"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, December 21, 2010

Wajahmu itu bukan untuk dipertontonkan





Ini ada suatu kisah, tapi hanya kisah belak.. Seorang pemuda dalam pencarian, mencari pemilik rusuk kiringa. Sudah bertahun bersendirian kemudian muncullah calon yang entah ke berapa. Seperti biasa diusulkan kepada emak tersayang. Bukan calang-calang calon yang diusulkan. Lulusan Universiti Timur Tengah. Demi menghormati permintaan si anak yang mahu pendamping solehah. Sejuk mata memandang, bertudung labuh litup, pandai berbahasa Arab. Pendek kata tip top!!

Hampir berminggu si pemuda itu mulakan istikharahnya. Setelah meneliti gambar dan mula mencari maklumat sebelum sesi taaruf bermula. Si pemuda menjenguk ke web laman Friendster kegemaran ramai ketika itu. Satu keajaiban kerana si lelaki yang tidak pernah punya web sedemikian itu tiba-tiba tergamam. Si gadis masih anggun bertudung labuh litup. Namun, bergambar sakan. Aduh!!

Terkejut bukan kepalang. Calon solehah ditolak tanpa ihsan kerana gambar ditayang dengan penuh sakan. Pemilihan terbatal. Dia pernah berkata:

“Perempuan cantik itu tidak memandang dan tidak dipanda.

Perempuan cantik itu tidak mengenali dan tidak dikenali.

Perempuan cantik itu tidak menegur dan tidak ditegur.”

Akhirnya solehah kempunan calon soleh. Merayu untuk dipertimbangkan tapi sayang sekali si pemuda tetap tidak berganjak dengan keputusan beliau.

Wahai Muslimah

Mari mempelajari, mencontohi

Watak-watak wanita salafussoleh

Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu

Lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh

2 comments:

Magrib said...

kunjungan balas... follow anda juga..

Awangku Johan said...

@@Magrib
thanks yaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...