Hari ini saya dipelawa oleh seniorku di UPSI iaitu Abang Sudirman tuk join contest beliau… Kalau nak tau lebih lanjut sila layari Sudirman Abd Rahman
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama peredaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama IBU. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu, renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.
Semenjak aku menghirup udara segar di dunia ini semuanya adalah hasil daripada aku lahir dari perut ibu. Ibu adalah amat besar bagiku dan sentiasa bertakhta di hatiku. Hal ini kerana, ibu telah banyak bersusah payah dan sentiasa mengorbankan waktunya untuk memanusiakan anak-anaknya. Ibuku telah banyak berjasa di dalam keluargaku. Semasa aku masih kanak-kanak ibuku sentiasa membuat kuih setiap hari tuk dijual di setiap rumah di kampungku Menumbok. Penat lelahnya membuat kuih muih tuk menambahkan pendapatan agar dapat membantu keluarga kami. Gaji ayahku rasanya tidak cukup untuk menanggung kami adik beradik seramai 7 orang.. Manakala, dalam adik-beradikku ada 2 orang abang aku yang di boleh dipanggil “Orang Istimewa”.. Ibuku bersusah payah tuk memperdagangkan hasil jualannya agar kami sekeluarga dapat seperti apa orang lain dapat. Rasanya ibuku sentiasa penat memerah keringat dan meniti harinya dengan membuat kuih dan melayan karenah anak-anaknya. Jual kuih pun bukannya dapat banyak pendapatan pun!. Jual kuih pun ada jugak orang berhutang.. Huhuhu.. Orang yang berhutang itu tidak membayar.. Kekadang ibuku kata tak pa la.. Bayangkan tuk mencari modal pun susah, inikan pulak orang berhutang.. padahal benda tu boleh jadi darah daging kita.. Huhu.. sepatutnya kena la bayar.. Sedihnya aku pabila ada orang kampung tidak membayar hutang kuih ibuku.. Huhuhu.. Betapa penat lelahnya ibuku membuat kuih tapi orang kampung berhutang….. Kami semua adik-beradik pernah melalui menjual kuih, kecuali 2 orang abang aku yang istimewa.. Selagi kuih tak habis kita orang tidak akan pulang.. dan tak akan pegi skolah.. Huhuhu.. Sehingga kini aku masih teringat zaman kanak-kanak ku menjual kuih.. Aku amat merindui kuih ibu ku..
Tapiii… kini aku dah membesar dengan sihatnya.. baru bergraduat, dah ada kerja tetap. Tapi dah hampir 10 tahun aku tidak menatap wajah ibuku.. Kehidupanku dan kehidupan ibuku dah berbeza.. Kini dia sudah jauh dari hidupku.. Betul-betul amat jauh.. Kini aku bersendirian meniti hari-hari hidupku.. Kini aku belajar berdikari tanpa ibu.. Setiap tahun, dan setiap takbir akan kami kunjungi pusaranya.. Ibu… betapa rindunya aku terhadapmu.. Sehinggakan aku pernah termimpi kau di
Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.
khas buat ibu tersayang..al-fatihah buatmu.. Hanya doa dapat ku sampaikan buatmu di
Pic ku bersama keluarga & Ibu tiriku
Kenapa Aku sayang ibuku..?
Aku memang menyayangi ibuku, kerana beliau telah mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari.. ke hulu ke hilir dengan membawa aku bersama di dalam kandungan. Tapi ibuku tetap Tabah tuk menghadapinya… Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu tuk mengandung seorang anak yang begitu lama di dalam kandungan.. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu tuk menjaga dan mengajar anak-anaknya mengenai erti kehidupan.. Patutkah kita tidak menyayanginya??? Patutkah kita membiarkan dia keseorangan di rumah ketika dia berada di usia senja??? Patutkah kita menghantar mereka ke rumah orang-orang tua??? Ohhh.. amat kejam la anak itu pabila mereka mengecewakan ibunya.. Huhuhu
Bagiku azam dan impian tuk ibuku, aku tidak dapat laksanakan.. Sebab ibuku telah pergi dahulu sebelum melihatku berjaya.. Insyaallah ibu, anakmu akan sentiasa berusaha tuk menjadi orang yang berguna dan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di
Aku sebenarnya masa zaman kanak-kanak amat nakal.. Rasanya aku ini nakal, keras kepala dan pernah melawan kata ibuku.. Bagiku itulah yang menyebabkan aku menyakiti hatinya.. Oh ibu, aku ingin meminta maaf bagimu… Sekiranya kau mendengar di
Ibu, kau lah permaisuri di hatiku..
Akan ku kenang segala pengorbananmu Dunia dan Akhirat
Hanya linangan air mata dan doa ku bekalkan untukmu..
Damailah kau di
Insyaallah kita akan berjumpa di suatu tempat lain nanti..
Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak…
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu….
p/s ; To abg Sudirman …. Atas sebab-sebab tertentu.. AK x nak siarkan gambar ibuku.. Huhuhu.. Al-fatihah buat ibuku Dayangku Sauyah Binti Pengiran Md Yassin (1948 – 2001)… Kenangan terindah ketika bersama ibuku…
34 comments:
AlFatihah buat arwah ibu Awangku..sedih baca kisah ni :(
akak juga selalu tolong mak buat kuih untuk jual masa sekolah rendah sampai menengah..mak masih ada tapi ayah dah 7 tahun pergi..
emm..entri ni buat air mata menitis..emm..tahniah ye dapat jadi anak yg berjaya utk arwah..abg pun mcm tu jg..mak pergi awal...
