Sekali imbas, ia kelihatan seperti alat kelamin lelaki. Sebenarnya ia adalah sejenis haiwan laut yang luar biasa. Ia dipanggil Geoduck atau saintifiknya, Panopea Generosa
Biasanya, siput Geoduck berukuran 15 sentimeter (5.9 inci) hingga 20 sentimeter (7.9 inci) dan muncungnya boleh mencapai 1 meter (3.3 kaki) panjang. Berat siput ini boleh mencapai 15 pound (7.5 kg) sekiranya panjangnya mencapai 2 meter (6.5 kaki). Haiwan ini selalunya ditemui di kawasan terpencil dan cetek. Bagi masyarakat
Di restoran-restoran Cina dan Jepun, siput Geoduck ini dipamerkan di dalam balang air bagi memberi peluang kepada penggemar makanan ini memilih sendiri saiz siput yang mereka suka. Selain dijadikan makanan di restoran, siput Geoduck juga diproses untuk dijadikan ubat. Ia dikeringkan sebelum dipotong halus dan disalut dengan herba-herba pilihan.
Seorang pemilik Restoran Makanan Laut Tsukiji di Tokyo, Jepun, Akishi Namamoto, 45, ramai pelanggannya terdiri daripada penggemar makanan siput Geoduck. “Makan ini berkhasiat walaupun ia mahal. Ramai yang gemar makanan ini kerana ia berperisa dan mampu memberi kekuatan ke atas seseorang,” ujarnya. Hampir 80% pelanggannya adalah penggemar makanan ini kerana ia sukar ditemui di restoran lain. Ia menjadikan Restoran Tsukiji menjadi tumpuan ramai.
Setiap siput Geoduck yang dipamerkan di dalam balang mempunyai pelekat harga dan nombor bagi membolehkan penggemarnya memilih mengikut kemampuan mereka.
“Saya gemar makan siput Geoduck kerana ia berkhasiat dan berperisa. Ia juga memberi kekuatan badan selain boleh memulihkan penyakit,” kata Katharen, 35, seorang pengunjung dari Amerika Syarikat yang bercuti di Jepun.
Tambahnya, amat sukar untuk mendapatkan siput jenis ini kerana permintaannya agak terhak, malah sukar untuk mendapatkannya di restoran-restoran laut yang lain.
Geoduck hidup di dalam laut dan banyak ditemui di perairan Australia, New Zealand, China, Jepun dan beberapa negara yang mempunyai perairan luas.Haiwan ini adalah spesies siput yang mempunyai muncung panjang di hadapan. Ia dianggap haiwan atau siput pelik kerana bentuknya yang unik.
22 comments:
Siput yg memiliki paras rupa lucah.
ergh!! geli nengoknyee!!!!
ewww....geli geleman le nak makan...siput mentarang tu pun x lalu..inikan pulak siput besar gini
@@Jo Qusary
hahahaaha.. best apa rupa dia.. hahaa.. aissshh jgn terbayang2 pulak yaa..
@@Wana De'Amor
aik geli tp tengok jg.. tu tgok x terkedip2 mata tu.. hehehe
@@Ina Hashim
hurmm siput sedut ok la.. bnda ni x penah makan ar.. adakah rasanya sesedap KFC, seenak nasi kerabu dan selazat McD??? huhuhu
crius muntah hijau tgk nih....
@@cOnfuSeME
hahaha.. sian leh smpai muntah ijo.. kagumnya hehe
@Awangku Johan
haha... biasa je... kalo tgk pun takde rasa apa2.
@@Jo Qusary
hahaha.. lawak ar.. mmg x blh rasa pun. hehe
eeiii..gelinyer!! meremang bulu roma ku!
ngaaa...geli lorh......eeeiiiii
owh..saya dah tag awk
http://miszsheyla.blogspot.com/2010/12/shaye-menang-award.html
geli la beb...tak selero den...:)
@@whitecappuccino
hahaa.. sis geli ke
@@misz sheyla
haha..
ok thanks ya tag saya
@@Fiqas
hahaaha.. bestkan..
haah..betul2 geli nengok rupa dia tu
ngee~~geli2~~
@@whitecappuccino
hehehe.. geli sgt2 ke kak..
dah2.. dah x yah tgok
@@Azyie
geli kan.. hehe
oh tidak.... xslera >_<
@@eB@mamaAerish'n'Aed
hehehe.. mmg x myelerakan
Post a Comment