"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, December 29, 2010

Petua Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.


Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.


Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


Baca ayat 35 hingga 38
surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


Setelah solat subuh, bacalah
surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.


Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.


Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.


Amalkan solat tahajud.


Sentiasa tenang dan bersikap positif.


Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.


Maafkan semua orang sebelum tidur.



18 comments:

miss fatihah said...

bgus tips ni :)

Awangku Johan said...

@@miss fatihah
thanks yaa.. amik n amalkan

Nurul Suraya said...

Thanks share...amalan yang baik ni ^_^

Ujang9897 said...

good info..

bro kau di tag..hee

http://azfar9897.blogspot.com/2010/12/contest-gambar-menarik-2010.html

nama.aku.lynn said...

thanks for sharing..nice2..

Kuman Chaos said...

bernas nih.. nak kena cuba amalkan...
kuman "Tornado Decal WIP." Entry

... said...

as salam..
syukran.entri yang menarik :)

Awangku Johan said...

@@Nurul Suraya
welcome..

Awangku Johan said...

@@Ujang9897
ok thanks ya Ujang

Awangku Johan said...

@@nama.aku.lynn
welcome

Awangku Johan said...

@@Kuman Chaos
yup amalkan jer

Afizz said...

Wah...bagusnya tips ni. Kalau amalkan setiap hari , InsyaAllah mesti kekal muda. :)

Semarak Api said...

wahh..petua yg baek nih.tenkiu..
sy da lm da folo..da lm da letak blog ni kt list link.hehehe..

Awangku Johan said...

@@...said...
thanks ya

Awangku Johan said...

@@Afizz
insyaallah amalkan yaa

Awangku Johan said...

@@Semarak Api
thanks yaa..
ooo ya ka.. thanks skali lg

Papa Mifz said...

petua berguna nih...akan cuba di aplikasikan..:)

Awangku Johan said...

@@Papa Mifz
yup cuba jgn x cuba...
x salah kita mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...