"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Thursday, December 23, 2010

Kitab Al-Quran di Tulis Guna 24 Liter Darah Saddam Hussein

MUKA surat al-Quran yang ditulis dengan darah Saddam Hussein.



BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini. Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya. Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.

Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun. Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi

14 comments:

.sweet-ants. said...

ha?? betul ke?

Rozuan Ismail said...

betol ke ni..kira dakwat tu dari darah Saddam la ye..boleh ke?al Quran pulak tuh

Kuman Chaos said...

camnbi pun masalah gak nih....
kuman "Tornado CHipping & Future.." Entry

Syed Hilmi Syed Yahya said...

jd,,,betul ar nie saddam memang permerintah yg jahat..??

wahida said...

thanks drop by my blog...saya dah follow awak...

Darkbatman said...

dasatnya.. siap gune darah..tah cmne rupe dia.

Awangku Johan said...

@@.sweet-ants.
wallahualam.. sy dpt pun dr Kosmo..

Awangku Johan said...

@@Rozuan Ismail
Wallahualam..

Awangku Johan said...

@@Kuman Chaos
a'ah

Awangku Johan said...

@@Syed Hilmi Syed Yahya
hanya yg kenal jak baru tau sapa sbnrnya Saddam Hussien... coz kbykkan media skrg ni mbuat liputan melebih2

Awangku Johan said...

@@wahida
thanks ya

Awangku Johan said...

@@Darkbatman
mmg dasat kan.. huhu.. ntah mcm tu la kot rupa dia

akmafaizal said...

kita hanya kenal Saddam dgn apa yg digembar gemburkan...padahal kita tak tau peribadinya mcm mana...huhu

Awangku Johan said...

@@akmafaizal
yup betul kata kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...