Pertama, cinta kepada keindahan yang mampu dijangkau oleh pancaindera – bau, rasa, penglihatan, sentuhan dan pendengaran. Kedua, cinta kepada keindahan yang hanya dapat dijangkau oleh hati.
Cinta yang pertama adalah cinta ‘kelas bawah’ kerana ia dapat juga dijangkau oleh kanak-kanak dan haiwan, tetapi cinta kedua yang hanya dapat dijangkau oleh manusia yang mempunyai mata hati adalah cinta ‘kelas atas’. Mata hati dapat ‘melihat’ yang tersirat daripada yang tersurat, dapat melihat PEMBERI nikmat di sebalik nikmat dan dapat melihat rupa batin di sebalik rupa lahir.
Cinta ini adalah cinta tahap tinggi berbanding cinta yang pertama. Dengan cinta inilah seorang individu akan dapat mencintai Nabi Muhammad s.a.w., para Sahabat dan para ulama ul-amilin. Rijalullah (lelaki-lelaki ALLAH) ini dicintai bukan kerana wajah lahiriah mereka tetapi lebih kerana wajah batin mereka. Keindahan inilah yang menambat orang yang melihat mereka dengan ‘mata hati’, yang tertawan oleh ilmu, didikan dan akhlak mereka yang tinggi dan terpuji, bukan oleh wajah dan susuk tubuh mereka.
FirmanNYA: “Kamu hanya diberi ilmu sedikit sahaja.” (Al-Isra' 17:85)
Oleh yang demikian, semakin ketara keindahan yang bersumberkan daripada manusia dan segala isi alam, maka semakin terserlahlah sepatutnya PENCIPTA keindahan itu – ALLAH. Jika benarlah kita mencintai keindahan, maka kita pasti mencintai ALLAH. Percayalah, yang kita tuju apabila mencintai sesuatu, sebenarnya adalah ALLAH. Segala sesuatu itu sebenarnya hanya jalan untuk menyampaikan pada tujuan – yakni ALLAH.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “ALLAH itu indah, dan cinta pada keindahan.” (Riwayat Muslim)
SUMBER: Buku ‘Tentang CINTA’ karya Ustaz Pahrol Mohd. Juoi
4 comments:
dah baca buku tuuuu...best sgt,, :)
Allah suruh kita berjalan untuk melihat alam supaya bertambah iman kerana memikirkan keagungan-Nya
"dan orang-orang yang bertafakkur tentang kejadian alam dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan dia berkata: Tidaklah Allah jadikan ia sia-sia Maha Suci Allah maka selamatkanlah kami dari azab api neraka" - maksud al-Quran
@@azwa_amani
ya ka.. hehehe
@@cemomoi
Insyaallah, moga kita d permudahkan.. Diharap dpt berjalan tuk lihat alamNYA..
Post a Comment