"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Friday, November 27, 2009

Selamat Tinggal UPSI

11hb November adalah tarikh keramat aku d UPSI. Pada tarikh tersebut adalah exam terakhir aku iaitu paper Geography Information System (GIS). Setelah exam tu berakhir maka itulah hari terakhir aku d UPSI. Selapas ini tiada lagi kuliah, assignment, study group dan exam… tp hati ini rasa sebak n sedih untuk meninggalkan UPSI. Hal ini kerana di sinilah aku beroleh Nur mengenai ilmu, persahabatan, perhubungan dan sebaginya. Selepas ini aku akan rindu dengan kuliah, assignment, rakan-rakan, bilik kuliah, cafĂ© dan kolej. Betapa seronoknya aku dapat belajar d UPSI yang banyak menghasilkan graduan yang hebat seperti Pendeta Za’ba dan sebagainya. Hurmmm selepas ini aku akan rindu sahabat2 ku yang rapat yang sanggup bersama walau dalam gumbira n sedih iaitu Azman, Gapor, Roslan, Graven n Radzman. Hurmmm, selepas ini aku tidak akan dapat pegi pasar malam lagi.. huhuhu.. selalu beli laksa, fevret food tu.. hehe. Aku juga akan rindu dengan rakan-rakan classmates ku, para pensyarah dan rakan2 dari program lain. Hanya blog, ym, fb n fs je dijadikan penghubung antara kita selepas ini. Aku jugak merindui rakan-rakan seperjuanganku di dalam berpersatuan iaitu rakan-rakan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid. Harap kita semua akan buat reunion nanti setelah semuanya sudah bekerja. Insyaallah ada masa kita akan bersua semula.

1 comment:

Pemuda@gamA said...

Selagi tidak dipisahkan oleh nyawa, Insya Allah selagi itu kita akan berjumpa di dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...