"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, December 16, 2010

Cinta Kepada Sesuatu Yang Indah




Siapa tidak cinta kepada keindahan? Semua cinta pada yang indah. Cinta kepada keindahan itu terbahagi kepada dua.


Pertama, cinta kepada keindahan yang mampu dijangkau oleh pancaindera – bau, rasa, penglihatan, sentuhan dan pendengaran. Kedua, cinta kepada keindahan yang hanya dapat dijangkau oleh hati.


Cinta yang pertama adalah cinta ‘kelas bawah’ kerana ia dapat juga dijangkau oleh kanak-kanak dan haiwan, tetapi cinta kedua yang hanya dapat dijangkau oleh manusia yang mempunyai mata hati adalah cinta ‘kelas atas’. Mata hati dapat ‘melihat’ yang tersirat daripada yang tersurat, dapat melihat PEMBERI nikmat di sebalik nikmat dan dapat melihat rupa batin di sebalik rupa lahir.


Cinta ini adalah cinta tahap tinggi berbanding cinta yang pertama. Dengan cinta inilah seorang individu akan dapat mencintai Nabi Muhammad s.a.w., para Sahabat dan para ulama ul-amilin. Rijalullah (lelaki-lelaki ALLAH) ini dicintai bukan kerana wajah lahiriah mereka tetapi lebih kerana wajah batin mereka. Keindahan inilah yang menambat orang yang melihat mereka dengan ‘mata hati’, yang tertawan oleh ilmu, didikan dan akhlak mereka yang tinggi dan terpuji, bukan oleh wajah dan susuk tubuh mereka.


Namun mari fikirkan, apalah ilmu, didikan dan akhlak orang-orang yang hampir dengan ALLAH itu jika dibandingkan dengan ilmu, didikan dan sifat-sifat kebaikan yang ada pada ALLAH s.w.t.? Di sudut ilmu sahaja, bukankah ALLAH telah mengingatkan bahawa ilmu seluruh hamba-hambaNYA adalah sedikit berbanding ilmuNYA? Himpunan seluruh ilmu para sarjana dan ulama, hanyalah sekelumit debu saja jika dibandingkan dengan ilmu ALLAH.


FirmanNYA: “Kamu hanya diberi ilmu sedikit sahaja.” (Al-Isra' 17:85)


Oleh yang demikian, semakin ketara keindahan yang bersumberkan daripada manusia dan segala isi alam, maka semakin terserlahlah sepatutnya PENCIPTA keindahan itu – ALLAH. Jika benarlah kita mencintai keindahan, maka kita pasti mencintai ALLAH. Percayalah, yang kita tuju apabila mencintai sesuatu, sebenarnya adalah ALLAH. Segala sesuatu itu sebenarnya hanya jalan untuk menyampaikan pada tujuan – yakni ALLAH.


Sayangnya, ramai manusia hanya kagum dengan keindahan alam (yang memang indah), tetapi terlindung daripada ‘melihat’ keindahan ALLAH yang jauh lebih indah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “ALLAH itu indah, dan cinta pada keindahan.” (Riwayat Muslim)



SUMBER: Buku ‘Tentang CINTA’ karya Ustaz Pahrol Mohd. Juoi

4 comments:

azwa amani said...

dah baca buku tuuuu...best sgt,, :)

terokai seni said...

Allah suruh kita berjalan untuk melihat alam supaya bertambah iman kerana memikirkan keagungan-Nya

"dan orang-orang yang bertafakkur tentang kejadian alam dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan dia berkata: Tidaklah Allah jadikan ia sia-sia Maha Suci Allah maka selamatkanlah kami dari azab api neraka" - maksud al-Quran

Awangku Johan said...

@@azwa_amani
ya ka.. hehehe

Awangku Johan said...

@@cemomoi
Insyaallah, moga kita d permudahkan.. Diharap dpt berjalan tuk lihat alamNYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...