"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, August 2, 2011

Dugaanku di Awal Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ramadhan menjengah kembali.. Kemarin puasa pertama betapa letihnya aku.. Entahlah perasaan letih + malas itu bercampur sama.. Masuk kelas mengajar pun tiada mood.. Tetapi terpaksa juga menjalankan tugas tuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa. Biarpun diriku letih tetapi aku tidak nampakkan keletihan itu.. Pelajar-pelajar aku pun semuanya nampak letih, lesu dan tidak bermaya di awal bermulanya puasa.. Mungkin ini baru permulaan.. Lama-kelamaan nanti akan seperti biasa la kan.. Seharian aku mengalami perasaan mengantuk yang amat sangat..

Kemarin balik sahaja dari sekolah aku tidak dapat menjalankan rutin harianku iaitu berjoging dan workout.. Mungkin disebabkan keletihan yang amat sangat, selepas solat zohor aku hanya mampu melelapkan mata sehingga jam 5.30 petang kemudian bangun dan terus solat asar. Hurrrmm adakah itu dugaan dan cabaran yang aku hadapi di bulan puasa ini… Huhu… AKu rela dan tabah menghadapinya..

Kemarin juga bermulanya puasa ada kejadian yang tidak diingini di kampungku. Terdapat 3 buah rumah menimpa malapetaka pabila rumah mereka hangus terbakar, hanya yang tinggal sehelai sepinggang sahaja.. Betapa besarnya cabaran dan dugaan yang mereka hadapi.. Hanya doa, duit, pakaian yang hanya mampu kami berikan buat mangsa kebakaran.. Nasib baik tiada kehilangan nyawa berlaku.. Mungkin ada hikmahnya di awal bulan puasa kejadian itu berlaku..

Alhamdulillah, pada hari ini aku tidak mengalami symptom mengantuk yang amat sangat seperti kemarin.. Hehehe..

2 comments:

Usahawan Muda said...

jemput ke blog usahawan muda. http://biznesshoppe.blogspot.com/

Anis Shafeera Sapli said...

selamat berpuasa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...