@@whitecappuccino
thanks kak.. awang pun sedih time mngarang en3 tu..
sama la.. Awang dari skol rendah hingga menengah jual kuih.. shingga sekarang rindu dgn kuihnya.. huhu
Al-fatihah juga buat ayah akak
@@sudirman
Nampaknya kita senasib abg Sudir.. thniah juga buat abang dapat jadi anak yang berjaya tuk arwah mak abg.. Apa-apapun khidupan kita di dunia kena diteruskan.. Kita doakan sahaja mereka di sana agar sentiasa tenang dan aman.. pabila kita gembira di dunia mereka akan merasanya di sana.. Al-fatihah buat mereka
Al-Fatihah buat arwah..baca entri ni dgn music background ni, sayu je.. =(
al-Fatihah utk arwah ibu awang...man percaya yg kalau dia hidup lagi...mesti dia bangga dgn anak bujang dia ni...
@@cik ciput
Trima kasih yaa.. a'ah mmg sedih dgn background music blog saya ni.. kekadang mgalir jg air mata
@@man yuseof
trima kasih man.. a'ah, tp apa kandaya beliau dah prgi terlebih awal.. huhu
arwah ibumu tentu berbangga. al-fatihah buatnya di sana..amin
sedekahkan la al-fatihah tiap kali solat yg dh meningal, termasuklah mak ak... :)
Rasa tersentuh hati baca kisah ni. Al-fatihan utk. arwah. Syukur Alhamdulillah sy masih ada mak & ayah lg. Rasa insaf tiba2...Tq
al fatihah...
insyaAllah berkat doa anaknya,ibumu pasti tenang di sana...;)
aku menangis..!!! semoga ibumu damai di sana... aku rindu makku...!!
waaa..sedeyh nyer n3 neyh...tetibe teringat my mom kat rumah..huhuhu
all the best, memang ibu banyak berjasa untuk keluarga ianya diibaratkan emas, Berapa harga emas untuk 2011?
@@sweet-ants
trima kasih yaa atas doanya
@@shichi_iza
terima kasih.. insyaallah tidak d lupa al-fatihah selepas selesai solat
@@Amin @ Jimmie
terima kasih.. hargailah kedua-duanya smntara mereka masih ada d dunia ini..
@@~CiK TiNieY~
amin.. terima kasih
@@adan
kasih lah ibu mu yaaa.. insyaallah selamat dunia akhirat
@@babykristal
sentiasa lah call mereka.. saya tak da sapa lagi nak d call.. huhu.. hargai lah mereka yaaa
@@sharinginfoz
betul kata kamu.. ibu tu mmg byk berjasa dengan kita..
semoga ibu awang di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
Al Fatihah untuk ibu Awang. Sedih sgt baca kisah ni. Rasa rindu pulak kat mama atul.
@@shima
trima kasih atas doanya ya
aku sedih dh x dapat berdamping dengan beliau d saat2 aku meraikan kejayaanku.. huhu
@@rabiatul
Terima kasih atas doanya..
Atul kena ingat pgorbanan sorang ibu amat susah tuk kita bayar.. Apatah lagi pabila mereka sudah tiada.. macam awang.. so awang dahagakan kasih sayangnya.. Oleh itu, hargailah detik bersamanya selalu.. Telefon lah mereka selalu tuk bertanya khabar.... Jangan leka dengan hal dunia kerna ianya bersifat sementara.. abadikan diri kamu ke jalan yang diredhai.. Insyaallah
al-fatihah buat arwah ibu awang...sdih bce n3 nie...
@@amira
thanks atas doanya..
kita berhak tuk bersedih khas tuk ibu bapa kita.. so di harapkan amira jaga la ibubapa amira ek
Semoga Berjaya Untuk Contest Nie ^.~
Ak :( sedih akak baca entry2 nie...apa pun alfatihah utk arwah emak nyer..semoga arah ditempatkan bersama2 ngan org beriman n bertakwa
@@KyêrulL
thanks yaa..
@@aDisH.sHidA
it's ok kak.. kita berhak tuk bersedih bg perkara2 tertentu.. memang tak salah tuk bersedih pada kedua ibubapa kita.. Terima kasih kak atas doanya.. amin
slm bro..airmata tak sempat krg dtg sini bc n3 kite ngs lagi.al-fatihah itu arwah ibu.selalutgk drama je ksh2 mcm ni.tak lrt nk ngs lagi dah ni....
@@||aLeaSaRa||
waalaikumsalam..
Terima kasih tuk sama2 menangisi kepergian bonda ku 10 tahun yang lalu.. Kepergiannya adalah dsbbkan oleh insan2 yg telah mgunakan ilmu kotor mereka.. Sbb itu lah aku sedih.. AKu berdoa agar insan2 tersebut akan mndapat hidayah dari Allah agar mghentikan ilmu kotor nya itu.. Huhuhu.. Tapi.. aku sentiasa merinduinya. Dapatkah aku berjumpanya lagi di sana?? wallahualam.. Huhuhuhu
Post a Comment