"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, December 21, 2010

Salji Ganjil di Australia



GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung diselubungi salji di Mt. Hotham, Australia semalam.



SYDNEY - Salji muncul buat kali pertama di Australia semalam dalam bulan Disember yang pada kebiasaannya mengalami cuaca panas.

Beberapa tempat di negeri-negeri pantai timur seperti New South Wales dan Victoria diselubungi salji yang menyebabkan beberapa resort ski yang sebahagiannya bebas salji dalam bulan ini dipenuhi dengan salji setebal 10 sentimeter.

"Ia putih, semuanya putih," kata Pengurus Besar Hotel Kosciuszko, Michelle Lovius di Charlotte Pass.

Beliau berkata, pada kebiasaannya, jumlah salji itu adalah sesuatu yang luar biasa pada awal Disember.

"Kami berharap ia akan kekal selama lima hari lagi dan kami akan meraikan Krismas dalam suasana bersalji," katanya.

Di negeri Victoria, kawasan Mt. Hotman diselubungi salji setebal 10 sentimeter kelmarin manakala di Mt. Buller salji setebal sehingga lima sentimeter. - AFP

13 comments:

Syed Hilmi Syed Yahya said...

salji2,,,,!! bile ar nk dpt sentuh salji nie...hehe

Anis izyan Abd Rahman said...

kenape tak turun kat mesiaaa je salji tuh
isk

Awangku Johan said...

@@Syed Hilmi Syed Yahya
Hahaha.. moh p wat sndiri ais kepal pastu p wat salji.. hehe

Awangku Johan said...

@@Anis izyan Abd Rahman
Mustahil tuk turun d Malaysia yg mempunyai Iklim Khatulistiwa dan terletak d garis Lintang Khatulistiwa yg menerima hujan, panas dan lembap spjg thn..

SweetSyaza said...

cubalah kat malaysia ni ada salji...
ni asyik kena g genting je baru dpt rasa salji...tak best

Awangku Johan said...

@@SweetSyaza
hahahaa.. mustahil la malaysia nk bersalji.. kan malaysia ni d kawasan iklim panas khatulistiwa

shichi_iza said...

cuaca pon dah x betul skrg... huhu

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
hahaha.. klu nk tau kat Gunung Kinabalu kadang akan menerima hujan ais (iaitu ketulan2 ais kat atas puncaknya)

shichi_iza said...

ye ke????? mesti sejuk kat atas 2.... dah pegi panjat gunung kinabalu? sy baru nak pg ngan classmate sem ni.... huhu

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
ahahaha.. blm mndaki lagi

shichi_iza said...

xapa2, 1 hari nti mesti dpt daki 2.... hehehe

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
Insyaallah

shichi_iza said...

amin.... haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...