"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, May 28, 2010

Hari-Hari Terakhir aku d Smk Kubu Gajah

14 Mei adalah tarikh keramat aku menamatkan Latihan Mengajar di SMK Kubu Gajah (SEKUGA). Tarikh tersebut membawa kegembiraan kepadanya tetapi ianya juga membawa kesedihan kepadaku. Hal ini kerana, aku terpaksa meninggalkan anak-anak muridku. Biar pun anak muridku nakal-nakal tapi aku tetap menyayangi mereka ibarat macam adik-adik aku sendiri. Pada minggu terakhir aku d SEKUGA, ramai murid-murid menyatakan kesedihan. Aku tak mampu nak berkata, sebab memang dah itu tarikh aku menamatkan latihan mengajar. Ramai la murid-muridku menangis untuk berpisah denganku. Biar pun aku ini seorang yang tegas tapi terselit juga kebaikan n kasih sayangku kepada mereka semua. Di minggu-minggu terakhir itu aku telah mendapati 5 orang adik angkat iaitu Zuladha, Shazarul, Hafeezi, Fais Riezmi dan Syafira. Aku pun terima mereka menjadi adik-adik angkat aku. Sehingga sekarang aku masih menghubunginya. Pada minggu terakhir itu juga, aku telah melaksanakan janjiku iaitu belanja murid-muridku minuman kotak dan layer cake. seramai 98 anak muridku aku belanja pada minggu terakhir tersebut. Kelas-kelas yang aku belanja adalah kelas-kelas d bawah ajaranku iaitu kelas tingkatan 1A1, 1A2 dan 2A3. Aku merindui detik-detik P&P, kenakalan murid-muridku, lawak-lawak gila mereka dan sebagainya. Di minggu terakhir itu juga aku telah mengikuti Program Gotong-Royong Perdana dan ditugaskan untuk memantau murid-murid membersihkan Dewan Peperiksaan. Bukan murid sahaja yang membersihkan aku pun turut bersama mereka.

Alhamdulillah tiada kata yang seindah perkataan itu yang patut aku ucapkan untuk bersyukur. Aku bersyukur kerana telah menamatkan Latihan Mengajarku selama 14 minggu. Walaupun payah namun semua itu menjadi indah apabila adanya PERPISAHAN yang bersamanya membawa seribu KENANGAN TERINDAH yang terukir di dada. Aku yakin semua rakan-rakan Sepraktikumku mengalami apa yang aku alami.

So, selepas ini aku hanya menunggu hari-hari yang dinantikan iaitu hari Konvokesyen dan penempatan Posting. Ku berharap aku akan di postingkan di sekolah tempatku berprktikal iaitu Smk Kubu Gajah. AKu hanya mampu berdoa agar aku d postingkan di sekolah tersebut. Aku merindui suasana SEKUGA. Hanya doa yang dapat aku bekalkan buat murid-muridku agar mereka semua berjaya dan menjadi insan yang berguna.. AMIN...
Kepada adik-adik angkatku Insyaallah kamu semua tetap di dalam ingatanku... Abg doakan kamu semua berjaya.. AMIN






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...