"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Monday, December 13, 2010

Hikmah Berkhatan

Ihsan dr Mr.Google



MUSIM cuti panjang persekolahan setiap penghujung tahun, membuatkan ramai ibu bapa Islam di negara ini mengambil kesempatan membawa anak lelaki mereka berkhatan. Ramai yang mengambil kesempatan itu bagi mengikut sunnah Rasulullah SAW kerana berkhatan bagi lelaki mampu mengatasi kesulitan daripada najis yang sukar dibersihkan.


Kesempatan musim cuti sekolah itu diambil kerana peringkat usia yang afdal adalah ketika masih kanak-kanak iaitu sebelum akil baligh dan lebih elok jika bayi terus dikhatan selepas dilahirkan dan ini lazim dilakukan oleh orang Arab kerana memudahkan urusan sembahyang bagi ibu bapa.


Meskipun kebanyakan ulama menyatakan berkhatan adalah wajib ketika seseorang anak itu hampir baligh, namun masa paling afdal ialah pada hari pertama kelahiran. Hal ini berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Jabir katanya, bahawa Rasulullah SAW mengkhatankan al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh selepas kelahiran mereka.


Kewajipan berkhatan juga berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang baru memeluk Islam yang bermaksud: “Bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah.” Selain itu, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas katanya, “Seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya juga tidak boleh dimakan.” Setiap amalan yang disyariatkan Allah SWT mempunyai hikmah dan kelebihannya. Amalan berkhatan mempunyai faedah pada aspek kesihatan.


Kini berkhatan untuk lelaki bukan saja untuk tujuan keagamaan. Ia amalan yang dikenal pasti ada banyak manfaat. Baru-baru ini, seorang pakar daripada Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata lelaki berkhatan terhindar daripada jangkitan HIV/ AIDS berbanding lelaki yang tidak berkhatan.


Ini mungkin kerana kulit penghujung alat kelamin lelaki berkhatan lebih tebal dan kebal berbanding lelaki tidak berkhatan, yang mana kemungkinan kulit melecet tinggi dan lebih ketara apabila pembukaan kulop penghujung alat sulit itu tercedera apabila ia tertarik.



20 comments:

apish_hc said...

bro sudah berkhatan lom ? lao lom leh join skali... huhu...
*joke

Awangku Johan said...

@@apish_hc
haiyoyooo.. sy dah lama berkhatan.. Hahaha...
kalau nk berkhatan lg skali.. nk buang yg mana?? hahahaha

Peminat Katie Holmes said...

gua 5 tahun dah sunat. awal tak?

Awangku Johan said...

@@Peminat Katie Holmes
Fuyooo awalnya.. hehe

MIMIE AIZA said...

byk jugak info pasal islam dekat blog ni eh

:)

Awangku Johan said...

@@MIMIE AIZA
tuk sharing sesama umat

Rozuan Ismail said...

huhu..teringat zaman khatan dulu2..hehe..x nangis taw..berani x?

mekygearhead said...

sakit mase enjet...pergh sunat memang x sakit..tapi enjet sakittt

wida said...

salam perkenalan.tq sudi singgah blog saya..

Ainismaira said...

org bukan islam pn dah ramai yg bsunat skrg ni.. :) tq sharing

Wahidah said...

salam ziarah...nice entry...byk entry wat renungan bersama..good job..:)

Faarihin said...

musim masuk jawi ni.. :]

azwa_amani said...

awin ske header ak tuuuuuuuu....... :)

Awangku Johan said...

@@Rozuan Ismail
oooh ya ke x nangis.. baguih n0o.. hehe

Awangku Johan said...

@@mekygearhead
a'ah masa enjik tu yg sakit kan.. kan.. kan.. hehe

Awangku Johan said...

@@wida
ok.. salam perkenalan

Awangku Johan said...

@@Ainismaira
yup betul tu.. bersunat ni sbnrnya baik tuk kesihatan...

Awangku Johan said...

@@Wahidah
Awang nak ajak2 blogger2 sekalian tuk merenung bersama2 pgajaran dan pedoman yang Awang bubuh dalam stiap en3...

Awangku Johan said...

@@Faarihin
hahaha.. masuk jawi.. awat.. x masuk g ker?? hehee

Awangku Johan said...

@@azwa_amani
Thanks ya awin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...