Ini adalah kesinambungan daripada entry sebelum ini.. Nampaknya ada rakan-rakan bloggers saya yang berketurunan
Sebelum mengulas tajuk ini, pernahkah anda terjumpa rakan atau saudara yang anda ketahui asal usul mereka suatu masa dulu tetapi terpisah beberapa tahun kemudian sebelum kembali terjumpa semula tetapi dengan nama lain? Selepas bertemu-balas, akhirnya anda pasti dia adalah orang yang sama.
Atau mungkinkah anda pernah diberitahu oleh mereka yang telah berumur menceritakan asal usul keturunan seseorang tapi enggan mengheboh-hoebohkan kerana bukan urusan peribadi mereka. “Buat apa mahu tahu hal orang?” adalah cakapan yang biasa kita dengar. Dalam masyarakat majmuk seperti
Pada zaman dahulu dan ada sehingga sekarang, dikekalkan keturunan seperti Megat, Puteri, Syed, Syarifah, Wan, Pangeran, Awang, Awangku, Dayang, Dayangku, Raden, dsbnya dikekalkan hingga keturununnya. Dalam masyarakat Cina juga ada yang masih mengekalkannya.
Mungkin ada sedikit kekeliruan pada gelaran nama Awang, Dayang, Awangku dan Dayangku. Pada asalnya Awang dan Dayang digunakan pada keturunan Kesultanan Brunei tetapi (kurang pasti bila mula) kemudiannya diperkenalkan Awangku dan Dayangku menggantikan Awang dan Dayang, yang mana Awang dan Dayang kemudiannya menjadi panggilan biasa seperti Encik dan Cik bagi masyarakat Brunei. Kepada mereka yang asalnya bergelar Awang dan Dayang daripada keturunan Kesultanan
Pernahkah anda terjumpa seseorang seperti berikut, contoh:
1) Seorang lelaki Cina berkahwin dengan seorang perempuan Kadazan. Kebiasaannya, anak mereka akan menggunakan nama Cina tetapi boleh bertukar menjadi nama Kadazan. Apakah motif disebaliknya?
2) Seorang lelaki Cina memeluk Islam dan menggunakan nama Melayu dengan “bin Abdullah” berkahwin dengan seorang perempuan Melayu. Anak mereka menggunakan nama Melayu tetapi cucu mereka menggunakan gelaran “Wan” di hadapan nama mereka. Adakah ini dibolehkan?
3) Seorang anak lelaki biasa diambil sebagai anak angkat oleh seorang Pangeran. Adakah anak lelaki tersebut layak menggunakan nama Pangeran di depan namanya dan seterusnya menamakan anak-anaknya berketurunan Pangeran?
4) Seorang keturunan yang diketahui berbangsa Dusun, setelah memeluk Islam menggunakan nama Melayu Islam tetapi cucu mereka dikatakan berketurunan bangsa
Sekarang ini pun ada juga diberitakan individu yang menggunakan gelaran Datuk atau Dato’ yang bukan dilantik oleh DYMM SPB YDP Agong, Sultan atau TYT demi untuk kepentingan sendiri. Kalau ini pun orang mahu tipu, gelaran keturunan pun orang lebih mahu.
Jika ada jabatan kerajaan seperti unit salasilah di jabatan sejarah, dan juga mungkin jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara atau Pesuruhjaya Sumpah, harus peka kepada penggunaan gelaran keturunan bangsa yang ingin diubah dalam Surat Lahir atau Surat Beranak.
Di negara barat, kelahiran individu direkodkan dan boleh diperolehi melalui internet. Maka terpulanglah kepada individu berkenaan untuk menjejak asal usul keturunan bangsa mereka. Di negara Cina juga terdapat ramai keluarga yang menggunakan gelaran keluarga untuk menggenali keturunan masing-masing.
