"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, January 11, 2011

Berita Apakah Ini???


“Facebook baru.Kami akan menghantar mesej ini di sekitar untuk melihat apakah anggota aktif atau tidak. Jika anda aktif sila hantar ke minimal 15 pengguna lain menggunakan Copy + Paste untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. * Mereka yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan dihapuskan tanpa ragu-ragu untuk mencipta lebih banyak ruang .*Hantar mesej ini ke semua teman-teman anda dan untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif dan anda tidak akan dihapuskan.Pengasas Facebook,Mark Zuckerber­ ­g”­ ­

Berita apakah ini?????????????????

Tadi ada kazen aku hantar melalui chatting di Facebooking.. Huhuhu.. Aku kata apakah ini??? Huhuhu.. kazen aku pun x tau dia just hantar jer?? Aku benci tul berita macam ini.. Begitu juga dengan berita dalam SMS dan dalam email yang menyuruh kita menghantar ke 10 yang lain.. Katanya kalau tak hantar kita akan dapat bala laa, nasib buruk la, apa la, macam-macam laaaa.. Ini dipanggil sebagai mesej berangkai… Mustahil mereka mengatakan begitu.. Padahal dosa, pahala kita, amalan kita Allah yang tentukan… Sapa mereka nak menghukum kita dengan mesej sebegitu… Huhuhuhu..

Yang tak boleh blah ada satu mesej tu kata.. terdengar bunyi dentuman kuat kat Pahang kelmarin.. Padahal mesej tu 2 tahun lepas dah aku terima.. Awat pulak kata kemarin.. Ohhh dunia.. mesej tu hanya tuk menyesatkan kitaa.. So, buat rakan-rakan sekalian abaikan mesej sebegitu… Bukan mereka tentukan dosa, pahala, bala dan sebagainya.. Semuanya itu dah ditentukan di La Mahfuz… Huhuhu

Hurrmm macam-macam sekarang ini….

22 comments:

japierah said...

tuh lar..padahal isu mesej berantai nih pernah dibicarakan ustazah Mashitah dalam surat khabar dlu..
langkah terbaik, nasihatkan diowg..sebab Nabi kate 'sampaikan pesanku walau seayat'..takut bleyh menyebabkan owg terpesong, dy lebih pcaye mesej2 gitu daripada Pencipta, walhal Allah kate jadi maka jadilah..klu lar, terjadi pom khabar bek atau buruk selepas dy msj @xmsj, tuh semua hanya kebetulan..wallahualam..Allah lebih tahu

anamizu said...

aah betol3..cik ana pun slalu dpt msj2 cmtu..buat semak inbox je..hihhi

ijatnuar87 said...

hehehe...paling lawak skali,boleh plak mark tu cakap melayu,hehehe...tak pernah layan pom rantai2 ni sumer...serabut gak kadang2...

shichi_iza said...

laaaaa..... banyak bunyi la fb ni.... nak tutup 2 tutup je la.... saja je bg gempak nk tutup

selipar biru said...

benda2 gni mmg mengarut =.='

Penjejak Mimpi said...

Salam.

AK, sile jengah url kat bawah. Hampir same tapi tak serupe..

http://penjejak-mimpi.blogspot.com/2010/10/emel-dan-akidah.html

Awangku Johan said...

@@japierah
yup kita just bg nasihat kat mereka yg mghantar tu huhu

Awangku Johan said...

@@anamizu
huhhu.. saya selalu dapat msj berantai tu

Awangku Johan said...

@@ijatnuar87
ahahaha.. tu ada yg translate la tu

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
huhuhu.. maybe ada yang wat mesej palsu la tu

Awangku Johan said...

@@selipar biru
a'ah

Awangku Johan said...

@@Penjejak Mimpi
ok nti saya singgah blognya ya

eddy syrol said...

ala...toksah caye lah ni... propaganda je ni

Nadhirah-chan said...

tu la orang zaman sekarang suka sangat nak menilik msa depan . planet langgar bumi la apa la . tak fikir kuasa tuhan langsung .

cool boy said...

selamat malam

melawat rakan yang saya follow

Awangku Johan said...

@@eddy syrol
yup mmg propa punya berita

Awangku Johan said...

@@cool boy
slamat malam..
thanks ya melawat

Awangku Johan said...

@@Nadhirah-chan
hurmm manusia akhir zaman

NURUL NADIAH MAMAT said...

baru la faham......
abaikan.....ngeh3....

mia said...

cheh!..xde maknenye bang..abaikan aje..huhu..ni kire komen berantai la pulak ek..

Awangku Johan said...

@@NURUL NADIAH MAMAT
a'ah just abaikan jer

Awangku Johan said...

@@mia..
a'ah.. abg AK pun x percaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...