"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Thursday, December 16, 2010

Kekalkan Amalan Gotong-Royong



Inilah aktiviti hari ini di rumah saya..



Hari ini rumah saya meriah sangat-sangat.. Kedatangan jiran-jiran tetangga, sanak-saudara serta sepupu-sepapat telah memeriahkan suasana rumah saya.. Kalau nak tahu mereka semua datang untuk bergotong-royong untuk persiapan perkahwinan adik saya pada ahad ini 19 December 2010..

Hahahaha… gelak tawa, latah-melatah, gurau-senda semuanya ada.. Yang paling bestnya Mak Long saya kuat melatah.. Hahahaha… Macam-macam dia sebut kalau terkejut.. Hehe.. Anak-anak saudaranya selalu mengacau serta mencuit Mak Long, sebab tu kluar latah yang panjang.. Kalau melatah yang baik tak pa la.. ini benda-benda yang tak sepatutnya keluar dari mulut Mak Long saya.. Hehehe.. Faham-faham lerrr…

Dari awal pagi sehingga petang mereka semua berkampung di rumah saya.. bestnya hehehe… Gelak-gelak jak saya tengok gelagat mereka.. Hahaha.. Hari ni mereka semua memilih-milih beras..

Inilah yang kita nak iaitu gotong-royong tuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara jiran tetangga… Paza zaman sekarang ini sifat ‘gotong-royong’ dah makin di telan zaman.. Huhuhu.. Kalau majlis kahwin ramai yang suka buat kat dewan, catering yang masak dan lain-lain lagi.. Tapi, saya bersyukur sebab kat kampung saya masih lagi mengamalkan adat-adat ketimuran ini.. Alhamdulillahhh…..

Moga amalan gotong-royong di kampung saya ini berkekalan.. Amin

10 comments:

Alina said...

Memang seronok bila sekali kala ada kemeriahan dlm acara2 seperti itu ..suasana gotong royong kat kg.mmg lebih erat dibandingkan dgn kita yg tinggal di bandar...sepatutnya x dikg.ataupun bandar..suasana spt ini tetap wujud klw kita sedar erti gotong royong.

Awangku Johan said...

@@Alina
betul kata kamu.. Melalui aktiviti gotong-royong ini mybbkan kita semua lbh mnjadi erat..

azwa_amani said...

bestnyerrrr..nak ke menumbok...

Awangku Johan said...

@@azwa_amani
hurmm.. moh ler pulun p sini.. hehe

shichi_iza said...

adeh.... cian la kat maci yang latah 2 penat..... :)

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
makcik latah tu la mak long saya hehe.. kuat tul melatah.. rata2 makcik2 yg datang tu melatah.. kalau dh ada yg cucuk sana cucuk sini.. haaa start la sudah adegan lakonan latah yg hebat hehehee

shichi_iza said...

hehehehe.... wah, beruntung mak long 2 dapat anak buah yang suka buat dia latah..... :) tapi, best juga tengok orang latah, ada maci yg tinggal kat sebelah sy pon latah juga.... n ayat yg slalu dia kata "kadir atas bukit".... hehehehe

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
haha... sian kat mak long.. slalu d permainkan oleh anak2 buah dia.. hehe.. jadi bahan hiburan... haaa.. tu latah yg ok.. mak long saya ni.. perkataan yg kotor2 dia sebut.. haha lawak2.. p**i hitam la apa la.. disebut.. hahaa

shichi_iza said...

haha.... adeh, macam 2 plak... ala, malu la mak long 2..... :) tapi ok lagi 2 dari yang melatah pastu pukul orang.... tapi tetap juga d permainkan orang. orang kata penyeri majlis.... hehehe

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
haha.. mmg pyeri majlis pun.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...