"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, February 19, 2011

Tudung Akhir Zaman



1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


2. Tudung Lilit -

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.


3. Tudung ‘See Through’ -

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.

Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.


4. Tudung Jambul -

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.


5. Tudung ‘Singlet’ -

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelongaran hukum tentang

penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.


6. Tudung Saji -

Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Nampak cantik, ayu dan islamik sekiranya tudung dipakai sedemikian rupa..

mengikut dan berlandaskan syarakl di dalam Islam


P/s : Atas rasa hormat saya kepada kaum Hawa.. Saya tidak memberikan gambar atau contoh mengenai tudung-tudung di atas.. kalau nak lebih tau apa dan macam mana tudung-tudung di atas tu… Silalah mencarinya di laman Encik Google Image yer…

32 comments:

najwa napatah said...

suka entri ni tp x der button like.
hehehhee.peace:)

Farah Hanim said...

alhamdulillah, sbb tak trmasuk dlm manemane kategori tuhh. :D

TAYAR PANCIT said...

hai :) saye da follow awak, follow me back http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/ryan-giggs-sign-kontrak-baru.html

yna fazlyna said...

YE sokong ngan entri kamu.. seingat yna.. yna pernah dengar ustaz sekolah dulu cerita,, akhir zaman ti,, perempuan pakai tudung tapi berbogel. maksudnya.. bertudung tapi baju ketat,

- a.d.r.y.l - said...

Hai...Salam..hey, nice blog..cntek sgt...simple n nice..lagu pon syahdu jek...


I da follow u.kip in touch k..

Thanks.:)

C I K . F Y Z A said...

istilah 'TUDUNG SAJI' tu buat fyza rasa nak ketawa guling2...adehh... ada jugak mcm tu erk?haha

Hafriz Mohamad said...

like! ^_^

Isu tudung ni mkin parah dh klau nk kira akhir2 ni. mcm2 style dh ade.

Mslh yg bleh jd truknye sbb, bini2 pmimpin pn x tnjuk cntoh trbaik. rkyat ikut je la...huhu

babykristal said...

thanx 4 dis entry...

azwa_amani said...

tengs ak...peringatan tuk diri awin jugak nni..

AdiaLuze said...

Bertudung dah jadi macam aktiviti berpesen je sekarang ni.. Yang penting bagi mereka, kena nampak cantik...Hmmmm

af3b_p!LaH said...

harap2 kaum hawa amik perhatian..
hehe..XD

tazkirah ni.

TINA said...

harap2 sapa yg mcm 2 smpat sdar dan ALLAH S.W.T bukakan pintu hatinya

Yutaka Mushimura said...

tq..bagi info nih..nampak best pulak usha information best kat nih.....hheheh:)

thumb up bro...;)

tips terbaru

Tips Penjagaan Gearbox....Buatlah Ia Seperti Awek, Okeh

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Tip Melembutkan Dan Menenangkan Hati Sanubari.

Cik Kyla said...

masyaAllah....

Zie said...

terima kasih diatas info ni..ada satu lagi yg haram, iaitu tudung yang menampakkan bonggol rambut..

Awangku Johan said...

@@najwa napatah
eh ada.. awang dah bubuh button like tu hehe

Awangku Johan said...

@@Farah Hanim
alhamdulillah..

Awangku Johan said...

@@TAYAR PANCIT
thanks ya

Awangku Johan said...

@@yna fazlyna
tu la tanda akhir zaman..

Awangku Johan said...

@@ - a.d.r.y.l -
terima kasih yaa.. atas follownya

Awangku Johan said...

@@C I K . F Y Z A
hehehe,,,

Awangku Johan said...

@@Hafriz Mohamad
huhuhu.. tgok je ar isteri2 pemimpin kita.. huhu.. smua ada jambul kat dpn..

Awangku Johan said...

@@babykristal
trima kasih

Awangku Johan said...

@@azwa_amani
sama2 awin.. yup peringatan tuk kaum2 hawa.. awin jgn wat gitu ek.. huhu

Awangku Johan said...

@@ AdiaLuze
a'ah lgsung x berlandaskan hukum dan syara'

Awangku Johan said...

@@af3b_p!LaH
yup.. jgn d ambil ringan jer mengenai agama ni

Awangku Johan said...

@@TINA
amin,,

Awangku Johan said...

@@ Yutaka Mushimura
thanks

Awangku Johan said...

@@Cik Kyla
itu la realiti zaman skrg ni

Awangku Johan said...

@@Zie
yup tudung ala2 bonggol unta..

shichi_iza said...

bnyak plak fashion tudung skrg..... huhuhu tapi bnyk yg x betul.... thanks kerana peringatan tuk kaum hawa termasuklah juga sy.... :)

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
sama2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...