"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, December 31, 2011

Maharaja Lawak Mega 2011 --> OSBON Juara !!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ni nak citer pasal Maharaja Lawak Mega Final ini.. Biarpun aku tak tengok Maharaja Lawak Mega tuk final ini tapi aku nak update juga… Aku pun tau keputusan daripada rakan-rakan FB yang menontonnya… Hehehe…

Sebenarnya… pada malam ini terdapat 4 kumpulak sahaja yang berentap di pentas Final Maharaja Lawak Menga 2011. Di antaranya adalah seperti :

- Boboi

- Osbon

- Saehu

- Syok

Akhirnya, setelah 10 minggu merencah idea tuk berentap di pentas ini, Kumpulan OSBON yang dianggotai oleh Abon dan Os dinobatkan sebagai Juara pada malam ini mengalahkan Kumpulan BOBOI di tempat ke-2, Kumpulan SAEHU di tempat ke-3 manakala Kumpulan SYOK di tempat ke-4…

TAHNIAH BUAT OSBON !!!!!!!!!!!!


Friday, December 30, 2011

Pertelingkahan Dunia Maya !!


WIKIPEDIA : Aku tau semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang.

FRIENDSTER : A’aaa, semua kenalan aku kau curi !!...

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !!...

TWITTER : Takpa Facebook, aku back-up kau.

GOOGLE : DIAMM !! Aku ada semuanya.

MOZILLA : Eh, tanpa aku, korang tidak boleh diakses.

IE : Wei Mozilla, sendiri mau ingat ha… gua kan ada !!

MOZILLA : Lu pehal ? Kacau line orang saja !!

IE : Lu dulu la mamat, mengaku la sorang jer boleh akses pada diaorang tadi !!

INTERNET : Sudah !! Jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takda, korang lagi la takda ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling ramai dikunjungi. Jadi gua yang terbaekkk !!

YAHOO : Facebook, jangan riak. Kalau aku takda, mana boleh buat email !

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !!

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem !! Lu orang ingat kami ini kayu ?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik baru korang tau siapa paling power !!

Thursday, December 29, 2011

Biar Kamu Tidak Cantik Di Mata Penghuni Bumi Tetapi Namamu Menjadi Perbualan Penghuni Langit !!!


“Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit”

Kata-kata pujangga ini memang memberi pelbagai makna buat kita semua.. Diharapkan ianya dapat diambil iktibar dan pengajaran daripada kata-kata ini..

Oleh itu, buat mereka di luar sana janganlah terlalu taksub dengan keadaan dan fizikal yang menawan, cantik, hensome, perfect dan lain-lain lagi.. Walaupun fizikal cantik tapi ‘kosong’ ibarat tin kosong buat apa kan??? Oleh itu… fikir-fikirkan….

Friday, December 16, 2011

Apa Pilihan Korang ???

Mana satu yang korang minat sayur dan bijirin di atas ?? Kalau saya… saya sukakan semuanya.. hehe semua ini febret saya wooo.. lebih-lebih lagi Broccoli… ahahaha.. memang sedap sangat-sangat dan khasiatnya bagus tuk kesihatan…

Tuesday, December 13, 2011

Cerita Malas Saya !!


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pasa suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengadu, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku,” Raja pun bertanya, “Bagaimanakah pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak citer pun malas.” :P

Friday, December 9, 2011

Ku Di Landa Ombak Rindu..... !!


Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu berserah

Moga cahaya tiba nanti



P/s : Tuk insan yang dirindui


Rindu ku dengan seseorang

Yang jauh di mata tapi dekat di hati

Ku tahu amat sukar tuk kau melafazkan

Tapi ku tahu di hatimu tetap terukir namaKU

Jom ke KK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur Alhamdulillah, telah selesai mengerjakan Solat Jumaat… So, sekarang ini sedang bersiap-siap nak drive to Kota Kinabalu…

Hari ini barulah aku boleh bercuti sakan.. setelah 1 bulan mengorbankan cuti dengan menjalankan tugas sebagai Pengawas Peperiksaan SPM di SMK Kuala Penyu (SMK Kayul) dari 14 November hingga 8 December… Semua tanggungjawab yang digalas dapat dilaksanakan dengan jayanya.. Alhamdulillah…

