruh kampung apabila mereka terlihat seekor ikan pari yang besar terdampar di pasir pantai. Oleh kerana pari tersebut telah terus membusuk. Nordin pula meneruskan semula kerja-kerjanya seperti biasa tanpa berasa sedikitpun kesal atas perbuatannya itu. Pagi itu Nordin turun ke laut dengan kawan-kawannya memukat udang. Setiap kali menarik pukat, Nordin akan berangan-angan untuk mendapatkan pari yang lebih besar. Apabila tidak bertemu beliau akan berasa geram dan marah. Di hempas-hempasnya pukat dan jala ke atas bot sambil menyumpah ikan-ikan hasil tangkapannya itu. Setiap malam Nordin tidak keruan menahan gelora nafsu. Dia sentiasa terbayang-bayang perbuatannya terhadap pari betina hasil tangkapan yang lalu. Pagi esok, tanpa berlengah lagi cepat-cepat Nordin turun ke laut memasang pukat. Cita-cintanya besar, untuk menangkap ikan pari betina yang lebih besar agar “kenikmatan” akan bertambah. Setelah berpanas menunggu hasil tangkapan akhirnya Nordin dapat juga..


Seekor ikan pari betina yang besar seperti yang diidamkannya. Beberapa ketika timbul pula seekor lagi betina yang lebih besar, juga ditangkapnya dan diletakkan di dalam bot. Gembiranya hati Nordin bukan kepalang, mahu sahaja diterkamnya 2 ekor pari yang masih hidup itu namun ditahannya hingga ke rumah.


Begitulah hasutan syaitan terhadap nafsu Nordin. Sesampai di rumah, selepas mengeluarkan duri berbisa pari tersebut, terus beliau melayari nafsu rakusnya bersama pari-pari itu bergilir-gilir. Pari-pari yang masih hidup itu menggelupur kesakitan menahan goncangan Nordin yang terlalu kuat. Pari-pari itu seperti tahu bahawa dirinya telah dinodai oleh manusia rakus dan kejam seperti Nordin, ia menggelupur sambol menggerak-gerakkan sayapnya beberapa kali meminta dilepaskan, namun Nordin tidak kesah dengan itu semua biar apapun terjadi nafsu serakahnya harus dilepaskan dan pari itulah yang akan menjadi mangsa.


Petang itu tanpa berasa jijik dan kotor dibasuhnya ikan pari itu dan dijualkan kepada kanak-kanak yang berpeleseran ditepi rumahnya. Berebut-rebut kanak-kanak itu membeli pari besar dan banyak isi itu untuk dibuat lauk kerana Nordin menjualnya dengan harga murah.


Tanpa disedari sudah lebih tiga bulan perkara itu terjadi sehingga tiada lagi rasa minatnya pada perempuan. Sesekali difikrkan juga akan buruk kelakuannya itu namun dipendamkan saja. Sehinggalah pada suatu petang beliau dikujungi rakan lama. Rakan ketika alam persekolahan dahulu. Walaupun beliau pendiam dan sukar bergaul namun Ramli (bukan nama sebenar) bukan seperti orang lain padanya. Ramli adalah rakan tempat beliau mencurah segala masalah yang melanda dirinya satu masa dahulu. Malah Ramlilah tempat dia menumpang kasih setelah ketiadaan ibu dan ayah. Ramli bercadang untuk bermalam barang seminggu dirumahnya untuk menghabiskan cuti semester. Ramli sempat belajar hingga ke Universiti tetapi Nordin tersangkut kerana kemisikinan hidup yang tidak mengizinkan beliau menyambung pelajaran. Ramli bercadang untuk belajar menangkap ikan dengan Nordin sepanjang cutinya itu. Norin bagaikan tersentak sedikit kerana beliau terpaksalah memendam rasa untuk melepaskan nafsu syaitannya itu pada pari-pari hasil tangkapannya kelak.