Bagi yang berugama Islam, mengenali susur galur keluarga atau salasilah keluarga merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Sehubungan dengan ini, pelajaran anak-anak di sekolah telah pun diperkenalkan subjek seperti Kajian Tempatan agar pelajar diajar mencari untuk mengenali salasilah keluarga. Biasanya pada umur muda ini ketika datuk dan/atau nenek masing-masing masih ada (hidup), eloklah bertanya siapakah nama penuh ayah mereka, nama penuh ibu mereka dan seterusnya bertanya nama penuh moyang mereka jika masih ingat untuk kedua-dua pihak sebelah ayah dan sebelah ibu masing-masing.
Umumnya, seseorang akan mengingati nama sehingga datuk dan nenek mereka. Jika maklumat keluarga ini diperturunkan, bayangkan bahawa anda akan mengetahui keturunan anda sekurang-kurangnya sehingga empat (4) generasi sebelumnya iaitu ANDA bin/binti AYAH bin DATUK bin MOYANG bin ???. Jika setiap seorang mengetahui empat (4) generasi kebelakang, maka seorang anak akan mengetahui sekurang-kurangnya tujuh (7) generasi ke belakang.
Bayangkan jika keturunan anda direkodkan sebagai salasilah. Bagi yang beragama Islam, anda telah pun mengikuti sebahagian daripada sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Setiap seorang ada amanah tidak kira di mana peringkatnya. Jika wujud unit salasilah, harap dipastikan kesahihan keturunan bangsa individu berkenaan sebelum direkodkan. Anda akan dihisab dihari kemudian jika maklumat tersebut salah.
Bagi mereka yang sengaja meletakkan gelaran atau menukar nama untuk mencapai sesuatu kepentingan, sudahkah anda bersedia dihisab di hari kemudian?
P/s : Sampai sekarang saya berusaha untuk mencari Nasabku.. Saya ingin mengetahui saya ini dari keturunan
38 comments:
knk abang xda? hehe :P
teruskan usaha! :D
bukak je page ni..dgr lagu intro blog rase nak mengalir airmata....rase sebak kat hati...
leh kongsi x? nk buh kat blog jgk...kalao leh la..xleh xper..mekaseh...
@@TIA
hurmm
@@Wanie Azeera
thanks
@@su
yup lagu yg myentuh hati dan perasaan..
Tajuk lagu ni adalah DOAKU
dari Haddad Alwi
semoga anda berjaya menjejakinya :)
peningnya nak faham...bab2 kawen campur tu..
ehh ada sambungan entry lepas pla..
nda jua ku pandai banar bekurapak brunei,, mun dikit2 atu bulih tah.. HEHE..
fuh...nice post bro
dasyat nukilan cikgu upsi ni
Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!
PERSONAL BUDGET PLANNER Terbaik Pilihan Momoy
semoga bertemnu apa yang dicari...
amin.... =)
wah..bagus la..gud luck ye!
mekaseh :)
huhu..
wah,bgusnyer...perjuangan mencari keturunan...mmg bgus diperkenalkan sejak dari skolah rendah dlm kajian tempatan,tp silibus baru ni dah membuang subjek tu...ambe pom sekadar tau yang moyang sebelah ayah ambe berasal dari pedagang cina,sebab tu kiorg sedara mara ader rupa2 cina sikit....
nama ku pun dayang..
jadi orang automatik tau aku ni bangsa Brunei...hoho...:)
@@miss Fyqa
Terima kasih
@@Kamsiah
haha.. usah d peningkan..
@@ FarhaNezam
haha.. awu ada kesinambungan..
haa.. mun dikit2 bulih jua tu deh..
@@ .::: Princess MOMOY :::.
aisshh biasa2 jak la..
