"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, February 20, 2011

Jibrail Menemui Kerbau, Kelawar & Cacing

Suatu hari Allah S.W.T memerintahkan malaikat Jibrail A.S untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menayangkan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah S.W.T sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibrail A.S segeri pergi menemui di Kerbau..


Di siang yang panas itu si kerbau berendam di sungai. Malaikat Jibrail A.S mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai seekor kerbau?”.

Si kerbau menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibrail A.S segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibrail A.S mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, “hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai seekor kelawar?”.

“Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubunya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibrail A.S pun segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah..


Malaikat Jibrail A.S bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang dijadikan Allah S.W.T sebagai seekor cacaing?”.


Si cacing menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya”..


P/S : Masya Allah…. Tengok betapa rendahnya martabat kita sebagai manusia tatkala tidak memili iman yang sempurna dan tidak beramal soleh… Huhuhu…


12 comments:

QERY HASAN said...

Masya Allah... Saya takut bila baca entry ini... Bulu roma saya meremang.. macamanakah keadaan saya di sana nanti? T__T

Anonymous said...

semalam saya baca sal kejadian manusia pertama, Nabi Adam..
insafnya...

Kaseh said...

thanx for sharing...

Unknown said...

Sebagai khalifah di muka bumi ni, manusia ada tanggungjawab terhadap sesama makhluk dan juga kepada Pencipta. Sejauh mana tanggungjawab itu dijalankan, semuanya akan dihisab dan diberi ganjaran yang setimpal.

Nice share :)

Lelaki Ini said...

mari tingkatkan iman!

NooRuL AiN said...

ucapan terima kasih coz sudi tgk blog sayer n follow sx...seronok baca blog awang...harap2 byk lagi ilmu yang sayer leh dpt...

Awangku Johan said...

@@Wan Zulqhairi
alhamdulillah.. sntiasa byk fikirkan keadaan kita d sana.. so, perbanyakkan amal ibadat d dunia ini selagi nafas masih berhembus..

Awangku Johan said...

@@ciK ogGy bLue...
sntiasa melakukan taubat

Awangku Johan said...

@@Kaseh
welcome

Awangku Johan said...

@@ padlie
thanks ya

Awangku Johan said...

@@af3b_p!LaH
yup.. jom

Awangku Johan said...

@@ NooRuL AiN
trima kasih follow ya.. diharapkan stiap entri yng tersusun d blog ni dapat memberi manfaat buat Ain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...