"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, February 1, 2011

Aku Tak Sihat Tetap Bersemangat...


Arghhh tak sempat nak update blog tuk pagi tadi.. Huhuhu.. Pagi tadi bangun-bangun terus kepala terasa sakit, panas badan, suara serak dan selsema.. Maybe kena sampuk kot.. Coz semalam balik lewat hampir jam 12.30 tengah malam dari Kota Kinabalu..

Pagi ini pulak jam 9 pagi dah p sekolah.. Biarpun dalam keadaan tak sihat kena p jugak.. Guru-guru lain bercuti tapi saya dan beberapa orang guru sedang bekerja keras tuk melatih stamina pelajar-pelajar yang wakil sukan acara padang dan balapan ke peringkat daerah… seramai 52 orang yang terdiri daripada 25 orang pelajar perempuan manakala pelajar lelaki seramai 27 orang…

Pergi ke sekolah stay di Pejabat Am borak-borak dengan PK Kokum dan borak-borak dengan guru-guru lain.. Jam 2.30 baru start bawa pelajar-pelajar jogging ke pantai.. So, berkampung di pantai selama 3 jam tuk melatih stamina mereka.. Biarpun tak sihat join jugak jogging dengan pelajar-pelajar tu .. kuarkan peluh jantan yang tak sihat tu.. Hehehe…

Penat la jugak join sekali bersama pelajar-pelajar.. Seramai 9 orang guru melatih pelajar-pelajar ini dari segi stamina, kawal pernafasan dan lain-lain lagi ar.. Esok bermula la latihan dari awal pagi jam 7.30 pagi hingga ke petang..

Ok la.. saya ada kat sekolah ini.. Sat g dah nak kelik rumah dlu.. Nak mandi-mandi, solat dan makan.. pastu datang p sekolah meninjau pelajar-pelajar agar mereka mendapat rehat yang secukupnya…

Huhuhu.. Inilah pengorbanan guru yang mengorbankan cuti rehat Chinese New Year…

13 comments:

Nurul Faezah said...

Kita sama..T____T cuma saya xbersemangat.. huhu

http://ifazafrah.blogspot.com/2011/02/status-tuan-punya-blog-di-awal-februari.html

azwa_amani said...

wahhh bagsnyer nyerr...ak kan tough, mesti leh latih dorg dengan baik..good luck buat sekolah ak yerr...lama tak ke sini, rasa rindu sangat

shichi_iza said...

wah..... cikgu n student x ada cuti CNY.. xapa2, nti march ble balas cuti.... :)

Awangku Johan said...

@@Nurul Faezah
hurmm.. biaq pun x sihat sgt.. tp smangat giler2 ar.. haha

Awangku Johan said...

@@azwa_amani
hahaa... trima kasih coz mgerti dgn AK.. hehe.. tu la pasal.. awin dah lama x jenguk blog AK huhuhu

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
a'ah... cgu beberapa org jer.. student just 52 org jer.. huhuhu

shichi_iza said...

just 52 je..... huhuhu bnyk 2

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
haha.. kira sikit tu

shichi_iza said...

tabik kat AK sebab dpt handle studnt yg AK kta sikit.... hehe tapi bagi sy bnyk...

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
hahaha... boleh la.. td bawa budak2 tu kat pantai

shichi_iza said...

ni ada soalan dri sy yg giler kan pantai.... x bw budak2 2 p mandi laut ke???????? :)

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
wuissshh x blh wat sembarangan.. kang apa2 berlaku dengan budak2 tu naya kami sbagai guru.. nti ibu bapa mereka kata kenapa kena bawa mandi laut?? apa motip nak bawa kat laut?? Nanti beratus2 soklan yg akan timbul.. Sebab tu dengan budak2 skolah ini kena hati2... huhuhuhu.. tak leh wat suka hati guru jer.. huhu

shichi_iza said...

haah kan.... hehehe
ok la 2 murid2 dpt cikgu prihatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...