"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, December 7, 2010

Peminta Sedekah & 3 Orang Ustaz


Sewaktu mereka sedang menunggu minuman dan makanan ustaz mohamad,ustaz nik, dan ustaz irfan di datangi seorang peminta sedekah dalam keadaan yang kusut masai dan nampak cengkong macam kelaparan.Ustaz nik berkata kepada peminta sedekah itu, jangan minta sedekah nanti mati muka kamu tinggal tulang,tapi ustaz mohamad hanya tersenyum saja kepada pemuda tersebut peminta sedekah itu beralih kepada ustaz irfan dan ustaz irfan memberi dua ringgit, kemudian peminta sedekah itupun berlalu pergi.

=======MEREKA MEMULAKAN PERBUALAN======



USTAZ NIK: kenapa anta beri wang kepadanya?


USTAZ IRFAN : ana kasihan tengok dia macam tak makan, lapar nampak? kenapa tak beri dia wang ustaz nik? 20 sen pun jadilah...


USTAZ NIK : ana beri nasihat saja mudah-mudahan dia mendapat taufik dan hidayah sebab kalau beri dia wang takut kalau dia beli arak atau dadah kita dikira bersubahat..


USTAZ IRFAN : oh.. tapi ana niat kalau dia lapar dia dapat makan dia dapat berfikir dengan waras...


USTAZ NIK : ha! anta pula kenapa anta tak beri wang atau nasihat sekalipun ustaz mohamad?


USTAZ IRFAN : kasihan peminta sedekah tadi anta hanya tersenyum saja kepadanya? tak baik begitu...


USTAZ MOHAMAD : eh! kalian jangan salah sangka ana beri juga tadi,walaupun bukan sedekah nasihat atau sedekah wang anta sedekahkan senyuman? bukankah senyum itu sedekah juga?


USTAZ IRFAN dan USTAZ NIK : huh???????????



P/S=huh! pandai betol ustaz mohamad? hahaha kalau aku jumpa peminta sedekah aku tak sedekahkan nasihat,duit atau senyum aku sedekah doa semoga orang yang lalu nanti ada yang bersimpati dengan nasib dorang.... ha! korang plak kalau jumpa peminta sedekah korang nak buat macam ustaz yang mana???hehe

8 comments:

9W2URY said...

cikgu, nak sedekah kan doa agar orang lain simpati kat peminta sedekah bahaya skit cikgu.... skrang ni ramai peminta sedekah palsu.
Saya nak doa agar dia tak minat sedekah lagi....

Darkbatman said...

btol gak 2.. senyuman 2 sedekah gak..hee

ijatnuar87 said...

aduhai...persimpangan yang amat sukar utk diplih,setiapnya ada kebaikan dan kelemahan,kan bagus kalu kiter boleh melalui ketiga2 persimpangan tu...

Awangku Johan said...

@@9W2URY
yup, jom kita doakan agar mereka x minta sedekah lg

Awangku Johan said...

@@Darkbatman
yup, senyum tu diklasifikasikan sbagai sedekkah jg

Awangku Johan said...

@@ijatnuar87
yup betui tu...

shichi_iza said...

buat 3 3 skali.... sebab peminta sedekah skrg bnyak jenis.... :)

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...