"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, August 17, 2011

Tema Hari Kemerdekaan Ke-54

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan-rakan bloggers sekalian.

Hurmm… Beberapa hari lagi kita akan melaungkan “MERDEKA” dan secara tidak langsung mungkin adalah penutup bulan Ramadhan dan bermulanya bulan Syawal…

Ni nak tanya kat korang semua… Adakah korang tahu apakah tema keMERDEKAan tahun ini ?? Mungkin ramai lagi yang tak tahu apakah tema hari kebangsaan/kemerdekaan Malaysia ke-54. Lepas jalan-jalan sekitar laman Mr.Google, ini maklumat yang aku jumpa :-

Tema hari kemerdekaan/Kebangsaan untuk tahun 2011 ialah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”. Sambutan kemerdekaan pada tahun 2011 adalah yang ke-54 ini tidak diadakan pada 31 Ogos seperti kebiasaan yang dilakukan oleh negara untuk menyambut kemerdekaan negara Malaysia pada setiap tahun.

Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 September, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.

“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia.”

Aktiviti di bulan merdeka akan dilakukan seperti biasa sesuai dengan bulan Ramadhan yang juga jatuh pada bulan Ogos untuk tahun 2011, kemungkinan sambutan hari kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka.

Mengenai Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan itu, pertandingan itu diadakan berikutan sambutan menggalakkan pada program itu tahun lepas.

Fokus Utama sambutan kemerdekaan tahun 2011 :

ÿ Penglibatan Jalur Gemilang di kawasan bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.

Lima dari Tujuh kategori dipertandingkan tahun ini iaitu :-

ÿ Bangunan kerajaan,

ÿ Bangunan swasta,

ÿ Kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan estet, felda),

ÿ Sekolah (menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan).

ÿ Taman perumahan, individu dan pintu gerbang.

Program itu dilaksanakan mulai 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos, dan penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah…

Hohohoooooo…. MERDEKA !!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...