"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, February 19, 2011

Buta Kerana Menangis Kepada Allah

Sekadar gambar hiasan

(Ihsan dari Mr.Google)


Saleh AL-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan solat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:

“Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Perlindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat.”

Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: “Wahai puan! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?”

“Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di neraka nanti.” Kata perempuan tua itu.

Saleh pun turut menangis kerana sangat terharu mendengar hujah wanita yang menggerunkan itu.

“Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.” Pinta perempuan itu.

Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:

“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.” (Al-An’am: 91)

“Wahai Saleh, siapakan yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?” Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.

Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus.

Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?”

Perempuan itu menjawab: “Sebaik saja rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nyadan berkata: Selamat datang wahai orang yang mati akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku.”

12 comments:

c-tea said...

thanks...entry ni sgt bagus...
sbb tu ct suka bace entri awk..

Eyrique Ettiqaz. said...

terasa ini ini begitu jauh drpdNYA sewaktu membaca naskhah ini kerana kealpaan diri..Namun aku tahu Engkau berada sentiasa dkt dgnku..10q for this good article.

Awangku Johan said...

@@c-tea
welcome.. trima kasih atas singgah dan baca blog saya ek..

Awangku Johan said...

@@Enrique Ettiqaz
Alhamdulillah.. diharapkan slps ni sntiasalah mendekatkan diri kepadanya.. amin

nurul ainul farhain said...

sgt2 tersentuh and insaf.hmm

ain revival said...

terasa diri ini sangat kerdil..Ya Allah~

Awangku Johan said...

@@nurul ainul farhain
harap2 dapat mndpt iktibar dr smua ini

Awangku Johan said...

@@ain revival
mudah2an dpt pgajaran dari entri ni

AZRUL AZMI said...

i wish to be like her... but sometimes it hard to do so...

i hope that i can make my way for the good future...

Alias said...

Subhanallah...tak termampu untuk dapatkannya..Semoga Allah merahmati dan memelihara kita sentiasa di dalam rahmatNya...
Saudara awang : Mohon di kongsi di blog dan fb yer...[tapi saya akan buat penambahan sikit pada artikel yg sesuai ]
terima kasih dan semoga Allah merahmati anda dan keluarga...

Alias said...

Subhanallah..Hebatnya kecintaan kepada Allah.Moga2 dapat diwarisi sifat itu kedalam diri.
Saudara awang:mohon di kongsi artikel tuan di blog saya atau di fb.[sedikit perubahan bg artikel yang sesuai]
terima kasih dan semoga anda dan keluarga dirahmati Allah...

Awangku Johan said...

@@Alias
d persilakan tuk d kongsi bersama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...