"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, December 1, 2010

Berdebar-debar tggu pgumuman Posting --> Hari Kedua Orientasi GSST


Salam semua… Citer ini kesinambungan dari Program Orientasi GSST Bil.5/2010..

Pada 24 Nov 2010 bersamaan hari Rabu..Sy dan rakan2 GSST yg lain mengikuti taklimat yang padat dari pagi hingga ke malam. Antaranya;-

- Taklimat Urusetia oleh Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)

- Taklimat Pengurusan Kurikulum

- Taklimat Perkhidmatan oleh Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (SKPP)

- Taklimat Tatatertib oleh Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (SKPP)

- Sesi Motivasi

- Penyerahan Surat Penempatan


Saya dan rakan-rakan lain bangun awal tuk solat Subuh dan sarapan pagi. Taklimat bermula dari jam 8 pagi shingga jam 4 petang. Semua taklimat adalah mengenai bakal guru-guru baru bermula dari pengurusan gaji sehingga aktiviti kurikulum dan perlantikan jawatan. Jam 4 petang adalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyerahan surat penempatan. Semua rakan-rakan GSST yang seramai 321 orang berdebar-debar menanti di manakah tempat kami berposting?? Huhuhu… Rata-ratanya tidak mahu di Pulau Banggi, Pulau Bum-Bum, Daerah Nabawan, Simpangan dan Terusan Sugut. Kenapakah dengan tempat-tempat ini??? Tempat-tempat ini adalah kawasan ulu pedalaman.. So, ramai yang tidak mahu di tempatkan di kawasan tersebut biarpun kawasan itu adalah P1, P2 atau P3… P1 adalah kawasan pdalaman yg akan dpt elaun Rm500, P2 Rm1000 manakala P3 adalah Rm1500.. Terdapat 2 kawasan P3 di Sabah iaitu Simpangan dan Terusan Sugut.. Sapa dapat kawasan ini beruntung. Hehehe dapat elaun tu Rm1500. Tapi, semasa diumumkan kawasan-kawasan tiada pun guru GSST dpt di P3.. Hehehe.. Kawan saya ada yang dapat di Pulau Banggi dan Pulau Bum-Bum, ada jugak yang dapat d Smk Ulu Sapi, daerah Telupid… Terima dengan hati yang terbuka… Semuanya dah kehendak darinya…


Setiap daerah disebut, sebanyak 24 PPD di tempatkan nama-nama GSST. Semuanya berterabur di pelusuk Sabah. Akhirnya, saya menantikan nama-nama saya di setiap daerah PPD.. Nama saya tercalon di PPD Kuala Penyu dan di tempatkan di SMK MENUMBOK… Ohhhh.. OMG, akhirnya saya di tempatkan di skolah lama saya dan kampung saya di Daerah Menumbok… Namaku di sebut 2kali menyebabkan rakan-rakan lain mencemburuiku pabila namaku di sebut 2 kali, rakan-rakan cemburu saya dapat penempatan mengajar di skolah sendiri… Aku terima jak dengan hati yang terbuka.. Mungkin ini dah kehendaknya tuk aku mengubah anak-anak di kampungku… Insyaallah.


Akhirnya majlis taklimat ini tamat pada jam 5.30 petang dan diumumkan juga aktiviti tuk malam dibatalkan… Yeaaahhhhh gembiranya kami.. So, saya dan member2 plan nk p tgok Wayang…. Dah pusat beli-belah sbelah hotel tu… Hehehehe

Semasa Taklimat sempat g amik2 pic

Candid kunun.. haha... Ni time wat soal slidik.

Ohh.. x sangka bdn aku dh bsr rupanya.. Yeah.. kena usaha lg

gmbar kenang2an sblm kami semua berpisah d plusuk Sabah. Ada member lain x join.. ntah depa p mana tah....

6 comments:

azwa_amani said...

perasan lah ak badan dah besar..x besar pun..hahahahaha...

adeyyyyyy..rindunyer tgok gambar ak..
bestnyer dapat posting skolah sendiri..huhu

selamat mnegajar yerrr..

note: kim salam kat member tau...ahaksss..:)..(men2 jak)

s1t1 2uL41k4 said...

wah.. nmpak macam seronok.. saya inteview GST awal november lepas. Mhungkin bulan ni kuar result. Tapi sekarang dah bekerja sebagai tutor di UM. Tapi kalau dapat tawaran GST nanti tak tau lah macam mana. tolak n terus jadi tutor. ada pandangan?

Awangku Johan said...

>>Awin
Eiiii ada org tu mncemburui bdn AK.. hahaha...

Rindu ke...? amik la pic AK sbagai tatapan muka desktop.. Heheehe..

Thanks..

>>s1t1 2uL41k4
yup, mmg sronok pd sidang taklimat ni. Ohh baru interview bln 11 tu. Hurm maybe result bln 12 ni or bln 1.. Yang jd Tutor kat UM tu mmg tetap atau smentara. Kalau smntara better u amik GST, coz time2 u mgajar jd guru leh jg cntinue study. Hurmmm tp ni pandangan saya. Coz, sbnrnya sy pun nk cntinue study terus, tp atas nasihat ibu bapa, rakan2 dan org2 tertentu saya kena cari paltform awal dlu tuk kekalkan posisi saya.. Bila dah berada d thp stabil, baru sy smbung study...

azwa_amani said...

huissshh tuk tatapan dekstop,,,huhuhu..xpelah ak..simpan dalam album cukup..

cikani said...

tahniah awangku=)
ingatkan dpt kt felda sahabat...
leh 'buli' junior hehehehe

Awangku Johan said...

>>Awin
haha... x sudi la tu

>>cikani
thanks ya
hurmm mmg nk kalau kat felda sahabat tu.. hurmm x tau pulak dpt skol sndiri blk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...