Mengisi kehidupan, bermakna masa akan menjadi sempit. Justeru, seorang manusia perlu menyoal dirinya. Kehidupannya hendak diisi bagaimana? Dengan kealpaan penuh kesenangan dunia atau pekerjaan untuk menuai hasil di akhirat? Di sini manusia perlu melihat.
Masa, jika tidak kita korbankan untuk sesuatu yang Allah kira, maka umur adalah sesuatu yang sia-sia. Umur hanya bermakna apabila Allah kira. Kalau kita perhatikan, hidup ini, jika tidak kita isi dengan kebaikan, maka kejahatan akan bergerak mengisinya. Cuma apabila kejahatan mengisinya, ia tidak kelihatan sempit kerana ia dipenuhi keseronokan yang selari dengan kehendak nafsu.
Namun, apabila kita mengisi dengan kebanyakan dengan kebaikan, dengan amal untuk akhirat, maka kita akan menyaksikan betapa kehidupan kita seakan menjadi sempit. Hal ini kerana, perkara-perkara yang baik, semuanya berlawanan dengan nafsu. Secara langsung, ianya membuatkan diri terasa berat untuk bekerja.
Memang, apabila kita hidup untuk Allah, buat banyak kerja untuk dia, kita rasa sempit. Tetapi kita kena ingat, sempit kita adalah kerana kita terisi.
Dan setiap ruang kehidupan kita yang diisi sehingga rasa sempit itu, ianya adalah dibayar oleh Allah S.W.T.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga” Surat At-Taubah : 111.
Maka, banyak kerja, sempit masa, tidak memeningkan mahupun memberikan tekanan kepada orang yang beriman. Hal ini kerana, orang beriman itu yakin dan percaya tanpa ragu kepada Allah S.W.T.
Sungguh, masa-masa yang telah dikorbankan untuk Allah itu, adalah masa-masa yang menjadi cagaran untuk kita ke syurga
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar” Surah Al-‘Asr : 1-3.
Dan apakah logic, manusia yang tidak mampu mengorbankan masanya, boleh pula mengorbankan harta dan jiwanya untuk sesuatu yang lebih besar di dalam Islam?
Tepuk dada, tanyalah diri…..
6 comments:
pas baca entry ni baru terasa
yg masa sy banyak tak terisi.
nice peringatan. =.)
terima kasih awang~ peringatan yang baik~
tazkirah berguna..
suka entri ni.
pesanan yang baik..
kita dilekakan dalam mengisi masa..
selalu salahkan masa yang tak cukup sedangkan kita tak pandai urus masa.
Entry terbaru padlie: Berakhirnya riwayat bumi
saya masih tak dapat mengurus masa dengan baik....
alasan paling baik apabila kerja tak siap selain alasan lupa ialah tak cukup masa....
maknanya, kite mmg kne pandai menguruskan masa supaya tak terbuang cemtuh sje kan..
thanks for sharing..:)
jemput ke rumah,
http://laydie-dda.blogspot.com
keep in touch ♥
Post a Comment