"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, December 25, 2010

Nikah Tutup Aurat, Sanding Buka Aurat

ihsan drp Mr.Google

Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.

Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna. Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.

Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.

Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu. Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.

Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.

Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah mahram kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan mahram juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.

Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula? Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan mahram ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?

Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.

Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan mahram setiap masa dan tidak kira di mana-mana.

Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.

Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan mahram berkongsi melihat aurat isterimu.

21 comments:

Eda said...

setuju tu...tak kurang juga yang mengatakan..

"waktu nikah nak pakai tudung, nanti dah tua takde la segan nak tunjuk kat anak2"..

mentaliti manusia zaman sekarang..bukan sebab tuntutan agama yang dipertahankan...

semoga Iman di hati sentiasa teguh...amin..

+qAsiH naDiRa+ said...

cume ada segelintir masyarakat je yang masih tidak ambil berat tentang masalah ni.nice info for sharing~
n__n

Omu Rice said...

yup setuju...ade kawan omu pakai tudung masa nak konvo sbb long term punya gambar...hoho...pelik tol lah...kalau bab yg kawen2 ni memanglah tengok sendirilah artis pun macam tu...

Wan Jun Smile said...

kdg2 kesian tgk... moga kita terpelihara dr melakukannya..
pelihara akhlak, hiasi iman.. =)

Ujang9897 said...

tau takper..mcm2 org sekarang nie

Wan Jun Smile said...

kdg2 kesian tgk... moga kita terpelihara dr melakukannya..
pelihara akhlak, hiasi iman.. =)

Awangku Johan said...

@@Eda
betul tu.. skrg ni mrk lebih pentingkan penampilan drp pentingkan tuntutan agama.. biarpun dosa dan pahala kita masing2 punya.. tp x salah kan kalau kita sntiasa ingat-mengingati

Awangku Johan said...

@@+qAsiH naDiRa+
yup.. so kita kena sebarkan dakwah ni

Awangku Johan said...

@@Omu Rice
hhuhuhu.. kecewanya kita dgr...

apatah lagi artis.. ada yg mgatakan salah kah saya buka tudung?? salah tu mmg x salah bg dirimu coz hak artis tu kan.. tapi ia tetap salah d sisi Allah.. so, dlm kubur nti jawab la...

Awangku Johan said...

@@Wan Jun Smile
yup, doakan tuk kita semua terhindar drp bala dan dosa yang tempias kat kita.. huhu

Awangku Johan said...

@@Ujang9897
terlalu fikirkan duniawi..
terlalu pentingkan penampilan
shinggakan melupakan tuntutan agama

Syed Hilmi Syed Yahya said...

sekarang kebanyakan org pkai tudung just sebagai syarat,bkn sebagai tuntutan....

husna said...

betol tuh. zaman sekarang mmg macam ni. huhu.
btw, bes la background music blog ni. sayu je. lagu pe ye?

nurul fiyda said...

hai... fiyda dah follow blog awak.. thanks sudi follow fiyda.. :)

Awangku Johan said...

@@Syed Hilmi Syed Yahya
a'ah betul tu just syarat jak..
padahal cara pemakaian tudung pun ada yang x betul

Laksamana Omar said...

kiamat dah dekat..ish ish ish..

noreed said...

bila nikah bertudung litup, tapi bila bersanding ber'gaun' bagai, bersanggul tinggi...macam mn tu?

Awangku Johan said...

@@husna
kembali kepada zaman2 jahil dlu.. huhu
oohhh thanks.. judul lagu ni adalah DOAKU... slalu akhil hayy nyanyi tp asal lagu ni dr seberang rasanya

Awangku Johan said...

@@nurul fiyda
thanks ya nf

Awangku Johan said...

@@Laksamana Omar
huhu.. seram dgr.. tp itulah tanda2nya

Awangku Johan said...

@@noreed
hurmm tu la pasal.. x mgikut tuntutan agama.. tudung tu mcm just syarat jak huhuhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...