Hari ini juga terpaksa mengambil masa 2 jam 30 minit tuk drive ke Kota Kinabalu.. Hal ini kerana, pada esok harinya kena attend ke Majlis Perkahwinan rakan sekerja saya Cikgu Jessy Chew di Hotel Beverly Kota Kinabalu… Petang ini juga rakan-rakan sekerja yang lain akan memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu… hehehe…

Di Kota Kinabalu nanti nak shopping sakan dengan member2 ex-classmate Geografi di UPSi sapa la c Joerizul Patil haha.. sekarang ni beliau mengajar di SMK Sook, Keningau… Jumpa nanti di KK ya joe… Jom kita tukar mata wang asing ehehehe.. Kita orang nk Travel ke Asia Timur nanti.. so kena tukar duit matawang asing laaa…

Ok la.. saya nk berkemas-kemas dlu.. belum packing apa-apa lagi ni.. hehe

Jawapan Yang Sangat Bernas

“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu ?”

“Oh…. Itu Kaabah atau.. nama lainnya Baitullah”

“Baitullah tu apa ?”

“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”

“Allah ada dalam tu ?”

“Tak”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu ?”

“Yang saya sembah bukannya bangunan tu”

“Kamu sembah apa?”

“Saya sembah Allah s.w.t”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu ?”

“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah”

“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”

“Kamu pernah tengok perlawanan bola dalam TV ?”

“Pernah…. Selalu…”

“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola ?”

“Tengok perlawanan bola la…”

“Di mana ?”

“Dalam tv laaa…”

Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”

“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”

“Bukalah dalam tv.. tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”

“So,,,?”

“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak ?”

“Tak.., aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu..”

“Peliknya…”

“Sebab apa pulak pelik ?”

“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yang ada hanya wayar jer berselirat..”

“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya…”

“Hurmm.. jadi tak peliklah ni..?”

“Ya.. tak pelik..”

“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah s.w.t, walaupun dalam Kaabah tak ada Allah..”




Credit to : Sesiapa yang share benda ini.. Share jangan tak share… hehe

Tuesday, December 6, 2011

Lukisan Pelajar Mana Yang Cantik ??

Korang tengok Lukisan Seni Halus yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar SPM… Hurmm rasanya ini saja yang terbaik yang saya pilih… Hehehe..

Cantik kan

1
2
3
4
5
6

Sunday, December 4, 2011

Lawak Santai

Mak : Lesen ! Tolong beli santan !

Lesan : Lesen tengah main PSP la mak !

Mak : Otak ! Tolong mak beli santan !

Otak : Otak tengah berak la, mak !

Mak : Kad pengenalan, tolong beli santan !

Kad Pengenalan : Kad pengenalan tengah main facebook la mak !

Mak : Gila, tolong beli santan !

Gila : Ok, mak !


Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !


Gila : Ada apa, encik !

Polis : Mana lesen ?

Gila : Lesen tak ada dengan saya, dia tengah main PSP

Polis : Kad pengenalan kamu mana ?

Gila : Kad pengenalan tengah main Facebook.

Polis : Kamu tak ada otak ke ?

Gila : Otak tengah berak, polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik-beradik saya encik tau.

Polis : Awak ni gila, ya ?

Gila : Nama saya memang Gila…


hahahaha

Saturday, December 3, 2011

Pemergian Seorang Rakan Blogger Yang Tak Akan Kembali..

Innalillahiwainailaihirojiun…….

Itulah lafaz yang amat sedih kita dengari..

Apabila aku terkejut mendengar pemergian seorang rakan Blogger.. Huhuhu…

DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali..

Al-Fatihah buat Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry)

Semoga Rara ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman..

Takziah juga buat Keluarga Rara….

Sangat sedih bila dapat tahu beliau dah meninggalkan kita..

