"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, January 29, 2011

Kehilangan Paling Terasa Dalam Hidupku - Contest Ady


Salam semua.. Tadi saya telah menerjah blog bro ini iaitu Ady Budika… Korang nak tau beliau ada wat GA sempena di bulan kelahirannya… So, dengan ini saya mengambil kesempatan tuk join sekaki segmen beliau.. Boleh kan Ady Budika… Ohh ya saya dah follow blog kamu..



Ok…. Alkisahnya begini.. Setiap orang mesti mempunyai pengalaman pahit yang tak terhingga iaitu pengalaman kehilangan… Kehilangan ini terlalu subjektif tuk kita rungkaikan maksudnya.. Sama ada kita kehilangan barang atau kehilangan orang tersayang… Saya ini selalu kehilangan barang tapi tak la memberi kesan yang mendalam dalam hidup.. Tapi, sekiranya saya kehilangan seorang yang disayangi dalam hidup kita memang akan memberi kesan yang mendalam.. betul tak???.. Sebenarnya, saya telah kehilangan orang yang amat saya sayangi dalam hidup saya sehinggakan akhirnya saya mendapat gelaran anak yatim.. huhuhu… Saya kehilangan seorang yang bermakna dalam hidup saya iaitu IBU….. Kehilangannnya memang membawa 1001 makna dalam hidupku… Pernah aku terfikir semasa kehilangan beliau pada 14.02.2001.. adakah aku dapat meneruskan hidupku tanpa ibu, adakah aku dapat menguruskan diriku tanpa ibu, adakah aku mati kelaparan tanpa ibu… Akhirnya aku buktikan bahawa aku boleh berdikari tanpa IBU… tapi kehilangannya memang membawa kesan dan satu noktah hitam di dalam hidupku… Huuhuhu.. kepergiannya 10 tahun yang lepas telah menyebabkan aku berusaha tuk belajar dan membuktikan kepada arwah IBU bahawa anak-anaknya boleh berjaya tanpa ada IBU… Akhirnya aku telah berjaya memasuki ke Menara Gading dengan memegang segulung ijazah… Tapi.. sewaktu konvokesyen aku memang terasa yg amat sangat.. Tiada ibu di sisi tuk bersama-sama gembira dengan kejayaan anaknya.. dan tiadalah kenangan bersama di dalam foto graduasi bersama ibu.. Huhuhu.. Apapun, hanya doa sahaja dapat ku bekalkan buatmu IBU.. moga kau damai di sana…. Tak tahu dapatkah kita akan berjumpa di dunia sanaaaa…. ?? Biarpun dunia kita dah berbeza tapi hubungan anak dan ibu tetap utuh.. Doa untukmu ibu sentiasa di dalam SUJUDKU……. Al-fatihah buat ibuku… Amin…

Sorry bro emo sikit.. coz teringatkan arwah ibu.. Huhu….

P/S : akhir sekali, nasihat dari saya.. Sentiasalah bertanya khabar ibu biar dalam beberapa minit sahaja… Janganlah anda menjadi anak derhaka.. NERAKA JAHANAM la bagi anak itu sekiranya derhaka dengan kedua ibubapanya.. Lebih-lebih lagi IBU….. Kasihlah ibu sehingga ke SYURGA…

14 comments:

AdyBudika said...

al fatihah..errr... sungguh menyentuh~~

shichi_iza said...

sy tiap2 miggu balik kg.... huhuhu
sebab waktu mereka bernyawa la kita yg ada kesempatan ni tunjukkan kasih sayang kan..... :)

AiDa AzRyN said...

i love my mum n dad.. hehe.. :)

♥cik fyza ♥ said...

tsentuh cik fyza bca~ insyallah~ ibu adalah sgalanya dan utama~ takziah yea~

ADfeez said...

nice story awang... alfatihah tuk ibu awk... semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yg baik2..:)

Wahidah said...

itulah harga yg sya kena byr bile berjauhan dr family..how i miss them

Awangku Johan said...

@@AdyBudika
thanks ady atas doanya.. huhu tu la kehilangan yg mggamit hati dan sanubari awang huhu

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
betul tu.. hargailah mereka smntara mereka masih idup

Awangku Johan said...

@@AiDa AzRyN
bagus.. beruntung aida masih ada kedua2nya.. kasihla mereka dengan seadanya..

Awangku Johan said...

@@♥cik fyza ♥
terima kasih ya cik fyza

Awangku Johan said...

@@ADfeez
trima kasih atas doanya ADfeez.. amin

Awangku Johan said...

@@Wahidah
a'ah betul tu

zubir othman said...

sedih membaca cerita anda..semoga anda tabah hadapi ujianNya....

Salam new blogger

jom singgah blog saya

http://zubir5588.blogspot.com
\segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...tq

Awangku Johan said...

@@ zubir othman
thanks ya.. kita sbagai makhluknya kena sntiasa tabah tuk hadapi segala ujian dan dugaanNYA...

salam perkenalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...