"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, December 28, 2010

Siput GEODUCK Rangsang Selera




Sekali imbas, ia kelihatan seperti alat kelamin lelaki. Sebenarnya ia adalah sejenis haiwan laut yang luar biasa. Ia dipanggil Geoduck atau saintifiknya, Panopea Generosa

Biasanya, siput Geoduck berukuran 15 sentimeter (5.9 inci) hingga 20 sen­timeter (7.9 inci) dan muncungnya boleh mencapai 1 meter (3.3 kaki) panjang. Berat siput ini boleh mencapai 15 pound (7.5 kg) sekiranya panjangnya mencapai 2 meter (6.5 kaki). Haiwan ini selalunya ditemui di kawasan terpencil dan cetek. Bagi masyarakat China, Jepun dan Barat, Geoduck dijadikan makanan pe­nam­bah kesihatan. Ia menjadi makanan ke­gemaran mereka yang berpendapatan tinggi.

Di restoran-restoran Cina dan Jepun, siput Geoduck ini dipamerkan di dalam ba­lang air bagi memberi peluang kepada penggemar makanan ini memilih sendiri saiz siput yang mereka suka. Selain dijadikan makanan di restoran, siput Geoduck juga diproses untuk dijadikan ubat. Ia dikeringkan sebelum dipotong halus dan disalut dengan herba-herba pilihan.

Seorang pemilik Restoran Makanan Laut Tsukiji di Tokyo, Jepun, Akishi Namamoto, 45, ramai pelanggannya terdiri daripada penggemar makanan siput Geoduck. “Makan ini berkhasiat walaupun ia mahal. Ramai yang gemar makanan ini kerana ia berperisa dan mampu memberi kekuatan ke atas seseorang,” ujarnya. Hampir 80% pelanggannya adalah penggemar makanan ini kerana ia sukar ditemui di restoran lain. Ia menjadikan Restoran Tsukiji menjadi tumpuan ramai.

Setiap siput Geoduck yang dipamerkan di dalam balang mempunyai pelekat harga dan nombor bagi membolehkan pengge­marnya memilih mengikut kemam­puan mereka.

“Saya gemar makan siput Geoduck kerana ia berkhasiat dan berperisa. Ia juga memberi kekuatan badan selain boleh memulihkan penyakit,” kata Katharen, 35, seorang pengunjung dari Amerika Syarikat yang bercuti di Jepun.

Tambahnya, amat sukar untuk men­dapatkan siput jenis ini kerana per­min­taannya agak terhak, malah sukar untuk menda­patkannya di restoran-restoran laut yang lain.

Geoduck hidup di dalam laut dan banyak ditemui di perairan Australia, New Zealand, China, Jepun dan beberapa negara yang mempunyai perairan luas.Haiwan ini adalah spesies siput yang mempunyai muncung panjang di hadapan. Ia dianggap haiwan atau siput pelik kerana bentuknya yang unik.

22 comments:

Jo Qusary said...

Siput yg memiliki paras rupa lucah.

Wana De'Amor said...

ergh!! geli nengoknyee!!!!

Ina Hashim said...

ewww....geli geleman le nak makan...siput mentarang tu pun x lalu..inikan pulak siput besar gini

Awangku Johan said...

@@Jo Qusary
hahahaaha.. best apa rupa dia.. hahaa.. aissshh jgn terbayang2 pulak yaa..

Awangku Johan said...

@@Wana De'Amor
aik geli tp tengok jg.. tu tgok x terkedip2 mata tu.. hehehe

Awangku Johan said...

@@Ina Hashim
hurmm siput sedut ok la.. bnda ni x penah makan ar.. adakah rasanya sesedap KFC, seenak nasi kerabu dan selazat McD??? huhuhu

cOnfuSeME said...

crius muntah hijau tgk nih....

Awangku Johan said...

@@cOnfuSeME
hahaha.. sian leh smpai muntah ijo.. kagumnya hehe

Jo Qusary said...

@Awangku Johan
haha... biasa je... kalo tgk pun takde rasa apa2.

Awangku Johan said...

@@Jo Qusary
hahaha.. lawak ar.. mmg x blh rasa pun. hehe

whitecappuccino said...

eeiii..gelinyer!! meremang bulu roma ku!

misz sheyla said...

ngaaa...geli lorh......eeeiiiii

owh..saya dah tag awk

http://miszsheyla.blogspot.com/2010/12/shaye-menang-award.html

Fiqas said...

geli la beb...tak selero den...:)

Awangku Johan said...

@@whitecappuccino
hahaa.. sis geli ke

Awangku Johan said...

@@misz sheyla
haha..
ok thanks ya tag saya

Awangku Johan said...

@@Fiqas
hahaaha.. bestkan..

whitecappuccino said...

haah..betul2 geli nengok rupa dia tu

Azyie said...

ngee~~geli2~~

Awangku Johan said...

@@whitecappuccino
hehehe.. geli sgt2 ke kak..
dah2.. dah x yah tgok

Awangku Johan said...

@@Azyie
geli kan.. hehe

eB@mamaAerish'n'Aed said...

oh tidak.... xslera >_<

Awangku Johan said...

@@eB@mamaAerish'n'Aed
hehehe.. mmg x myelerakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...