But Allah Maha Mengetahui yang terbaik setiap hambaNya…

Info About Rara :-

On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives and friends…

Sorry la saya tak nak meletakkan gambar beliau disebabkan sebab-sebab tertentu… Kita harus memahami keadaan keluarganya…

Ombak Rindu --> Ramai Mengatakan Best !!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua….

Haaa.. korang tengok pic kat atas tu… Ombak Rindu kan… Hurmm dari kemarin lagi terlalu ramai member-member Facebook menyatakan best tengok Ombak Rindu… Huhuhu… Aku pun tak tahu tema apa dalam Ombak Rindu ini… Beriya-iya member-member Facebook suh aku p tengok Muvie tu… Depa kata citer ini sedih tahap giler-gilerr laaaa… hurmm macam menarik kan.. aku ini kalau tengok citer sedih-sedih ni opkos basah muka aku hahahaha… tapi kena la cover kang malu awek-awek nampak hahhaaha….

Apa-apapun nantilah aku tengok citer ini.. tak pa kan kalau lambat.. biarlah orang kata basi ke apa ke.. so suka ati aku la nak tengok lambat… hahahaa..

Eh boleh donlod ke ?? hehehehe…

Jom p tengok… hehe…

Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam

Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“adalah cincin Nabi S.a.w dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)” (Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasal).

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadith yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut. “Apakah bendanya ini ?” Lelaki itu berkata : “Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih Riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadith di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadith zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu terdapat ulama’ yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman Islam-Online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab : “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakaian gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu Haram. Tidak kira jenisnya, sama ada logam, tali berwarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987).

Hasil dari pemerhatian, pemakaian gelang dikalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jika gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakaian mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab : “Rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis :

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya, keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam….

Larangan Memakai Gelang Tangan dan Rantai Walaupun Untuk Tujuan Kesihatan

Larangan memakai gelang tangan dan rantai walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Hadis Imran bin Hussein r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

“Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata : “Ia adalah gelang perubatan.” Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa faedah walaupun untuk tujuan perubatan, buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang, kemalangan dan sebagainya.

Jenis-jenis gelang yang diharuskan :-

1). Gelang pesakit semasa berada di Hospital (ditanda nama pesakit dan wad)

2). Gelang pesalah / penjenayah (dipakai oleh penjenayah yang telah ditangkap polis)

3). Gelang kaki bagi pesakit gila / jiwa/

Sekiranya ada yang hendak memakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan di atas ini….

Friday, December 2, 2011

Baik Lagi Jadi Anjing !!!!

Hurmmm tengok la betapa binatang pun ada sifat kebinatangannya.. berbanding dengan sang manusia langsung takda sifat perikemanusiaan.. Huhuhu.. Apa nak jadi manusia millennium ni huhuhuuh… adakah sifat-sifat kemanusiaan itu dah dihakis oleh dek pembangunan dan kemodenan teknologi sekarang ini ???? apa-apapun tepuk dada tanya la selera…

Wednesday, November 23, 2011

Trofi Yuna Ditarik Balik ???


Haaaaa…. Aku terkejut pabila trofi Yuna ditarik balik, berita ini pun aku baru dengar dari Nadi Arena di Channel 104…. Hurmm apa la perasaan beliau yer apabila sesuatu anugerah ditarik kembali oleh pihak AIM….

Sebenarnya aku pun terkejut apabila lagu Penakut ciptaan dan dendangan YUNA dijulang sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM-18) baru-baru ini… Target aku tuk Lagu Terbaik tu memang lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain… Tapi, terkejut pabila Lagu Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik…. Huhuhu…

Yang heran lagi boleh pulak ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM-18… huhuhu… Padahal lagu Penakut sebenarnya sudah tewas kepada Lagu Sedetik Lebih dalam kategori Pop….

So, mungkinkah anugerah itu akan diserahkan kepada Anuar Zain ???? Kita nantikan jer laaaaa…

Sian kat Yuna… Harap Yuna bersabar yaaa… Macam dianiaya pulak huhuhu

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Malaya tawan Garuda...


