"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, January 23, 2011

Kelebihan Saf Kanan


Sekadar gambar hiasan


DI antara dalil yang menunjukkan betapa besarnya kelebihan solat berjemaah ialah keterangan dari Rasulullah s.a.w bahawa Allah SWT dan para Malai­katnya berselawat ke atas para jemaah yang berada di bahagian kanan saf-saf solat berjemaah. Ini dapat dibuktikan melalui suatu hadis yang telah diri­wayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah yang berbunyi:

Maksudnya: Daripada ‘Aisyah r.a daripada Nabi s.a.w sabdanya: “Sesung­guhnya Allah SWT dan para Malaikat­Nya berselawat ke atas para jemaah yang berada di sebelah kanan daripada saf-saf solat berjemaah.”

Berkaitan dengan kelebihan ini Imam Ibnu Hibban telah mewujudkan satu bab di dalam Kitab Sahihnya yang berbunyi: “Keterangan Mengenai Keampunan Allah SWT Dan Doa Keampunan Oleh Para Malaikat Untuk Orang Yang Berada Di Sebelah Kanan Daripada Saf-Saf Solat”


Justeru itu para sahabat r.a sangat suka berada di sebelah kanan Rasu­lullah s.a.w ketika mereka solat ber­jemaah di belakang Baginda s.a.w. Ini dapat dibuktikan melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yang berbunyi:-

Maksudnya: Daripada al-Bara’ bin Azib r.a, katanya: “Sesungguhnya kami apabila solat di belakang Rasulullah s.a.w, kami semua sangat suka se­andainya kami berada di sebelah kanannya, (kerana nanti apabila selasai saja dari solat, menjadi kebiasaan bagi Rasulullah,) Baginda akan memalingkan mukanya ke arah kami (yang berada di sebelah kanannya).


Berkata al-Allamah Muhammad Syamsu al-Haqq sebagai ulasan kepada kata-kata al-Barra’ tadi: “Para sahabat suka untuk berada di sebelah kanan Rasulullah kerana berada di sebelah kanan daripada saf solat berjemaah adalah lebih afdal dan kerana Rasu­lullah s.a.w akan berpaling ke arah kanan dahulu ketika memberi salam yang pertama sebelum berpaling ke arah kiri.”

8 comments:

niesz said...

yg kanan tu lebey afdal kan..n lg bnyk pahala kalau duduk kat saf pling depan..

Awangku Johan said...

@@niesz
betui tu.. kalau duduk saf paling depan dan paling kanan mmg byk pahalanya

shichi_iza said...

yup.... kanan kan mmg ada bnyak kelebihan, bukan je dlm solat tapi dlm setiap yg kita lakukan lebih elok mula ngan belah kata n d sertakan ngan bismillah.... :)

Euriqqa Raffar said...

ouh camtu ek.....
kalo gitu pasneh kene lar slalu berebut duk belah kanan ;p

eNciK PiDah said...

k'lebihan saf kanan..m'narik..suke baca~

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
iya.. betul.. smua yang kita lakukan skiranya mggunakan yg kanan dlu akan mndapat kelebihan dan fadhilatnya..

Awangku Johan said...

@@Euriqqa Raffar
yaaa... hehe

Awangku Johan said...

@@the phantom kid
thanks ya baca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...