"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, February 2, 2011

SSS- Jom Bikin Konsert oleh BEN ASHAARI


Assalamualaikum korang semua…

Apa khabar, harap-harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat..

Maaf lah sebab saya ini selalu sibuk…. Penatnya kalau ada dua pekerjaan… Di samping saya sebagai blogger saya juga bekerja sebagai penyanyi sepenuh masa… Terkenal tu tak la terkenal sangat.. biasa-biasa jer… Hahaha…


Wartawan Ben : Berikan nama tempat yang ingin anda adakan persembahan konsert itu..

Ak Johan : Ohh ya terlupa pulak saya nak bagi tahu tempat saya nak buat persembahan itu… Haaa.. tuk pengetahuan peminat-peminat saya, konsert tu akan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu…


Wartawan Ben : Harga tiket

Ak Johan : Harga tiket berpatutan hanya RM150, RM100 dan RM50… Itu pun ikut seat….. Cepat-cepat jangan lepaskan peluang ini…


Wartawan Ben : Kata-kata aluan untuk mereka yang datang menyaksikan konsert anda itu…

Ak Johan : Baiklah, kepada peminat-peminat marilah beramai-ramai menghadiri konsert saya….. Diharapkan dengan kedatangan peminat, dapat memeriahkan konsert saya pada hari itu nanti… Insyaallah…


Wartawan Ben : Sasaran kehadiran penonton…

Ak Johan : Diharapkan konsert saya itu nanti seramai 80 000 orang penonton akan menghadirinya…


Wartawan Ben : Gambar anda sedang beraksi… apa-apa gambar pun boleh..

Ak Johan : Haaa.. nak gambar ker.. Ok.. ini gambarnya semasa saya buat konsert kat Tanjong Malim pada tahun lepas.. Tapi gambar ini bukan semasa beraksi.. Rasanya boleh kan?? Hahaha…

Wartawan Ben : Sediakan 10 buah lagu yang bakal anda dendangkan nanti.. Tajuk lagu dan penyanyi asal… Kenapa pilih lagu tersebut.

Ak Johan : Pada konsert saya itu nanti saya akan mendendangkan sebanyak 10 buah lagu.. Antaranya :

1. Lagu Kita – Aizat

2. Cinta Terhalang – Bob

3. Bunkface – Situasi

4. 11 Januari – Gigi

5. Tanpa – 6ixth Sense

6. Haruskah Aku Mati – Ada Band

7. Cuba – Faizal Tahir

8. Bencinta – Faizal Tahir

9. Kau Ilhamku – Manbai

10. Gaia – Zainal Abidin

Kenapa saya pilih lagu-lagu ini??? Lagu-lagu ini adalah fevret saya.. Sebab itu saya nak membawakannya dengan versi saya…


Wartawan Ben : Penyanyi dalam negara yang ingin anda jemput.. Luar negara pun.. Seorang dalam negara, seorang luar negara..

Ak Johan : Ohhh.. soalan cepu emas.. memang saya harapkan ada soklan ini.. Hehehe.. Baiklah, penyanyi dalam negara yang saya nak jemput adalah Faizal Tahir, manakala luar negara adalah Enrique Iglesias… Kedua penyanyi ini memang idola saya.. Rasanya tak salah kan kalau penyanyi meminati dan menjadikan penyanyi lain sebagai idolanya… Haahahaha… (gelak)


Wartawan Ben : Lagu Penutup… Kenapa lagu itu menjadi pilihan anda…

Ak Johan : Lagu penutup yang akan saya bawa ialah Lagu dari Zainal Abidin iaitu GAIA… Lagu ini memang memberi makna buat saya dan penonton-penonton sekalian.. Di dalam lagu ini saya mengajak penonton-penonton sekalian tuk menjaga alam sekitar kita.. Tatkala dunia sekarang ini dah semakin tua… Pencemaran berleluasa.. dan pelbagai lagi kerakusan manusia terhadap bumi… Oleh itu, dengan lagu ini dapatlah saya menarik penonton tuk sentiasa menghargai segala sumber di bumi ini..


Wartawan Ben : Kata-kata penutup buat mereka (penonton)

Ak Johan : Diharapkan penonton-penonton sekalian akan terhibur dengan konsert itu nanti… Di samping itu, dapat menderma serta membantu mereka yang dalam kekurangan…


Wartawan Ben : Apakah yang ingin anda lakukan dengan duit kutipan konsert itu??

Ak Johan : Bagus soalan ini.. Sebenarnya konsert yang saya anjurkan ini adalah amal tuk rumah anak-anak yatim dan warga tua serta untuk pesakit kanser… Tanpa kita sama lah mereka…….



P/S : Hahahaha… Inilah dikatakan SYOK SENDIRI… best kan pabila kita Syok Sendiri… Apapun memang happening segmen.. disamping menghappeningkan diri… Hahahaha.. rosak bahasa wei…


17 comments:

Cikgu Nurin said...

perghhh..ramainyer aweks....

NuReLLe said...

ohh...penyanyi terkenal!!!!!!!!!!!!! nak signnnnn...:D

thx 4 for following me ek..follow u already..heee~

Syafiq Rosli said...

cayalah awang...:)

...love cokelatcake... said...

dikelilingi aweks...

Awangku Johan said...

@@Cikgu Nurin
hahaha.. ramai kan peminat2 saya.. happening time ni..

Awangku Johan said...

@@NuReLLe
hahaha.. mai sini nak sign kat mana ni?? thanks follow

Awangku Johan said...

@@Syafiq Rosli
hehehe..

Awangku Johan said...

@@...love cokelatcake
haha.. best woo time ni d kelilingi aweks

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Best lah semua lagu. Nk g lah konsert ni. :)

NadiRah said...

hahah!!
peminat2 sume cam dak sekolah jer..
kih3..
nad pon buat konsert!!
jom tgk..
hehehe

Awangku Johan said...

@@Rabiatul Adawiyah Abd Rahim
haha.. mai join konsert saya ehehe

Awangku Johan said...

@@NadiRah
haaa.. budak sekolah.. semua tu rakan2 classmate aku yg dah bergelar guru...

ijatnuar87 said...

wah..dikelilingi peminat aweks2 tu,hehehe...patut la sengeh memanjang,hehehe...

shichi_iza said...

adoiiiii.... semua lagu key tggi ni.... alamat pas je konsert trus Ak xada suara.... hehehe besar ye studium Likas 2.... :)

Awangku Johan said...

@@ijatnuar87
hahaha.. sengeh tu kena patut buat..

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
key tinggi la sgt hahaha.. a'ah besar stadium likas tu.. hehe

nazirulhazwan~ said...

lagu nak sume jiwang2 jer, karat la bro! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...