"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, March 20, 2010

Dipaksa Makan Bawang.....!!!

Aku ada terbaca sebuah buku yang menyatakan dengan memakan bawang putih, seseorang itu tidak mungkin dijangkiti virus H1N1.... hurmm betul ke??

Cerita ini bermula d Hangzhou wilayah Zhejing, guru di sebuah sekolah menengah percaya, dengan memakan bawang putih, seseorang itu tidak mungkin dijangkiti virus H1N1. Taksub dengan perkara itu, guru berkenaan telah memborong 200 kilogram bawang putih daripada sebuah pasar untuk diberikan kepada pelajarnya.

Setiap hari, para pelajar dipaksa untuk memakan bawang putih itu bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus tersebut. Keadaan itu menimbulkan kekecohan di kalangan pelajar. Ada di kalangan pelajar yang tidak suka memakan bawang putih terpaksa mengikut arahan tersebut demi kesihatan mereka. Malah persekitaran sekolah itu juga berbau bawang putih sejak arahan memakan bawang pada waktu tengah hari dimulakan. Walaupun begitu, para pelajar di sekolah tersebut mengakui, mereka terpaksa menghidu bau bawang putih di setiap penjuru bangunan sekolah, namun itu adalah usaha sekolah untuk memastikan mereka selamat daripada virus Pandemik itu..

Hurmmm... macam tak boleh nak difikirkan secara logikkan?? kalau dah ajal tu ajal la juga... Hurm, tapi usaha sekolah ini untuk memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa sihat layak dipandang tinggi.. hehe... Sebenarnya AK memang minat makan bawang putih, apatah lagi di dalam sup.. kena bubuh banyak bawang putih.. sedap wwooo...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...