Bila seronok, aku cari… pasanganku
Bila sedih, aku cari… Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada… pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada… Mak
Bila bahagia, aku peluk erat… pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat… Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa… pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah… Mak
Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku Cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan telefon pasanganku
Entah bila… aku nak telefon Mak
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan :-
“Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja…
Bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak…
Berderai air mata jika kita mendengarnya……
Tapi kalau Mak sudah tiada….
MAKKKKK…. RINDU MAK…. RINDU SANGAT…..
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya…
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…
3 comments:
terharunya baca post ni....
tak payah kapel, bleh fokus kat mak je..
:)
Tanpa disedari.... air mata mengalir ketika membaca post ini. Kebetulan ibu saya disahkan menghidapi kanser rahim tahap 4 (b)pada Hari Raya Korban tahun lepas. Sebagai seorang anak dan satu-satunya anak kepada ibu.... hancur dan luluh melihat ibu menangis. Allah menyedarkan aku betapa sebenarnya ibu terlalu bermakna dan telah berkorban untuk diriku. Aku cekalkan hati... agar ibu terus kuat dan alhamdulilah... hujung julai baru ini... Doktor telah mengesahkan kanser ibu pada peringkat boleh dikawal.... SAYANGILAH MEREKA SEBELUM ALLAH MENGAMBIL MEREKA...
Post a Comment