Alhamdulillah… Kejuaraan milik negara kita MALAYSIA… Tahniab buat pasukan Malaysia a.k.a Harimau Muda Malaya… Memang terbaik la permainan korang semua.. Tak sia-sia aku menonton dan melalak sehingga tiada suara di kedai kopi… Yang bestnya.. tengok ramai-ramai, jerit ramai-ramai dan sorak ramai-ramai… Yang paling best ramainya pengulas-pengulas lapuk di kedai kopi… hahahaha….. ada yang mencuit hati…

Apa-apapun memang patut diberi suatu penghargaan buat Harimau Muda Malaya.. dan ucapan terima kasih kerana mengharumkan nama Negara… Akhirnya kita Ganyang Indonesia… Hehehe…


Betapa kerdilnya kita di Stadium Gelora Bungkarno yang mempunyai 100 ribu penonton dan penyokong Tegar pasukan Indonesia.. Akhirnya kita berjaya buktikan dan berjaya menutup mulut penyokong Garuda… Garuda hanya menguasai Langit tetapi Harimau juga la yang berkuasa menguasai Tanah.. Hahahaha… itulah yang menunjukkan dan membuktikan kita lebih baik daripada mereka.. Kita main secara bersih dan tiada usaha nk mengupsetkan sesebuah negara…

Ok la aku tak tau dah nak tulis apaaaaaa….. Akhirnya aku tak jadi nak gunting mykad aku… Hahahahaha… (hehehe bercanda jerr…. )

Sunday, November 13, 2011

Air Tangan Orang Yang Tak Solat

Sekada gambar hiasan


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan melahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang tinggalkan silat. Tak gamak kan ?

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ

Ertinya : Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (Al-Ma’un: 4 – 5)

* Tapi lain pula halnya dengan kita ni,. Pagi petang, mamak!! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab itu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

** Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solat as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”. Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir dan batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan dihisab di neraka Mizan kelak.

++ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.

Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.

“Demi MASA!! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali

(1). Orang-orang yang beriman

(2). Dan yang beramal soleh

(3). Dan yang berpesan-pesan pada kebenaran

(4). Dan yang berpesan-pesan pada kesabaran.

~ Surah Al-‘Asr ~

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H

Assalamualaikum….

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang mengenali diriku.. Kepada kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti, kawan-kawan di kampung, kawan-kawan FB, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan guru serta yang mengenali diri ini “Selamat Hari Raya Aidiladha”. Tak lupa juga kepada semua rakan-rakan blogger “Selamat Hari Raya Aidiladha”..

Mulanya, aku nak minta maap kepada semua, andai kata aku ada menyakitkan hati korang atau ada rasa tidak puas hati kea pa ke aku minta maaf banyak-banyak. Kepada pembaca blog aku, sama ada secara sengaja maupun tidak aku pun nak minta maaf jika selama ini aku memberi info-info yang tidak betul ataupun aku merapu banyak sangat dalam blog aku ni.. Ampun maaf dipinta…

Hari raya haji tahun ini aku sambut biasa-biasa jer.. Tetapi selepas jer balik dari solat sunat Aiduladha aku terus jer baring, hal ini kerana aku rasa diriku tidak sihat, demam dan sakit kepala yang amat sangat.. Huhuhu.. hanya mampu terbaring di depan tv dan depan laptop jer.. ramai jiran-jiran sebelah rumah wat kenduri tetapi maaf la aku tak berkesempatan nk menziarah kenduri mereka dengan keadaan diriku yang tidak sihat.. Ampun maaf dipinta…. Huhuhu

Ok la sampai di sini sahaja.. Kita doakan agar rakyat Malaysia yang mengerjakan Haji di Tanah Suci dapat mengerjakan haji dengan Khusyuk dan mendapat Haji Mabrur.. Insyaallah…

BLOG Aku Bersawang Tatkala Aku Busy di Akhir Tahun...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Betul-betul la saya memohon maaf kepada rakan-rakan blog yang selalu singgah blog saya tanpa ada entry terbaru… Hal ini kerana saya betul-betul tidak sempat untuk update citer-citer terbaru mengenai diri saya dan info-info terkini.. Kerana akhir tahun ini saya terlalu sibuk dengan prepare macam-macam.. huhuhu

Di akhir tahun 2011 ini terlalu sangat sibuk dengan aktiviti peperiksaan akhir tahun, kelas tambahan bagi pelajar-pelajar SPM, persediaan menjadi pengawas peperiksaan SPM pada 14 November ini, mendapat tugas sebagai Warden Asrama tuk tahun depan dan lain-lain lagi laaaaa….