Suatu hari sedang mereka berada di kuala laut menunggu pukat, mereka bersembang tentang hal masing-masing. Di situlah Nordin pula melepaskan rahsianya yang selama ini dipendamnya. Rahsia tentang tabiat buruknya. Apalagi terkejut besar Ramli mendengar pengakuan rakan karibnya itu. Dinasihatnya Nordin agar kembali insaf diatas perbuatannya. Nordin mengangguk-angguk tanda setuju. Beliau telah bertekad dalam hati untuk membuang sahaja tabiat buruknya itu dan kembali ke pangkal jalan. Ramli lega dengan keinsafan Nordin dan bersyukur pada Tuhan. Rupanya Tuhan telah menghantar Ramli untuk memberi peluang kedua pada Nordin agar insaf dan bertaubat.


Namun tidak semudah itu, keinsafan Nordin itu hanya muncul sepanjang Ramli berada dirumahnya sahaja, setelah Ramli tiada, gelora nafsunya tiba-tiba sahaja memuncak kembali. Tuhan mahu menguji sejauh mana keinsafan dan keikhlasan hati Nordin pada perjanjiannya dulu. Ternyata Nordin tewas, tewas dalam ujian Tuhan yang tiada henti-henti menguji setiap hambanya.


Pagi itu beliau kembali ke laut memasang pukat. Hatinya begitu lega kerana pukatnya mengena seekor pari betina yang besar dan gemuk. Nordin cepat-cepat membelek-belek alat kelamin pari betina itu dan mengusapnya beberapa kali. Gelora nafsunya semakin memuncak. Tanpa perlu pulang ke rumah, diatas botnya itu juga dihayunnya senjata tajam miliknya yang tida bermata itu. Setelah dilanyak dan dihayun beberapa kali Nordin semakin hilang pertimbangan. Syaitan kini telah merasuk dirinya. Sedang leka berdayung, tiba-tiba beliau merasa suatu kelainan pada hayunan tubuhnya kali ini. Hisapan pari itu pada senjatanya semakin kuat hingga kenikmatan tadi bertukar menjadi perit dan pedih. Di tengah laut Nordin menjerit kesakitan. Sakit seperti dihiris-hiris. Seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi kejang dank eras. Beliau tidak lagi dapat bernafas dan bergerak. Tubuhnya menggelupur sama seperti ikan pari betina itu yang menggelupur kesakitan menahan hentakan kuat di tubuhnya dahulu. Rupanya kemaluan Nordin telah ditusuk oleh duri anak ikan pari yang belum lahir dalam perut ibunya. Akhirnya Nordin keras dan meninggal di situ juga, di atas bot yang menjadi saksi diatas segala perbuatan Nordin selama ini..


Petang itu kembali gempar seluruh kampung apabila bot Nordin terdampar di tepian pantai dengan Nordin yang masih tertiarap di atas tubuh pari betina dengan alat kemaluan yang masih tertusuk dalam perut pari betina itu. Tubuhnya hitam kebiru-biruan. Sesekali apabila pari betina itu menggelupur, mayat pucat Nordin turut menggelupur. Ngeri dan tragis sekali. Penduduk kampung begitu terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangka itu, apatah lagi Nordin bukan orang asing bagi mereka. Seluruh kampung merasa malu dengan perbuatan Nordin dan mengambil keputusan untuk mengkebumikan jenazah Nordin di luar perkampungan itu. Bukan setakat orang kampung sahaja malah saudara-mara dan kawan-kawannya semua tidak peduli dengan kubur Nordin. Dibiarkan sahaja tanpa dinisan dan dibersihkan. Mereka menanggung malu seumur hidup kerana perbuatan Nordin telah menjadi buah muluh orang ramai sehingga ke luar daerah…


P/s ; patutlah masa aku belajar di Universiti dulu.. aku ajak kawan aku makan ikan pari tetapi kawan aku menolak pelawaanku… Rupa-rupanya ini sebab kawan aku tidak mau menjamah pari huhuhuhu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...