@@NURUL NADIAH MAMAT
trima kasih atas doanya
@@misyamissyou
terima kasih
@@ su
sama-sama
@@ijatnuar87
a'ah mo mncari susur galur keturunan.. Ohh ijat ada keturunan cina.. bestnya ada mix la ni hehe
@@dyg
mengkali jua ar..
owh..upenye background music ni lagu..sy ingt music je.mau carik!
sy pon tringin nk crik salasilah kluarga.blh ayh pon komplikated.ade siam.blh mak ade jawa.kalo btul2 dpt tau mst sronok kn...
besh tu besh,tp kadang2 tertnya2 gak...keturunan cina maner la ambe nih...nak tnya pom atuk nenek sumer dah xder...
anak jati ngri 9 punya suku2 tersendiri..
dan saya...bersuku acheh...tapi x pasti adakah nenek2 moyang terdhulu asalnya dari acheh...
bukan satu hal yg mudah nak mencri semula salasilah...
tapi kamu berani lakukan...
tereuskan usaha yea...^_^
nnt boleh kongsikan kat sini ok...
nak tanya...macam mana ye nak buat jenis tulisan macam dkat entri ni...
@@Semarak Api
Yup ini adalah musik Instrumental.. sebab tu saya suka coz tenang je mndengarnya.. kalau nk tdo sayu2 jer..
Usaha kan tuk mncari salasilah kuarga..
@@ ijatnuar87
tnya pakcik2 atau makcik2 ijat.. manalah tau mereka dapat tau citer sebenar salasilah kuarga ijat..
@@ Armiza
kita kena berani tuk mencari susur galur salasilah kuarga.. coz saya nak tau lebih lanjut sapa kuarga saya sebenarnya.. saya nk mengumpulkan semua kuarga.. Ohh mesti best sekiranya semuanya berkumpul.. saya idam2kan hari2 yang di nantikan itu..
Ohhh kalau kamu nk buat tulisan begini.. mula2 kamu kena wat atau rangka entry tersebut dalam Microsoft Word.. n then pilih tulisan dan Warna.. Saya suka tulisan Kristen ITC.. sebab tu tulisan blog saya jadi begini.. pilih mana2 tulisan yang kamu nak.. selepas dah pilih copy n paste je dalam new post.. Ok tu jer hehehe..
selamat mencuba yaaa
owhh...cam tu je rupanya...hehe...
aishh...x terpikir..haha..tenkiu2..=P
@@Armiza
a'ah macam tu la.. hehe
ok welcome
insyaallah...smoga kiter sma2 akan dapat mencari salasilah masing2...
@@ijatnuar87
insyaallah.. yup..
Just curious. Minta tolong nyatakan dalil hadis yang merujuk kepada sunnah tersebut.
@@Gen Fujita
Terima kasih.. Insyaallah saya cari.. Tetapi di sini ada satu hadis rasulullah iaitu diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya..
Maka di sini saya ingin mencari susur galur kekeluargaan ini tuk myambung kembali kekeluargaan yang telah lama terputus a.k.a tidak d ketahui..
assalamualaikum..
maaf saudara , secara kebetulan terbaca blog saudara apabila saya sendiri sedang melayari internet untuk mencari nasab keturunan.. bagi pengetahuan saudara, saya juga adalah keturunan sultan hashim iaitu sultan brunei yg ke 26, sultan hasyim ni mempunyai 20 orang anak , salah seorangnya moyang saya iaitu pengiran anak siti zubaidah, andai benar saudara adalah dr susur yg sama, eloklah memudahkan saya untuk mengumpul semula salahsilah keluarga kita, setakat ini , saya baru menemui waris 3 dr 20 anak sultan hashim. cuba tanyakan pada ibu saudara moyang saudara bernama apa // apa apa pertanyaan boleh hantar ke email tinta_ainna80@yahoo.com
Asalamualaikum dan selamat petang...saya ada berketurunan sultan brunai yang pertana ya itu sultan muhammad shah yang pertama... saya ingin mohon pendapat dari anda...sila beri saya pendapat bagaimana saya mencaru orang yang berketurunan sultan yang pertama sultan muhammad shah...asalamualaikum..
Post a Comment