"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Thursday, February 10, 2011

Saya Menjadi Jurulatih Olahraga????


Hari ini aku dapat surat mengenai Perlantikan Sebagai Jurulatih Padang dan Balapan SMK Menumbok bagi tahun 2011 ke peringkat Zon Kuala Penyu… Wahhhh.. dapat surat.. ini bermakna aku akan jadi jurulatih… Ohhh.. hari-hari di padang.. akhirnya aku akan menjadi juruletih dan bukannya jurulatih…

Tapi apa boleh buat.. guru baru kena terima cabaran dan semua tugas yang diberi kena jalankan… dah pihak skolah beri kepercayaan.. So terima semua ini dengan lapang dada…

Aku akan berkampung di padang tiap-tiap petang start jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dari 7 Februari sehingga 4 Mac 2011… Fuhh suatu jangka masa yang singkat.. So kena bagi komitmen yang tinggi ni.. Tuk jadikan Sekolah ini juara lagi bagi kali kedua berturut-turut….

Tiap-tiap hari bawa pelajar jogging sejauh 8KM dari sekolah sehingga ke pantai ulang-alik… Aku dan beberapa orang guru pun join sama-sama jogging dan aktiviti mereka.. So, aku dapat sebagai jurulatih hakiki tuk Lontar Pelulu… Eh lontar peluru laaaa.. hahahaa

Oleh itu, majulah sukan untuk negara… Hehehee


5 comments:

bun_nee said...

gudluck cikgu

shichi_iza said...

wah jadi jurulatih plak, 2011 ni merupakan cabaran tuk AK sebagai guru baru.... so tahniah ye en.lontar peluru sebab dpt kepercayaan dari pihak sekolah..... hehehe

Ujang9897 said...

wow...aku berminat tue..

NURUL NADIAH MAMAT said...

tahniah.....t jangan lupa pakai cap kot2 hangus muka tu.....hiii.....
selamat bertugas...!!!

Mya Amira said...

tahniah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...