Kisah di bawah merupakan kisah benar yang kami peroleh hasil temuramah bersama penghuni salah sebuah rumah perlindungan wanita Raudhatus Sakinah.
Siti (bukan nama sebenar) sudah pun bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran. Beliau memiliki diploma dari sebuah universiti tempatan.
Siti hanya pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam. Itulah sahaja aktiviti beliau seharian tanpa memikirkan pasal orang lain sehingga beliau mengetahui salah seorang kawan telah mempunyai teman lelaki. Beliau rasa amat iri hati dengan kawannya. Faktor kawan menyebabkan Siti terpedaya dengan fitnah dunia.
Peristiwa
Hidup Siti berubah selepas itu. Siti berkerja pada waktu siang, tetapi malamnya dihabiskan dengan keluar malam bersama Ali sehingga ditakdirkan beliau mengandung.
Pada ketika itu beliau berasa tidak tahu ingin membuat apa-apa. Ali berjanji untuk bertanggungjawab dengan perkara tersebut, namun hanya manis dengan kata-kata tetapi tidak indah dari tindakannya.
Akhirnya Siti ditinggalkan bersendirian dengan kandungannya sehinggalah dia dikenalkan dengan rumah perlindungan Raudhatus Sakinah. Apabila ditanya tentang masa depannya, Siti berazam untuk menjadi seorang isteri solehah dan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
**********
Perkongsian pengalaman Siti menunjukkan bahawa pengaruh rakan amat penting. Andai kita berkawan rapat dengan orang-orang yang baik dan soleh, insyaAllah ia akan membantu kita untuk menjadi seorang yang baik.
Jika kita berkawan rapat dengan orang-orang berjaya, insyaAllah suatu hari nanti kita juga akan berjaya.
Selain itu, kita tidak boleh membiarkan masa lapang kita dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri
14 comments:
erm..malangnya.
fitnah dunia..sangat halus dan bisa porak perandakan dunia..
kena berhati2 & bijak memilih kawan.
kawan yg baik akan pengaruhi kita jadi baik.. begitu jugak sebaliknya.. :))
Salam..
kisah ct tersebut sesungguhnya amat kasihan sekali..moga selepas ini hidup dia akan bertambah baik dan berjaya
semoga dipermudahkan urusan dia pd msa akan dtg.
betul lah org kta, org sekelilig menilai kte melalui kwn2 yg berada dekat dgn kte.
@@ Novelgurl
hurmm kena pndai cari kawan
@@Rozuan Ismail
betul kamu.. mmg blh porak perandakan dunia dan masyarakat
@@Anne
a'ah betul tu..
kena bijak pilih kawan
@@y-A-n-A
yup betul kata kamu tu
@@jinkamen
wkumsalam
doa kan sahaja
@@fa-in
saya sokong kata2 kamu
pilihlah kawan yang betul...berkwn dgn penjual minyak wangi,wangilah kita,berkawan dengan peniup kaca,berlubanglah pakaian kita...kita ialah siapa kita berkawan...
@@ijatnuar87
betul kata kamu ijat..
so kna pndai cari kawan
Post a Comment