"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, August 3, 2011

Khidmat Masyarakat Warga Sekolah Kepada Mangsa Kebakaran


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tadi pagi satu rombongan guru-guru SMK Menumbok melawat mangsa kebakaran dengan membawa sekali sumbangan dari warga SMK Menumbok… Hurmm ramainya rakan-rakan guru ikut rombongan tersebut.. Yang sedihnya saya tak dapat mengikutinya.. Huhhu… Hal ini disebabkan saya mempunyai jadual kelas yang padat pada hari ini.. Apa leh buat bukan rezki kot.. Huhuhu

Sayu dan pilu pabila melihat gambar-gambar yang telah di snap oleh rakan-rakan guru mengenai mangsa kebakaran di Kampung Laut Sekalong, Menumbok.. Kejadian kebakaran ini berlaku pada permulaan puasa iaitu 1/8/2011… Masa itu, asap-asap hitam berkepul-kepul dapat dilihat dari sekolah tempat saya mengajar.. Sebanyak 3 buah rumah yang terlibat di dalam kebakaran tersebut.. Sayu dan pilu.. Semoga mangsa kebakaran tabah dan bersabar menghadapi dugaan ini.

Serahan sedikit sumbangan kewangan daripada pengetua kepada mangsa kebakaran


Mangsa kebakaran bersama dengan warga pendidik SMK Menumbok


Dua orang rakan guruku pun tidak melepaskan tuk bergambar di tapak kebarakan.. Habis terbakar.. Sayangnya kereta kancil tu kan.. Oh ya depa ni bukannya polis.. depa pakai baju kadet Polis hehe à betul kan cgu Polo dan Cgu Fadil


Kereta kancil yang menjadi mangsa kebakaran

Bekas guruku tetapi dah jadi rakan sekerja (Cgu Janah) pun turut menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran..


Lagi sorang rakan guru iaitu Cgu Rizal..


Oleh itu, kepada mangsa kejadian banyakkan bersabar.. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan pada mereka yang bersabar.. AMIN

1 comment:

Lelaki Ini said...

sian diorg..ermm...
tabahlah hadapi dugaan..

cegu, ni just my opinion..

saye rase lagu kat blog ni xpayah pn xpe..

saye suke gk terjah2 blog cegu ni, tp lagu ni cm sedikit annoying la..

hehe..sekadar pndapat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...