"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, December 11, 2010

REUNION JMK

Jwtnkuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, UPSI


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat rakan-rakan bloggers dan readers sekalian.. Di sini Ak nak citer pasal Reunion Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Indris (UPSI).. Reunion ini adalah tuk meraikan bekas-bekas pemimpin-pemimpin kolej kediaman Harun Aminurrashid, UPSI.

UPSI mempunyai 5 kolej kediaman iaitu Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Kolej Ungku Omar (KUO), Kolej Aminuddin Baki (KAB), Kolej Za’Ba (KZ) dan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK). Reunion ini akan berlangsung selama 2 hari pada 11 & 12 Dec 2010. Reunion ini telah dianjurkan oleh delegasi JMK batch ke-7 2010/2011.. Delegasi JMK 2010 ini telah menjemput ex-JMK dari batch ke-2 2004 hingga batch ke-6 2010. Program ini diberi nama “Sirih Pulang Ke Gagang”.

Huhuhu… Ak rasa sedih sebab tidak dapat menghadiri Reunion tersebut. Rindu rasanya nak berjumpa dengan rakan-rakan JMK dari batch 2004 – 2010. Apa boleh buat, Awang dah berada di Sabah dan jauh nak menghadiri ke reunion tersebut. Harap-harap reunion itu berlangsung dengan lancarnya.

Arrrgghhhh… Ak rindu nak berjumpa dengan korang semua. Huhuhu.. Coz terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang kita lalui bersama semenjak bergelar pemimpin kolej. Pelbagai halangan yang kita harungi tidak kira halangan itu susah, kita harunginya jugak… Pelbagai karenah yang dapat dilihat semasa bekerjasama merancang program, dari sekecil-kecil program hinggalah program yang besar serta merancang lawatan ke luar negara…

Ak juga rindu dengan partnerku di Biro Kesenian, Kebudayaan dan Keraian iaitu Rijaludin dan Lydiawati.. Huhuhu, semasa kita berada di JMK ini kita sentiasa bekerjasama tuk merancang program aktiviti kesenian, kebudayaan dan keraian tuk kolej kesayangan kita Kolej Harun Aminurrashid. Rijal thank ya coz kamu sanggup ke airport tuk berjumpaku semasa aku nak meninggalkan bumi Semenanjung.. Huhuhu.. Rindu korang…

Arrggghhhh… Ak amat rindu nak melihat gelak tawa bersama, bergurau senda bersama menangis bersama, kepenatan bersama, bersusah payah bersama, kelaparan bersama, dan bermacam-macam lagi yang kita lakukannya bersama… AK dah anggap kita 30 orang di dalam JMK sebagai “1 keluarga”..

Insyaallah…. Diharap ukhuwah yang telah terjalin ini tidak putus di sini sahaja.. Diharapkan ukhuwah ini berkekalan sehingga roh berpisah dari jasadnya. AMIN….

Insyaallah… Reunion tahun depan Ak akan menghadirinya……. So, turn sapa lepas ni nak plan Reunion kat mana….???? Cherating ke, Langkawi ke, Indonesia ka, Beijing ka???.. Plan tau.. Tapi, Ak nk join lawatan ilmiah Sasigaran p Korea.. Hehehe..


Pic-Pic Kenangan Semasa jd JMK KHAR

Pulau Samosir Danau Toba, Medan Indonesia

Lawatan di Universitas Negeri Medan, Indonesia

Lawatan di Universitas Islam Sumatera Utara (UISU), Indonesia

Malam Anugerah Kolej-Kolej Kediaman UPSI

Majlis Timbang Tara di Pulau Pangkor

Ekspedisi ke Maxwell Hill

Kad raya kita orang Hehehe.....

Kursus Kepimpinan JMK & MPP 07/08 di Sungai Siput

12 comments:

Alisya said...

Salam kenal..seronok duk kt KHAR..

mia said...

ehem abg ak, mia baru balik ni..akehkehkee...the best laa

Awangku Johan said...

@@Alisya
Yup, mmg sronok duduk kat Khar.. smua kemudahan lgkap.. ada wifi lagi..

Awangku Johan said...

@@Mia
ya ka best.. huhu

9W2URY said...

perkhh... tentu best, teringin jga nak jumpa teman lama, teman2 yg pernah ku skat dulu...nak mohon ampun.

apa pun tahniah kerna berjaya adakan reunion ni... Arap x terputus hubungan antara kalian semua.

Awangku Johan said...

@@9W2URY
yup.. msti best klu dah berkumpul dgn rakan2 seperjuangan.. Tp sy x dpt join huhuh.. coz jauh sgt.. g pun blm ada aset g.. Bln 1 ni baru start dlm dunia pekerjaan.. Insyaallah thn dpn cnfirm p sana..

thanks yaaa....

Sasigaran said...

sedey gak u xde tp nak bt mcm mne... its ok next u can join yes... if u ada klapangan dan ongkosnya blh je ikut uppi n i ke korea... hehhe

Awangku Johan said...

@@Sasigaran
huhu.. apa nk buat sasi.. dah rezki AK dpt posting d Sabah.. klu dpt posting kat Perak aritu cnfirm AK p prgram tu...
Insyaallah.. klu ada masa dan kelapangan serta kewangan AK join program ilmiah kamu p KOREA... hehehe
Takpun u la support...

azwa_amani said...

sabar yer ak........nnti insyaAllah, sidang hadapan akan buat lagi.. :)

Awangku Johan said...

@@azwa_amani
Iyaa... klu xda aral melintang thn dpn leh join hehe

Pemuda@gamA said...

Ukhuwah hingga ke syurga...

Awangku Johan said...

@@Pemuda@gamA
Yup rijal.. ukhuwah kita hingga ke syurga.. g pun Ak dah anggap kau dan yang lain2 macam kuarga dan adik bradik Ak.. Huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...