Yang merungsingkan saya ialah menjadi warden asrama, layakkah aku menjadi warden asrama padahal baru sahaja 11 bulan bekerja di sekolah ini.. huhuhu… kenapakah pihak pentadbir tidak mengambil guru-guru lain menjadi warden padahal mereka telah lama berkhidmat di skolah ini… Kalau la saya di lantik menjadi pembantu warden boleh la saya terima ini jadi ketua… macam tak layak.. adakah disebabkan saya orang di sini menyebabkan saya di pilih… Padahal saya ada rumah di sini, tak kan saya kena stay di asrama, sedangkan rumah sendiri ada?? Huhuhu.. kenapakah guru-guru lain tidak dilantik ?? adakah kerana mereka akan kehilangan elaun perumahan RM830 tu (bagi guru semenanjung) menyebabkan mereka tidak dipilih tuk menjadi warden ??? hurmm apa-apa jer la… Apa-apapun saya akan cuba sehabis baik tuk menjadi warden, biarpun ada cacat cela nya tetapi saya akan cuba.. iyalah budak baru belajar kan.. patutnya saya jadi pembantu warden la dulu.. ini tak terus naik ke atas… huhuhuhu.. itu yang membuatkan saya kecewa sedikit… Lagi satu, saya tidak stay diasrama, tetapi saya akan stay di asrama di bilik penyelia asrama dari 8 malam hingga 5 pagi dan jam 5 pagi itu la saya akan bangunkan budak-budak p solat subuh,,, selepas itu baru saya balik rumah tuk bersiap-siap p sekolah.. Hurrmm.. saya kan ada rumah di sini takkan la saya nk stay di asrama pulak.. lagi satu.. dah la kat sini rumah warden tiada, so ada flat pun semuanya banyak rosak… tu yang saya kecewa itu.. so saya akan pulang balik ke rumah laaa… Yang sedihnya saya akan kehilangan elaun perumahan saya RM250, dan akan dapat elaun warden just RM240… hurmm saya rugi RM10 huhuhu… kalau boleh saya nak elaun rumah itu padahal saya tidak stay di asrama pun… Huhuhu… harap-harap pihak pentadbir boleh la pertimbangkan… nak stay mana… rumah-rumah flat pun dah uzur.. huhuhu… hurmm ini lah yang menyebabkan saya busy di akhir-akhir tahun ini… Ini boleh dikira rintihan hati saya… huhhu

Oh ya banyak lagi la jawatan yang akan saya dapat tuk tahun hadapan.. Antaranya saya akan menjadi Ketua Panitia Geografi tuk tahun ke-2, Jadi Naib Setiausaha Peperiksaan bagi menengah rendah, mungkin akan jadi Guru Kelas lagi.. Hurmm setakat itu yang baru saya dapat.. Hurmm tak tahu lagi jawatan apa yang akan saya dapat….

Saturday, October 29, 2011

Panduan Menghadapi Peperiksaan

Semakin hampir menjelang hari peperiksaan, pelajar-pelajar sepatutnya sudah mengulang kaji pelajaran dan cukup bersedia. Ini akan menjamin keyakin diri untuk menghadapi peperiksaan. Berikut adalah panduan-panduan bagaimana untuk menghadapi peperiksaan.

1. Ulang Kaji Berkesan.

Beberapa minggu menjelang peperiksaan, baca nota dan beri perhatian sepenuhnya terhadap apa yang dibaca. Ingat kembali apa yang dibaca. Buat nota ringkas di kad-kad ulang kaji. Baca sekali lagi nota asal.

2. Malam Sebelum Peperiksaan.

Baca nota ringkas. Semak kotak alat tulis. Semak masa dan tempat peperiksaan di jadual peperiksaan. Sediakan pakaian seragam sekolah. Berdoa. Tidur secukupnya.

3. Pagi Sebelum Pergi Ke Dewan Peperiksaan

Bangun pagi. Buat senaman ringkas. Mandi dan bersihkan diri. Pakai pakaian yang bersih. Solat dan berdoa. Bersarapan dengan masakan yang panas. Bersalam, mohon restu dan cium kedua ibu bapa.

4. Semasa Di Dewan Peperiksaan.

Duduk dengan tenang. Dengar arahan Ketua Pengawas Peperiksaan. Berdoa. Baca arahan pada kertas soalan. Baca semua soalan dengan teliti. Tulis angka giliran dan nombor kad pengenalan pada kertas jawapan. Jawab soalan yang senang terlebih dahulu. Pastikan masa menjawab setiap soalan adalah mencukupi. Jawab mengikut kehendak soalan. Pastikan tulisan jawapan senang dibaca. Semak jawapan sekali lagi dalam masa 5 minit terakhir.

Saya Kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Nampaknya begitu lama saya tidak mengupdate blog saya ini.. Betul-betul dah bersawang.. Maaf la buat rakan-rakan bloggers.. saya begitu sibuk kebelakangan ini dengan membuat soalan peperiksaan Geografi untuk Tingkatan 1 dan Empat… Lepas tu saya sibuk menjadi pengawas peperiksaan PMR… huhuhu.. Sebab itu saya tidak sempat nak mengupdate blog saya ini..

Insyaallah, saya akan berusaha mengupdate blog saya ini walaupun saya dalam keadaan sibuk…

Friday, October 14, 2011

Al-Fatihah buat sahabatku Halim...

Telah seminggu lebih aku tidak mengupdate blog ku.. disebabkan busy menjaga Exam PMR.. Tetiba hari ini terdetik nak buat entry khas buat sahabatku yang pergi selamanya….. huhu

Jam 9 malam tadi aku terbaca d Wall seorang sahabat seUPSI yang membuatkan aku terkejut dan terkesima sejenak… Wall sahabat tu tertulis,

Kepada rakan-rakan UPSI, sahabat kita Abdul Halim, telah kembali ke pangkuanNya pada petang tadi lebih kurang jam 5.30 petang. Moga-moga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya. Seandainya, allahyarham ada terhutang, mohon kiranya dihalalkan. Ya Allah! Hidupkan kami dengan mati, matikan kami dalam iman dan bangkitkan sesudah mati kami dalam keadaan beriman. al-Fatihah…”

Habis baca wall sahabat tu terus saya terdiam…

Berita beliau kemalangan pada 1 Julai 2010 telah memeranjatkan saya dan sahabat-sahabat yang lain. Dan dalam tempoh beliau beliau terlantar dipembaringan, semua rakan-rakan seperjuangan beliau tidak putus memberikan kata-kata semangat dan berdoa supaya beliau cepat sembuh…

Dan hari ini, tanggal 14 Oktober 2011, Allah lebih sayangkan dia. Dah setahun lebih dia terlantar dipembaringan dan hari ini tiba masanya ALLAH menjemputnya kembali..

Moga-moga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya. Seandainya, Allahyarham ada terhutang, mohon kiranya dihalalkan. Ya Allah… Hidupkan kami dengan mati, matikan kami dalam iman dan bangkitkan sesudah mati kami dalam keadaan beriman……

Semoga roh Abdul Halim ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dikasihi olehNya…

Al-Fatihah..

Sunday, October 2, 2011

4 Golongan Lelaki Akan Ditarik Masuk Neraka Oleh Wanita

Sekadar gambar hiasan


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s : Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang ?. Adakah kau mengajarnya bersolat dan saum ?.. Menutup aurat ?.. Pengetahuan agama ?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam..)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah tertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s : Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang ?. Dimanakah dia ? Bagaimana akhlaknya ? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s : Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.. jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat..)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya… maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak… dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s : Duhai anak-anak lelaki… sayangilah ibumu… nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.. kerana ibu juga insan biasa.. tidak terlepas dari melakukan dosa… selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka… jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya..)

Lihatlah…. Betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...